Sunday, June 27, 2010

enak sungguh!


oh. ini kek besday saya! sedap wo! kecuali part mangga sketul2 kat tengah tuh. tibe2 jadi nak muntah2 sket. ahaha. sungguh mengada ye!! kek coklat saja lepas nih! hiii! terima kepada makhluk yang belanja ye :) jangan serik untuk velanje lagi. eheh



oh! ini pulak alwan belanja! sangat sedap! tatau name ape makanan ini. black paper sumthing. ahahah. sangat sedap. ini serius! ;p


ini bukan makanan ye. ini manusia yang best dalam dunia! hoyeh. seronok gile la. at last dapat jugak kuar bertiga. teriimmaaaaa kassihhh abang lukman kerana melepaskan awan itu tidak menjadi on call pada hari semalam. hihi. oh yah! jangan gatal tangan. nti comot muke! :)

awan, yah, next time kite kuar lagi ye! syangat syuke.

belum tua lah.

ho. sangat lame tak update!
banyaknye mende nak cite. hihi.
owh, modem tenet kat umah sentul rosak, makanya ngak bisa bertenet.
balik bangi dapat ah online jap. huhu
ini pon quick post lah sebelum tidur.

oh oh, saya officially berumor 22 tahun. ho.
terima kasih kepada semua umat manusia,
yang mengwish daku. sgt la comel. :)
hurm, semoga sume masalah selesai. heh.

oh dedi. thanks for everything!
sume sume sume. sgt best oke! ^_^
mungkin keterujaan ini akan berlarutan untuk beberapa hari. hii

ok la. mari tidur la kunun
oh, tarak gamba la.
gune lappy umi nih naik juling2 mate. ahahah ;p

Tuesday, June 15, 2010

ouch, sakit!

tibe-tibe aku terasa sakit.
terasa sakit untuk fail.
teringat-ingat rasa sakit mase failed CPR dulu.
masih terasa sakitnye.
woh sangat sakit la.
aku kunun2 nak jadi tabah time tuh.
tapi citpoddahh! lembik.
adoi adoi adoi.
takotnya daku pada kegagalan.
aku sangat la lemah.
aduhh. kenapelah susah nak jadi tabah dan redho?
murni, sila berani. titik.

Monday, June 14, 2010

berkobar-kobar di dada.


tah pape tah tajuk. ok, semalam yang bertarikh 13 June 2010, aku bersama2 familia menonton tv yang menceritakan kisah LL4G. oh ceritanya bertajuk Catatan Saksi Mavi Marmara. cerita kat astro Awani sebab ade wartawan astro yang kene jadi tahanan jugak kan. sape name die tuh? oh dah ingat. aswad namanya tapi die pronounce namanya sendiri dengan sebutan ash-wad huhu so ini cerita pengalaman incik aswad la lebih kurang.

die tunjuk video tau. video yang ashwad tuh rekod. cerita mula2 intro pasal LL4G, aktivis2 yang terlibat, bukan semua muslim oke? ade je yahudi, paderi pon ade. mereka berdoa dengan banyak. dan takbir banyak2. sangat bersemangat! best sungguh. then tunjuk mereka kene serang mase lagi 120batu ke gaza kot. kene tembak2. tembak dekat2 pulak tuh. bongek gile israel. dah la rampok2 barang2 sumorang. siap amek kad kredit patu pegi shopping. hantu btol. pastu tunjuk ramai2 cedera, then israel itu announce mereka dah tawan Mavi Marmara. pastu sumorang jadi tahanan. kene duduk je selama banyak jam. tahanan tuh dipisahkan. wartawan ngan para aktivis itu lain2 group, lain2 torture nye.

