Showing posts with label nursing. Show all posts
Showing posts with label nursing. Show all posts

Friday, October 07, 2011

penghargaan hari konvo


alhamdulillah, selesai sudah majlis konvokesyen kolej kejururawatan pusrawi atau name barunya (rebrand) PICOMS. walaupon pada awalnya ramai yang menyerabutkan kepala, tapi hari tersebut berlalu dengan detik-detik yang gembira. alhamdulillah. sangat best jumpa kawan-kawan, borak-borak. walaupon tak sempat nak borak sangat, dapat bertemu muka pun dah best. maka, dengan ini, setinggi2 penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada :


umi buya
  my familia. umi buya kakmaya and afiqi yang datang. mulanya aku takesah la mereka datang ke tidak, tapi jauh sudut hati tacing laa kalau tak datang sebab tengok parents lain dah sampai, eceh. tapi alhamdulillah. mereka datang memang menceriakan hati. thanks to ummi and buya. sangat hepi! :)


dearest brother and sister

yang memang snoll
 tengkiuu datang! yelaa, cekik la. muni tak mara pon sebab air yang dicincang takkan putus, buat apa nak marah2 kan? hihi. thanks to nya for the chocs and iqi for the swatch! cun gilos :D

thanks for coming korang! :) sukee
 yang ini memang sangat seprais la! terima kasih sangat2 saploh juta kali to alwan yah aten yang datang hari konvo saya. memang sangat tak sangka :) tak ingat sape yang cakap, umi ke kakmaya cakap time nampak korang datang tu, 'ni baru kawan sejati!' hihi. korang memang sangat best! :)

alwan! :)
yah yang bakal konvo! sila jangan demam2~


aten yang memang lagi cantik dr mamaros. thanks for the present!




gegirls and boboys

zaidi, daus best student and me :)
 tahniah daus dapat jadi best student walaupun aku sangat jeles. ahaha :) alhamdulillah, semua titik peluh berbaloi. mesti macik fatoroni n pakcik jamjam bangga. kalo ade gerfren tak gtau aku siap aaaa! oh terlupa, congrats tu zaidi too!

kawan2 yang mengjururawatkan diri. congrats jugak untuk korang! jadik nurse yang best, jangan jeling2 orang! ;p


thanks for the daisies! sibuk nak same pendek! ;p

 and dedi, terima kasih untuk masa anda, bunga-bunga orenn, usaha untuk menceriakan hati, usaha gigih untuk make sure umibuya dapat masuk hall dan sume2 lah. thanks for being there. :) 

dan terima kasih untuk kawan2 yang same2 blaja, junior2 yang baik, korang belajor rajin2 jugaks. dan sangat2 terima kasih untuk cikgu-cikgu tak kisah tutor n ci, usaha anda jugaklah kami berjaya. mahap la kalo mulut kami takdak insuran tu. macehhh :)

maka, kalo ade tambahan terima kasih nanti aku tambah. haha. best jugak konvo ni rupenye. nak sambung belajar la sebab boleh konvo lagi! yehh!


yela yela, letak laa satu gambau ini mamaros, nak tengok sangat kan.

Tuesday, August 03, 2010

perasan sikit je takpe kan.


August 2009

Ramadhan 1430H

aku serius rasa COOL and CUTE gila bila berpakaian begini.
macam orang pandai gila! ahaha.



murni with anie



practice pakai sterile gown and glove. hiyark, hiyark!!



tadaa! anie dah siap! yeay~



anie: cepat lah muni. penat dah posing. tak siap-siap lagi ke pakai nye?
muni: woh, jap, jap. tangan basah la. terlekat glove nih!



ok dah siap!! hoyehh3



oh kenangan kat OT. rindu pula.
eh, bukan rindu OT, rindu kawan-kawan ini. :)

Wednesday, May 12, 2010

happy nurses day.


Being a NURSE means...

You will never be bored.
You will always be frustrated.
You will be surrounded by challenges.
So much to do and so little time.
You will carry immense responsibility
and very little authority.
You will step into people's lives
and you will make a difference.
Some will bless you.
Some will curse you.
You will see people at their worst...
and at their best.
You will never cease to be amazed
at people's capacity for
love, courage, and endurance.
You will see life begin...and end.
You will experience resounding triumphs
And devastating failures.
You will cry a lot.
You will laugh a lot.
You will know what it is to be human
and to be humane.

happy nurses day to me.
and to all nurses.

semoga ikhlas hati sentiasa.

ikhlas hati sentiasa.
ikhlas hati sentiasa.
dan punya kesabaran melangit.
amin. ya rabbai alamin.

Thursday, January 28, 2010

ljm thumbs up!!



alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.
result LJM lulus.
alhamdulillah.
saya sayang Allah!
Allah memang hebat!
terima kasih kerana berita gembira nih.
thanks ya allah.
alhamdulillah.
tahniah SN Murni Izar. hihi

Wednesday, December 09, 2009

DM medication update

1- Sulphonylurea
ex: Daonil, Diamicron, Amaryl, Novonorm
how? : 20-30 mins b4 eat

2- Biguanid
ex: Glucophage @ Metformin, Glucovance
how? : 20-30 mins after suapan pertama

3- Beta Glucosidase Inhibitors
ex: Glucobay @ Acarbose
how? : 20-30 mins after suapan pertama

4- TZD, S (Tritazone)
ex: Januvia, Avandia
how? : After meals

ingat muni, ingat!!

Monday, September 14, 2009

cinta periksa.

saya tidak demam. sihat wal afiat. :)
[tentang gamba ini: tuan punye gambar ni jahit perkataan EXAM FEVER nih time die tengah nak exam physics. best je. physics? huu, tanak lah.]


seperti yang boleh kita lihat, di sebelah kanan ada countdown. berkotak silver dan gold. kotak2 tersebut adalah countdown exam saya. seperti yang boleh kita lihat [ulang ayat sama] kotak silver telah pon lengkap atau bahasa penjajah 'completed'. ini bermakna tarikh exam itu telah pon tiba iaitu hari ini. maka, saya telah pon exam hari ini. aaaaahhh, sudahla! cakap biasa sudah.

ok, hari sampai la masenye untuk menjawab soalan2 peperiksaan setelah berhadapan dengan minggu stress dan bergelumang dengan buku serta soalan2 latihan yang banyak sampai nak muntah jawap tapi sangat bes bile dapat skor dengan baik. sangat mengasah minda ok? ^_^ ahaha. alhamdulillah, tadi dah selesai satu paper FINAL EXAM PAPER 1 sebanyak 100 soalan yang amat susah yang kene jawab dalam masa 1jam 40min. penat sudah menghemtam dengan jayanya. tapi sgt berasa lega dan tiada sedikit pun rasa menyesal, kerana telah melakukan yang sebaik mungkin.

yang tak tahan nye pagi tadi kan, ade pulak orang buat hal kat umah kitorang. sape tah insan itu, dia pegi mangge grill umah kitorang gune grill orang lain. [umah ala2 apatment la konon] hoooiii, gelabah satu umah. nak pegi exam pulak tuh. boleh lak pagi2 exam nih yang die pilih. sume tak le kuar. then call membe suh die tolong bgtau pakguard selamatkan kami. kitorang pon tunggu pakguard tibe2 jiran depan umah kuar. kitorang tanye die ade nampak ke sape2 kunci umah kitorang nih? ropa-ropanya, itu adalah mangge jiranku. wow, tuhan permudahkan. makcik tuh bukakkan then kami pon pergi kolej dengan tenang. huu, makcik heroin menyelamatkan kami! buleh join wonderpet! pakguard lambat -_-'

oh oh, exam yang tengah berlangsung ni sebenarnye exam yang menentukan samada diriku ini layak atau tidak untuk menduduki exam LJM- Lembaga Jururawat Malaysia [sila rujuk kotak countdown kaler gold]. exam nih lulus baru leh amek exam LJM. Lulus Exam LJM baru boleh jadi nurse. camtulah lebih kurang. he.

jadi, another 2papers to go! patu raye hoyeh3!!
doa dari anda, bisa kan?? ;D
Wednesday, 16 sept 09: FINAL EXAM PAPER 2
Friday, 18 sept 09: FINAL EXAM PAPER 3

hehe. tuka wajah blog. tiru yah sebab amek code tempat same ngan yah. wakak. yah jgn mara yeh. suke la jugak background nih. hihi. ho, nak tido. fenin2. banyak sgt pikir. berita yang terkejut tadi pon bg efek gak. aahaha. poyo!



Friday, August 07, 2009

H1N1 lagiii?

ya allah, jauhkanlah kami dari penyakit2 dan penyakit berjangkit. sehatkan la semua. aminn.

seorang patient admitted to ICU semalam from emergency. dia SOB, batuk2 camtuh. mase attend die admit, risau jugak sebab jarak sangat dekat and kami tidak pakai mask waktu itu atas sebab2 tertentu. sebelum nak touch patient sume, saya pon pegi tgk die nih sakit ape an. severe asthma. oh, takde apape kot. jadi kami pon attend la patient A to Z. de penat, batok2. die pon rehat. monitor la macam biase. pkul 2 abes keje, balik.

then, malam tuh, staff nurse buat nasal swab. jeng jeng jeng. H1N1 patient in da house!!! gile. positive beb. staff nurse pon tanyela die ade kontek ngan org2 yang ade h1n1 ke? die ngaku, die kate ade. family die pon ade kene. tapi die tak bgtau dokter time awal2 kat emergency. cis je. kene la taklimat pulak kat situ. pastu transfer out la patient. jadi sesape yang attend patient tu, dah expose la kan kan. termasuk la saye kan kan kan. naye je.

sepatutnya kami yang di wad itu perlu di kuarantin. tapi kolej bahaloltakde tindakan ape2. puan pon da risau2 dah. students maken ramai domam la hape2 lah. sangat mendukacitakan. esok ke wad lagi.

jadi, kesimpulannya,
jika anda ada kontek dgn mane2 patient yang maybe or memang h1n1, jgn la malu2 nak bgtau dokter. bgtau yang sebenar, dapat elak dr org lain kene. dapat pahala. jangan takut, ade ubat untuk baik inshaAllah.

haa, anda yang sedang demam, batuk, selsema, semput, berkahak dan sewaktu dengannya, sila la ke klinik atau hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan. jangan biarkan imuniti badan anda rendah lame2. and, jangan nak sembarangan nak amek ubat antibiotik or antiviral tanpa arahan dokter sebab sgt bahaya jika anda dijangkiti tut-tut, badan da resisten ubat. susah nak baik. ok, paham??