patu reramai tuh dibawa pula ke pelabuhan ape tah. tak ingat pula namenye. pastu kene soal siasat. tanye2 soalan yang sama. lame gile kene soal2. contoh soalan 'kenapa kamu datang ke israel?' maka ashwad itu pon menjawab: 'kami bukan datang ke israel. kami mahu ke gaza. nak beri bantuan. etc' then israel tuh tanye lagi soalan2 same. cehs! dah soal menyoal then kene masuk pulak penjara Beersheba. woh, mereka kate jail itu baru lagi. sangat kecil tapi tilam sume baru punye. siap balut plastik. maka mereka jadi perasmi. huih.

dah duduk dalam jail, jumpe2 la tawanan lain. from indon. kongsi2 pengalaman. kemudian datanglah seorang lelaki gagah, memberitahu sume tawanan malaysia and indonesia bebas dan akan dibawa pulang lalu jordan. oh lelaki tersebut duta. maka mereka pon dibawa pulang. sesampai mereka di tanah air, mereka disambut ala2 pahlawan. diberi gelaran bahwe mereka sangat cekal dan berani.

tapi, kalau mereka itu cekal dan berani sebab jadi tawanan selama beberape hari yang menyeksakan, sedare2 kita yang dalam gaza tuh, dah banyak tahun duduk dalam penjara terbuka. takde makan minum. takde pembangunan. kene seksa lagi teruk. kene serang 22hari yang sgt menguji segala aspek hidup. menguji iman dan emosi. mati mak, mati ayah, mati adik, mati abang, mati kakak, mati kawan. itu lagi cekal tahap extreme. sangat sangat sangat berani. mesti iman mereka setebal langit dan bumi kan. hu, iman aku? senipis kulit bawang. sob2. aku juga mahu secekal dan seberani mereka!

hurm, even kapal Mavi Marmara + Rachel Corrie tuh tak dapat nak masuk gaza dan nak beri bantuan kepada mereka, tapi atlis dapat membukak mate dunia. cewah. skang sume2 orang alert. tak kesah la muslim ke tak. tapi aku tak suke la isu gaza, isu ll4g ini dipolitikkan. boring betol~!

tapi takpelah. atlis semua orang tahu. mungkin isu ini sudah sedikit reda, tapi kite ni jangan la reda same dan berhenti berdoa untuk mereka. plis plis. doa banyak2, banyaaaaaak2! doa sampai mati. biar ade sedikit sumbangan kite untuk mereka di gaza. ye, jadi jangan lupe berdoa.

oh oh! teringat akan nasyid yang sangat best ini. Sanakhudu by Tariq Jabir. sangat bersemangat wo! barulah betul berkobar-kobar di dada!

'We'll take our fights with them
We'll go as groups to stop them
We'll return our slain rights (territories)
With all force we'll push them out'

'We'll never accept a slain part of our lands
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
The Earth will burst in flames and burn them
In Earth there is volcanoes that are boiling
(he's pointing to how much Muslims have in their hearts
from having their lands slain rights taken)'
woh. naik bulu roma!

okla, berhenti disini dulu. tulis lame2 buleh jadi repekan dan melalut. sekian, muni melapurkan dari bilik tidur. wasalam. peace!

okeh, sudah lapar. mahu makan. hu, apelah sedare2 aku kat gaza tuh makan. tah makan ke tak. sob3.

Sunday, June 13, 2010

ummiku syurgaku.

jam 9.27am, tibalah daku di rumah bangi. waah. sgt best.

afiqi bagi salam dengan sangat kuat membuatkan ummi yang tengah berangan di dapur menjerit terkezut! ahah. ummi ingat bangla mintak sedekah kerana rupa abangku yang iras2 bangla, hitam manisss. :) tapi memang ummi ajar, kalau balik rumah, sebelum masuk rumah kene bagi salam kuat2! ahaha.


ummi and afiqi gedik at langkawi. hihi

ummi begitu teruja dengan kepulangan kami ke tanah air woh,poyo sungguh macam laah jauh sangat! dengan menyambut dengan penuh gembira di hadapan pintu. hu. aku masuk rumah hanya tersenyum ke arah ummi and ummi terus 'eh, muni demam ke? oloh sian anak ummi'. hoo, cane boleh tau nih? aku tak bgtau pon aku demam ritu. hoo, instinct ummi sgt hebat. pastu ade la sesi peluk2 cium. afiqi dengan jelesnye cakap 'eleh, jumpe ummi je buat muke mengade.' hey! mane ade laaahhh!! sebok!

aku masuk bilik nak letak beg. ummi pon ikot masuk bilik. siap duduk kat katil. nak borak macam2 la tuh. hihi.