- - - h1n1 merebaks : airborne+droplets

Thursday, July 30, 2009

baby comel NICU

bismillah.
minggu ini saya berada di ICU dan NICU. ICU- intensive care unit. NICU- neonate intensive care unit. neonate tuh maksudnya newborn. 4minggu terawal hidup baby. semalam saya incharge kat NICU. ade 2orang baby yang sgt comel tapi sakit. baby tuh tidaklah sakit sangat kan, cuma perlu jagaan rapi.

semalam saya Fully incharge NICU2. baby saya mengalami grunting. grunting bermaksud baby bernapas ade bunyi2 and laju. apa yang saya kene buat ialah vital sign monitoring, feeding baby, cuci pampers sume, tulis report. kerja saya asyik tengok je baby tuh. comel nye. baby ni baru lahir hari isnin hari tuh, pastu ade grunting, terus hantar ke NICU. mak baby oprate, tak bersalin normal sebab severe pre-eclampsia. pre-eclampsia secara ringkasnya ialah blood pressure sangat tinggi yang boleh develope sawan. sebelum terjadi sawan, keluarkan la baby cecepat. sebab bahaya untuk baby dan mak baby.

uniknya baby yang saya jaga ni ialah die baby IVF: in-vitro fertilization, parents baby nih lame dah kahwin takde rezeki nak ber-baby. mase try IVF pon 1 ovum je yang jadi, ini memang precious baby. doktor sempat pesan kepada saya untuk jaga bayi ini elok-elok, sebab die precious kan. nak baby cepat sihat, cepat leh naik kat wad dengan mak baby. mak baby tak tengok2 lagi baby sebab mak baby oprate tak larat nak pergi NICU. so far semalam keadaan baby sangat baik! sukenye saya. :)


comelnye die tido..

oh ye, disebabkan sekarang saya dah final year, saya kene belajar tentang management, dan berperanan sebagai TEAMLEADER satu wad dan menulis report2 tentang pesakit yang saya jaga. saya yang bertatih baru nak belajar tulis report pon main bedal sahaja tulis report. contohnya begini. contoh je ye~

took over report from morning shift. received baby under open incubator with o2 support using headbox 5L/min. general condition of the baby : pinkish, warm to touch, crying on and off and moving all limbs. vital sign stable. HR: 130 bpm, RR: 63/min, SPo2: 97%. Ryles tube feeding with SNOW 15mls/3hourly.

kalo yang pendek/update punya begini:

baby PU and BOx1 small amount. pampers changed. baby's condition stable.


cerita pasal baby lagi satu pula. baby NICU1 ialah baby pre-mature. baby lahir pada umur 26minggu iaitu baru 6bulan 2minggu. die sangat kecil. beratnya tak sampai 1kg. baby ni sangat2 kene di jaga dengan baik. saya tidak boleh simply nak pegang2 die atau apa pon. baby berada dalam close incubator. kepala, mata, hidung, mulut, tangan, kaki sume kecik. cube tengok gamba bawak nih. nih gamba tangan saya.



note: sila rujuk gambar di diatas. lengan baby sebesar jari telunjuk saya sahaja. tapak tangan saya without jari lagi besa dari kepala baby. kaki baby dari ibu jari kaki hingga ke tumit hanya sebesar ibu jari saya. jari baby apatah lagi kan. huu, sgt kecik. tapi kecik bukan sebarang kecik. die ligat gile. tidur macam superman. sampai tercabut pampers! ahaha. die sangat kecil kan, sampai pampers bersaiz S terpaksa di kerat 2 baru muat. itupon tertanggal juga sebab longgar. hehe. akak doakan baby besa sihat cepat2 ye :D akak ke??

semoga kedua-dua baby ini sihat dan dapat hidup seperti bayi2 dan kanak2 yang lain. inshaAllah. amin.

hurm, jauh lagi perjalanan hidup kita. kita tak tahu lagi anak-anak kita nanti macam mana. jadi beginikah? sihat kah? cacat kah? tidak beranakkah? pernah terfikir ke? biasalah manusia, selalu fikir yang indah2 belaka sahaja. berdoalah dari sekarang semoga kita di anugerahkan kesihatan yang baik, keluarga yang harmoni dan bahagia, pasangan yang memahami dan penyayang, hidup yang diberkati oleh allah. amin.

eyh, lapar lah. nak makan. salam

Friday, July 24, 2009

last day kat HSB


ok jap lagi nak pegi wad dah. last day. last day. last day. hu, hari ni betol2 last day practical kat hospital sungai buloh. panih memang tak posting kat sini dah. sedih la pulak. takpe2, last day ni hopefully dapat LEBIH banyak cases n boleh buat banyak kerja lagi! nak amek case, nak insert branula, nak buat t&s, nak sume!! semangat murni! :) smuga KURANG and TIADA unsur2 yang suke mengganggu gugat emosi aku and hope abang V will be there too. senang sikit buat kerja. hehehehe :D and of cos MR. saya-suka-awak :)

ya allah, bagilah hari ini hari yang baik dan bermanfaat bgku. amin

plis be there abang V :) bukan menggatal, tapi yg 'kakak' sume garang T_T

oh oh, malam ni ade nurkasih.
huuu~bestla cite nih.
tapi tak dapat tgk la pulak, sampai umah dah pukul10.
hu, takpe la, tgk kat tenet tv3 je la. hee~ :P

Monday, July 13, 2009

hari pertama di ED



salam alayk
sepatutnye hari ni duk kat wad neuro. syif stat kol 7pg, lam pukul 7.30 cemtuh tibe2 puan panggil suh pegi ED sebab kat ED tak ramai org, rugi kalo students tak ramai. owh, ED is Emergency Department. maka aku dan kawan2 akur la dengan arahan itu even SANGAT TAKOT! bukan sebab takot pegi ED, tapi sebab kat ED ade sorang staff garang yang mendebarkan yang sangat suke kejar students patu nak tanye soalan! wakakaka! takot la sebab tak readi kan, puan tetibe suh pegi. tak bajet pon nih, notes trauma n triage n emergency sume tak bace lagi sebab duk khusyuk bace notes neuro. melangkah nak pegi ED dengan sejuk2 tangan, naik2 bulu roma nih. aihhh,takot2. sesampai je ade grand round. sume doctor2 and nurses and medical asisten ade la kene bgtau doctor2 yang round tuh ape case yang ade an. so kami pon join grand round itu. eh, takde la grand pon, every morning ade round tuh. ngeh3. bile join round takde la blurr sgt sebab dah tau ape case yang ade kan. time tuh ade yang accident, pneumonia, sepsis, asthma, etc...round, round, round patu abes.




duk kat ED nih memang kene observe je patient's condition. BP, napas sume an. tengah cek2 bp pulse sume2 an, tibe datang la staff yang mendebarkan tuh. cis, takotnye. ahaha. naseb mase tuh ngah buat keje an, so die takde la dtg kat aku nak tanye2. ahaha, sekali lagi naik bulu roma i~wakakaka.

ambil mase jugak nak seswai kan diri. biase a tempat baru an. staff nurse yang lain pon aja la pape yang patut. kitorg banyak tumpu case accident tuh, sbb menarek an. cuci2 luke die, hanta xray takut ade fracture, alhamdulillah takde, then cuci lagi luke. lutut die koyak2 sume an. mulut die pon koyak sampai tembus. ape2 yang koyak tuh mesti dijahit. memane koyakan yang boleh dijahit tuh staff pon jahit le. tapi nih first day, kitorang tak buat ah, tengok je. hu, sungguh menarek, tapi ngeri. huhuh. tapi budak tuh umur 20 tahun sgt la beri kerjesame dan sgt2 la tahan sakit. mase dokter korek2 lutut die tuh, wow! tatau cane nak cakap die menahan sakit tuh. aih, hebat.



pastu ade la case2 lain masuk. pukul 2 da buleh balik. tepat2 pukul2 ptg, bunyi loceng/siren yang menandekan ade case Resus kat red zone. resus atau perkataan penoh resuscitation tuh maksudnye nak kene selamatkan nyawa yang ala2 hujung tanduk cam heart attack or ape2 la kan yang EMERGENCY and life threatening. case ialah sorang baby umur 3bulan yang tersangat BLUE. sesampai mak die bawak die sgt blue. so team2 nurse dokter sume resus la baby, buat cpr sume2 an. kitorg pon tengok dengan penoh minat. cis, tempat sempit berebut2 plak ngan student medic. ahaha, takpe2 sorang sikit. jengket2 la i yang pendek nih tanampak. huh. start pukul2 sampai 2.20 ptg. baby dah tak blue, tapi still no pulse and breathing. dokter kate 'kite cube lagi 10 minit'. tapi doc da suh panggil mak baby untuk tengok usehe menyelamatkan anak die tuh. mak die longlai2 datang. die ckp baby die nanges2 tibe stop then turn blue. die pegang je tangan anak die tuh, pastu die tatahan, die pon pegi nak duduk, takot pengsan plak an. patuh tibe2 doc kate 'baby masuk syurga ye'. jadi kami pon paham la yang baby tuh cam takde harapan. tapi doc kate sambung lagi 10 minit.

cubaan menyelamatkan masih diteruskan. tibe2 staff yang mendebarkan itu cakap 'ok students, u all sambung CPR'. dengan perasaan takot dan saspen, aku pon jadi kedepan dengan berani la konon. then nurse tuh cakap 'CHANGE!' then die trus lepas tgn suh aku stat cpr. huehs, kelam kabut nak menekan. mase buat chest compress tuh tibe2 dengar ade org cakap 'dik ko macam mengurut je'. cis! apekah ini? rupenye aku buat sgt la sopan santun. aih, first time la encik. mase nih perot baby sangat la keras. gastric inflation i think. perot die da penoh angin disebabkan oleh too much udara diberi. patu doc suh tekan kuat sket time chest compression tuh.. so i blaja la betol2, peluang bukan datang selalu. sambil compress tuh aku bace doa banyak2, supaya baby nih selamat inshaallah. then aku penat tukar plak ngah membe, kasi sume experience buat cpr. lepas kitorng sume buat, student medic plak sambung CPR. tengok jam dah pukul 2.45 ptg! huh, lariiiiiiiiiiiiiiiii! cecepat naik bas.