'muni, arituh ummi balik je dari jogja, ummi muntah2. demam. maybe kene ujan kat borobudur'
'muni, ummi teman wanchu pegi Nilai Hospital, pastukan..alalala~'
'ummi jumpe nurse kat hospital tuh, dia cakap kene jadi nurse yang smart.. nanti boleh lalala~'
'muni dah mandi ke? ummi belom mandi lagi. lapo sgt tadi trus makan. ahah'
'ummi beli baju cantik2 kat jogja tuh. mane eh? idaaaaaa~! mane baju adik2 ni?'
nota kaki: ida ialah private care asisten ummi aka maid. ngeh3

haa, ummi nak cerita macam2. aku pon dengar penuh teruja. hehehe. jadi kami pon berbual2 beberapa minit. kemuadian daku pon tanye ummi soalan cepumas:

ummi nak masak ape untuk muni? hihi
'muni nak makan ape?'
'kari ikan boleh?'
'ooh, itu ummi baru masak semalam la. oh umi tau. ummi masak ikan goreng, pastu rebus sayur, lepas tuh tumbuk sambal belacan yang pedas kan? makan ngan nasik panas2. nak kan? '
'mestila naakk!! yeyeh!'
'ummi tau muni nak makan yang simple2 je. hihi. oke jap ag ummi masak.'

woh. sebab itu la aku sangat suke balik rumah. sangat suke. kalo buleh nak bawak ummi pegi mane2 je. simpan dalam poket. hihi


si budak itam dengan ummi :)

hu, tibe2 tringat kat buya. *rindu* buyaku syurgaku jugak. hee~

aku belum tidur lagi sejak balik dari hospital tadi. rase sangat rugilah kalo tidur kat rumah. hahahahaha! maybe laterr.

Saturday, June 12, 2010

tumblebug.

woh. game tumblebug yang aku selalu main kat wad tika shif malam yang dah sampai level 8 lagi sikiiitt nak masuk level 9 sudah tinggal kenangan. ade org gune name aku dan reset semua nya. wohoho, sgt sedih. takpelah. isk. cube lagi.

dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku. dan bila, kau bersama yang lain.. hoho, tibe2 nak nyanyi pulakkkk~

Friday, June 11, 2010

UP!

halo. aku baru je tengok cerita UP tadi. ye, ye, aku tahu, memang dah sgt lambat. tapi, tak kesah la kan. atleast tengok juga! ahaha. oh oh!! cerita ini sangat best, sangat sweet, sangat menyentuh hati. mengalir2 air mateku, hingus2 pon same. ahaha! woh, sgt best la. sume best. carl & ellie sangat sweet couple. sampai ke tua sayang menyayang. huu, aku nak macam tuh juga! ^_^


meet Kevin [burung betina], Russel, Dug and Mr. Carl Fredricksen.
comel Russel itu. mata sepet.
'oh Mr. Fredricksen. if we happen to get separated, use the Wilderness Explorer Call- Caw, Caw! Roar!!' haha


hu, sgt best la kalo rumah boleh terbang2 macam nih. senang. tayah balik sentul. hari2 boleh balik home suuwiiitt home! ikat kat tiang pusrawi tuh. ahaha. ummi selalu ade. oh, sangat best oke!



huu. ini dia sweet kapel yang comel. hu, sangat sweet la. Carl itu pakai cincin kahwen die sampai tua tu. hu. sejati giler.