lepas pengalaman satu hari yang menyeronokkan ni, kitorang sume sgt semangat la nak pegi ke ED esok. tapi, kawan yang syif petang buat hal sampai puan [cikgu] marah and merajuk sebab perangai derang tu. ha,3rd je buat perangai, besar kepale. dush! tempias nye kene la kat kami. cis, sempat sehari je kat ED, esok pegi wad neuro balik, sedih saje. takpelah, next week kat ED, hopefully banyak case yang menarek2 n best2! amin. :)

p/s: aku tatau pon baby tuh selamat or tak sebab aku tak pegi ED balik. smuga baby tuh dapat diselamatkan even docter cakap cam baby tuh dah takde peluang. sob3

Friday, June 26, 2009

LULUS!

salam alayk
alhamdulillah! aku LULUS re-seat paper CPR!
saje tulis uruf besa sebab sangat teruja :D
Allah je tau betape bersyukur n seronaknye aku.
thanks Allah! ^_^

tadi mase re-seat paper an, ade doctor amek jugak test nih.
markah ku same ngan die~ :P 49/50. hoyeh3!
tapi yang bezenye dokter first attemp, aku 2nd attemp. wakakaka!
[word : attemp paling banyak dalam paper tadi]

btollah kakmaya kate: the more the better!
banyak aku bace, lagi aku hebat! we!!

lagi satu, CPR nih bukan untuk org2 in medical line je tau!
sesape pon boleh. mase aku amek cpr nih ade pakcik2 IT, org graphic, kerani n ramai lagi.
lagi ramai, lagi bagus. sesape je boleh amek. semua leh menyelamatkan nyawa!
kalo ade masa duit dan kesempatan, jgn lepaskan peluang ini! :)

ok la tuh, ni ade video CPR. ready 1, 2 , 3!!





fuhhh...semput2 nak kire! ahahah -_-"

Saturday, June 13, 2009

saya FAIL lah.


bismillah
wah, tajuk menarek bagi saye.
ahahahahah.

PAGI sampai PETANG TADI:
saye pegi CPR course. course nih satu hari, petang tadi exam. ade teori n practical. bes gilerr la belaja CPR. even semput2 nak buat. gile STAMINA kene kuat. naseb la malam tadi ade try2 sket CPR kat bantal pelok. kui3. so, saye exam teori. markah pass is 42/50. markah praktikal complicated sket la. tayah cite.

KEPUTUSAN:
saye betol2 rase susah soklan2 teori tuh. saye rase cam saye ade peluang untuk fail. jadi, saye readykan diri saye untuk kemungkinan fail tuh. bile result keluar. die paparkan kat skrin besar.
owh, kaler merah. ye benar, SAYE FAIL. saye dapat 41/50. sgt tipis. alhamdulillah lulus practical.

PERASAAN SAYE:
mase tengok kale MERAH tuh kan. saye cam terdiam. org lain sume 'alhamdulillah..yey! bla3' saye tgk lagi banyak2 kali. betolla fail. mase tuh kan, ade la sket perasaan cam sedih. kawan2 saye yang tenampak result saye yang merah tuh, sume panggil saye 'murni..[patu derang buat muke yang agak sedih 'tatau-nak-ckp-ape']. saye cakap 'takpe, kite ok'. ye btol, time tuh saye ok. tapi saye cube elak buat 'eyecontact' ngan kawan2 saye lagi2 yang betol2 rapat tuh. sebab nati muke derang yang agak sedih 'tatau-nak-ckp-ape' tu akan membuatkan saye sedih. huhu. saye jumpe instructor, tanye bile leh repeat paper sume2. lelame kan..saye maken sedih. ahaha. kalo time2 ceni, u can talk to me, u can smile to me, but sesape pon sile jgn sentuh saye even gune satu jari pon sebab kalo anda sentuh je, i will start crying tersedu2. sgt burok ok? wakaka. tapi saye pujuk diri sendiri la, takpe murni, rase la fail skang, bile lagi, pasnih tau la ape rase kalo fail tuh...allah yang buat sume nih...bla3..tapi kan..still rase maken sedih..controll2. kawan tanye jwb ok. blakon giler. ahaha, pastu lelame...air kuar setitik. setitik. setitik. die tetibe je mengalir! ahahahah. muke menten, tapi ade air2 turun. ngok je. wakaka. wah, ini tak bleh jadi nih. kalo tak nanges btol2 nih, sure sampai malam air mengalir2. hu, jadi saye talipon abam saye di kampong, sebab bile die cakap ngan suare yang lembut die tuh akan make me feel ok. itu magic abg saye. hahaha. tepon die, nanges sampai sedu sedan snoll...

SEBAB FAIL:
saye rase saye fail sebab :
1-saye tak khatam buku cpr tuh
2-saye tak sempat nak try buat soalan contoh.
serius banyak keje nak buat! dinner next week, my asisten sume cuti sem, takde sape nak buat keje. mak nenek dah biseng2. saye la kene buat invitation card, iklan, kutip duit, amek hadiah, pegi hotel, survey menu, buat aturcara majlis la, rehersal la. sumorang dah khatam buku cpr, saye baru mukesurat 8. cis! [saye bukan nak komplen, just nak cakap saje. saye nak buat mende nih betol2 before i resign.]

SEKARANG:
feeling better! wow wow! saye tatau la saye nanges sedu sedan tuh sebab ape. sebab seri0usly, saye bukan menyesal, saye bukan sedih pasal markah, nak kate MALU sebab selame nih tak penah fail pon tak jugak, tatau la knape. maybe cam natural feeling kot. ngeh3. sbb saye nih mmg sentitip sket. tgk cerita spongebob pon bleh nanges. wakakaka! pasnih fail cpr nih buleh la join list 'gagal'ku : fail math, fail addmath, fail driving test, and latest fail cpr. ahaha.

TERSIRAT:
1- alhamdulillah lah saye fail cPR course nih saje. cpr nih tak masok dalam cgpa, jadi tak effect la pointer ku. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. tu abam kate jgn sedih sgt,rase plak FAIL nih cane. kalo asek score je pon tak mencabar kan. cube bayang kalau allah test saye fail exam yang will effect cgpa. abam kate 'for sure u nanges sampai semput!' ahhah. saye tau fail tuh sgt 'sakit' sbb membe yang cam agak rapat kat kolej nih salu fail. sian die. so, each time result keluar, i will act biasa-ly even dapat A ke hape an sebab tanak bg membe sorang nih sedih sgt. sangat la menjaga hati org lain. huh.

2- maybe peluang untuk saye betol2 khatam buku cpr tuh so that saye betol2 tahu cpr nih hape mende. best kan? kak maya cakap the more the better!! practice make perfect!! so i will be better because i re-seat my paper. hebat. jadi saye telah wujudkan motto hidup baru : kalau re-seat exam, make sure dapat better dari yang previous one! full mark! wowow~ :p

3- kesedaran. saye kene giler2 manage time betol2 even ade keje banyak mane pon. hihi. kalo org lain banyak keje, mereka buleh siapkan kerja2 mereka dan tidur 2-3jam je sehari. tapi saye tak boleh. saye kene dapat tidur yang cukup, kalo tak cukup, inshaAllah esoknya itu akan menjadi 'hari semput murni'. ahaha. tido tak cukup pon SOB. ok, manage time.

4- usaha 100 ribu ribu ribu juta juta juta juta juta juta juta juta billion kali. yeahh!!!!!!

hahah, boring la entry nih. geli pon ade. hahahaha. jadi, akhir kate untuk diri sendiri:
"I think growing pains, to a certain degree, is necessary. Like the saying, no pain no gain. And human being really truly do benefit from pains in the process of growing up. In the Holy Quran, there’s an ayah stating that ‘With every difficulty, there will be ease’. Simply means, that after every difficult periods in our lives, easier times will come. Like waves that rolls to the shore and back to the sea, that’s how it is with our lives" naziehah
[amek kat blog yah sebab cam bess]

tahniah murni sebab fail hari ni. DARE to FAIL. tapi tanak lah fail lagi. ahaha! tanak2. seksanye la ya allah. ;p

p/s: tangan bengkak sebab berjuta kali buat compression and heimlich maneuver tadi. heheh. my sister proud of me becoz i'm fail. and now i REALLY know why.

Sunday, May 31, 2009

bahagia #2: cleaner n ward.


salam. mase pegi hospital bahagia tanjung rambutan dulu kan, suasana kat sane memang sangat bes, sangat tenang. aku tatau la kenape. aku memang tabik springg org2 yang jage kebersihan kawasan hospital. serius cantek. yela kan, cube bayangkan, org2 xsehat mental tuh sume bukan boleh jage kebersihan diri, buang air besa kecik selamber je kat longkang, tepi katil. hu, seriously seluarku memang kene lipat tinggi2 sebab takut terkena ngan najis2 derang. nati nak solat susah.



ni kire korridor ataupun jalan nak ke dewan untuk indoor programmes. sume ke berpagar, takut kang depa lari. hiik2.





cube korang tengok nih..




yang kuning2 nih sume ward. nampak kan cam ade petak2 cam pintu kan? itu jaring2 la, bagi derang boleh tengok kat luar.

cun kan? bersih kan? bagus sangat kerja2 cleaner kat HBUK nih. i mean HBUK=hospital bahagia ulu kinta. derang wat kerja memang lagi susah banding ngan cleaner kat hospital2 biase. kadang2 rase nak sound je cleaner2 yang kat hospital biase tuh kan, sebab kan, contohnye ade patient muntah or urine tertumpah ke kan. bile kite panggil cleaner2 ini untuk cuci, nati derang marah aku balik. mane tau mende tuh nak tumpah2, patient nak muntah die maen muntah je. kalo nak banding ngan cleaner HBUK..uisshhh!! pepagi die kene bersih kan satu blok SORANG2 ok? i repeat, SORANG2! patu bile die baru je nak abes cuci satu blok, ade plak yang terkucil kat lantai sini, terberak kat lantai sane. aku tatau bile cleaner ini berehat. huu~sangat kagum! :P thumbs up!

kadang2 mase cleaner ni ngah mencuci ward kan, nati ade la patient2 yg datang kat die, cakap2 ngan die dalam bahse yang patient tuh je yang paham! ahaha, cleaner tuh kekadang layan, kekadang buat bodoh je. ahaha. sangat la cute :


korang tengok nih pulak.




ni taman kat tengah2 antara satu ward [blok] ngan ward yang lain. mesti ade hijau2. rumput2. sangat kemas kan? taman2 nih sume di kemas oleh staff nurse. sume staff nurse buat ngan patient. kire outdoor activities la. tapi bukan sume patient bleh kuar ward. patient yang dah sehat sket, kurang hallucination, tak aggresif n boleh denga arahan yang boleh keluar. derang nati tanam bayam, cili, labu, n macam2 pokok lagi. syok tengok kebun derang. hidop plak tuh pokok2 tuh sume. tapi, bese la kan, nati pon tak sehat mental kan, derang nih buleh fokus sekejap je~ setengah jam, 45 minit je, pastu nati derang buat mende lain! haha, org suh tanam pokok nati die cabut! ahahah, sabo je la. last2 staff nurse yang settlekan sume pokok. hik3 ;p

kat taman kat tengah nih jugaklah kitorng buat senaman or aerobik every morning! haaa..patient2 yang agak stable tuh sume sgt suke aerobik! ulang suare eh, 'agak stable'. ahhaa, sebab derang ni bukan denga arahan. ahahha! sangat kelakar la kalo aerobik nih. kalo kite suh derang lari setempat, nati die lari satu padang tuh! kalo suh warming up yang awal2 tu kan, nati derang pegi kat patient lain or student nurse, tarik tangan, patu ajak menari! ahahaha, sangat la kelaka. ade yang diri tegak je, tanak buat pape. straight je die diri. ade jugak ngah senam tuh die ikot arahan, tapi die cakap sengsorang. hallucination la tuh. pastu, sumorang tengah senam2, nati ade yang tibe2 nyanyi la pulak. bukan maen kuat! ahahah. last2 kitorng sume bukan aerobik pon, gelak je banyak! lallalala~

tapi pape pon memang enjoyyy! sangat rindu pada mereka. hik3 <3>

Monday, May 18, 2009

adoii je la [title ni nadz bg sbb saya tatau nak buh ape]





















strawberry blended. ha, tak ingat name penoh. haha.


salam
saya sedang berkipas.
hangat kan. tapi takpe.

saya busuk.
kerana belom mandi.
teruk kan.

minggu lepas saya bercuti end sem.
seminggu sahaja. pendek tapi syukurr~
sebabkan ummi nak bawak mawar ke sarawak kames nih, jadi
ummi bawa saya ke johor bahru.
sangat seronok, jumpa pak sedare [ayahchik aka yecek] n family.
sangat lame tak ke johor. stlh dikira congak, kira2 11 tahun. lamekan? ;p
jalan2, makan2, jumpe wakli di danga bay.
nanti la buh gambo kalo rajen.
sebab saya nak buat entry pendek je nih. hek3. ;p

hari ni,saya baru stat sem baru.
sem 8. tinggal lagi satu sem nak abes.
insha Allah december nanti.
and, tibe2 saye cuak sebab sem nih ade subjek STATISTIC.
apekah? perlukah? erk..senang kot. menarek mungkin?

sekarang kat kolej saya ada pelajar dari acheh, indonesia.
pelajar2 nursing nih buat lawatan to see cemane students malaysia study.
sian mereka, tak lalu makan kerna makanan malaysia tak sedap. [mereka kata T_T]
dah berada d malaysia 5hari. sudah ke putrajaya, melaka, genting highland.
tapi hari ni baru jumpe mereka. baru taaruf tadi.
ada 10 semuanya. 6girls, 3boys, 1cekgu.
name: nita, lida, sharifah, iya, salmiah, hajar, sani, nazir, rizki.
mereka sangat muda. umur 18, 19, 20. plg matang 21 tahun. siap ade yang amek degree.
hari ni tak berapa mesra. hik3. mungkin esok. lusa?
moga dapat bina bond yang kuat. [apekah]

blog saya nih snoll.
kerana bile nak create entry/post baru kan, tak menarik lansung.
takleh letak kaler2 dah. algnment pon tah kemane.
nak besa kecik tulisan pon tak boleh. haih. apa mau bikin?
mungkin kerana saye maen tekan2 hari itu. benci la. dush! tolong?

saya ke mydin tadi.
nak topup apape barang yang dah habes kan.
tapi duet tak cukup. kerana saya perlukan duet yang banyak sekarang. T_T
jadi saya hanya beli yang sangat penting sahaja seperti:
bedak, cottonbuds, tissue, krim, kek, biskot, roti.
bile bace balik, tatau la mende2 nih penting ke tak. haha!
cashier mydin bg saya 2plastik besa. membazir.
sepatutnya buleh isi satu beg saje.
saya terlupa nak bawak beg shopping. huah.
sayanglah alam sekitar.

oh oh! terlupe nak cerita.
saye kene buat banyak kerja tau.
kene handle nurses day, farewell acheh students, farewell seniors, testing menu, persembahan farewell, tah ape tah lagi.
dan saye runsing sebab budak2 bawah saye tak denga cakap.
ketok kepale boleh ke?
kadang2 saya rasa nak tido saje. yey!

oh, ape yang terjadi?
posting ini panjang la.
ahaha. tipu je nak buat pendek. tralalala~
saya masih mengipas2kan diri.
saya tibe2 terase cam ade lipas di tengkuk, rupenye bukan. alhamdulillah.
fobianye. tak suke. iyekk. ish ish ish. tak nak.
mungkin dalam ciri2 calon suami nanti, saya boleh sertakan ciri ini:
TIDAK TAKUT PADA LIPAS DAN BERANI MENGHAPUS + MENGHALAU LIPAS DENGAN MACHO UNTUK ISTERI TERSAYANG. supaya tiada mimpi ngeri untuk saya.
saya masih busuk, jadi perlu mandi.
lepas mandi teros tido. indahnye.

oklah, babai.
nadz, i love u.
lowyat jom!
hahah~ ;p
yah. kite dah muncul!
yot, kite da hapdet.

Friday, May 08, 2009

korang~


tengok muke die. nyaman gile kan?

eheh.

dah sampai time untuk CUTI! yeh yeh!

HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY
HOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAYHOLIDAY


best kan? wee~~
berhenti sebentar pikir pasal bende menyerabut!
skang time untuk kemas rumah, bace buku crite, tgk movie,
and JALAN2!! korang, jom!! menronggeng jom! hek3.
sronak nye la hakuh. jakun tol.

Monday, May 04, 2009

sebelum cuti

bismillah.
first entry for may.
si buncit saye tak berbunyi. sob3. nati betolkan.

apa yang MESTI saya buat sekarang ialah(s) <--letak (s) nak kate banyak la kan:
1. bace buku untuk final medical surgical5 [subject susah kurang senang sem7 if tak study]
2. jawab exam medical surgical on 6th may dgn ilmu penuh di dada
3. siapkan assignment chn: family planning
4. siapkan studycase [word] yang baru buat sket.
5. siapkan studycase [powerpoint] yang belom buat lansong.
6. present study case on 7th may dengan confident. my LAST studycase.
7. pulang bercuti dengan aman pada 8th may. ^_^

tu je kot.
nak iron uniform.
tapi ade lipas.
takpelah, iron bangun pagi jap lagi.
moge sempat esok.

saya mule phobia, rase lipas berada di mana-mana.

Sunday, April 19, 2009

bahagia #1: intro :)

salam alayk semua.

report dah siap, health talk dah siap, physical assessmen for study case pon settle.
study case itself blom siap, asgment family planning blom siap, xm tersengih2 dah dekat.

tapi sebab dah janji nak cite pasal hospital bahagia an. kene tunaikan~
[sori yah, lala, yot, madhu kite lambat post! ahaha! jgn mara~ :P]

kite intro dulu ah ye. hosp bahagia ulu kinta is a hospital for psychiatric patient. [note: if pasni i tulis pt, it means patient :)]. psychiatric is sakit mental. hihi. lebih kurang la. nak define btol2 nati jadi karangan panjang lak. hehe. we call this hospital bahagia. takle dah sebot tanjung rambutan. sebab nak ubah stigma masyarakat pasal org2 yang masuk bahagia nih. :P

hospital ni sgt besa. mase mule2 sampai, ya allah. memang tempat ni sangat tenang. aman. damai. HIJAU. serius HIJAU. mmg sinonim dengan perkataan bahagia tuh. memang tenang la. tempat nye sgt2 besa. ade 544 ekar. besa sgt. letih jalan. hik3. first day lepas kitorang sgt2 impressed dengan kecantikan n ketenangan bahagia, ade talk from matron bout dicipline n rules sume2. ape yang sgt2 die tekankan is TAK BOLEH AMEK GAMBA kat situ sebab nak jage privasi pt an. even sgt sedih tak dapat tangkap gamba tempat yang sangat cantik an, tapi kami ikot jugak. tapi hari last kat bahagia, sister kate boleh la tangkap gamba, tapi jgn tangkap gamba pt. jadi, ade la beberape keping yang sempat ditangkap sblum balik. seperti ini:



dan ini:




cantik an. tak sempat nak tangkap banyak2, bas kontot dah datang. hahah. bas kontot tuh cukup2 untuk me n my frens 22org. hu, agak la. tau la kitorang sket. naek bas kontot. ahaha, tapi takpe la. bile lagi an. hehe, gamba bas tuh next entry la. intenet ngade. jap off, jap on. huhu.

haaa! kat bahagia nih tempat die sgt tenang kan..bile pagi buleh tahan aman dan nyaman. tapi bile tengah hari, sgt la panas hanya allah yang tahu. rupe2nye tempat nih bekas lombong bijik timah. patut la sgt panas~ haiyo2. hari2 jalan sampai itam la kulit. jadi berbelang kulit. sabo je la. demi menuntut ilmu. ^_^

so, kitorg posting 3ward : ward kemasukan perempuan, ward psychogeriatrics, n ward pre-discaj. n ade buat lawatan ke ward forensik n muzium. wee~ nati kite cite eh kawan2. ngantok la. chow lulu~ :P

p/s: saya dah kene mule mengarang study case. huuu...mantop!!

Tuesday, April 07, 2009

*_*

uh la la~susahnye jadi budak 3rd year. haiiihhh.

yot, ni complain ke? huuu~ :P

Monday, March 30, 2009

dah balik

huii..dah balik.
dah balik dari hospital bahgie~
mase kat sane baru tau. takle panggel tanjung rambutan.
kite kene panggel haspital bahagia, or bahagia, or warga bahagia~
sbb nak umah pikiran masyarakat.
ala...cam umah org2 tue kan. kan kite panggel umah kenange, eh kenangan~
ahaha. so pasnih kite panggel bahagia~ :P
kene siapkan report yang 2weeks yang berjela2 tuh dulu, baru bleh updet berjela2. hahha~
later :P