'merci pour cette belle aventure, il est temps pour toi d'en vivre une nouvelle!' je t'aime, Ellie

'thank you for this great adventure, it is time for you to live a news of it!' i love you, Ellie.


hoo.video Carl & Ellie : Married Life. sgt best, silalah tengok. huu~
nak bubuh kat sini, tapi error pulak. sila tengok sini --> Carl & Ellie.

Mr.Nobody

ketika berjalan2 di midvalley harituh, aku singgah sebentar di MPH sambil menunggu seseorang pergi ke toilet buat kali ke berape tah. ahaha. kemudian aku ternampak buku kecil, nipis dan sgt best. mule2 aku bace Mr. Rude. then baru bace this one: Mr. Nobody.

review:
... In his latest Mr. Man, we meet a sad and helpless creature who actually doesn’t exist. Well, sort of, but not really. When Mr Happy stumbles across this sad almost-there creature, sitting crying in a tree, he is determined to help Mr Nobody become… well – somebody.

He takes a despondent Mr Nobody to see the wizard who hums and has before asking Mr Nobody what colour he would like to be. Intrigued but skeptical, Mr Nobody is asked to drink a special coloured potion… but will it help Mr Nobody become somebody? jeng jeng jeng.

best wo ceritanya. sgt dekat dihati. senang nak paham, dan memberi kesan jugak la kat jiwa raga nih. huhu.

aku terpikir. kita tak payah baca buku2 yang tebal pon kalau nak carik pengajaran hidup. buku kecil comel ini pon membawa 1001 makna bila lama2 kita fikirkan. :)

tapi buku2 tebalku itu masih perlu dihabeskan. ahahah.

sekian dr saya, sila la beli buku kecil comel berharga rm12.70 ini. 3 for 2. ahaha.

Thursday, June 10, 2010

air coke.

oh. saya sedikit tak sehat. sedikit je. hu.
sakit tekak. sroott srett. malas nak makan n minum.
tapi kawan saya [aniet] sgt sweet.
sebab saya tak boleh nak minum sgt,
aniet belikan saya air coke tanpa ais dan seketul ayam goreng.
ala, sweet la kamu.
lagi sweet kalo kamu belikan saya 100plus dan buatkan saya bubur ayam
wah nak bubur ayam kak maya. [gedik sungguh bile sakit]

sian aniet, dia sikit lagi nak mati kebosanan.
sebab saya tak dapat nak teman dia keluar.
dia duduk dlm bilik, dah macam2 lagu dia nyanyi hari ni.
saya dengar je sambil2 saya cube untuk tidur tadi.


die tak tahu nak buat apa, dia duduk bawah tilam nih,
sambil menyanyi lagu pelangi petang [sudirman].
walaupun saya tak larat sgt,
sempat jugakla saya snap gamba dia tanpa dia sedari. haha.
sori ya aniet. ^_^
saya rasa sedikit sihat tengok dia berperangai macam nih. hihi

nak ummi. nak ummi. isk

Monday, June 07, 2010

flat---

wooh. aku penat giler babun. babun pon tak penat macam aku. ahh.

oh, ubat itu perlu dimakan sebelum tido. yeh.

Sunday, June 06, 2010

sesi burak dengan dedi pada hari ini sungguh kelakarlah. haha. sangat karut marut. ^_^

oklah, mari menempuh hari baru dengan tenang dan kuat. :)

oh oh, rini besday erun! happy bornday khairunnisa' mazlan dalim i lebiuuu!

Saturday, June 05, 2010

romie oh romie.

alkisah konversasi pada suatu malam bersama romie pujaan la sangat

maka berbunyilah ringtone henpon. 'Was it you who spoke the words that things would happen but not to me, Oh things are gonna happen naturally lallala.. by jason mraz

muni: haluuuu~ :) dengan sungguh ceria
romie: hello. [suara stret. seperti tiada emosi. sungguh tidak romie -_-']
muni: ha, nape?
romie: takde ape. saje.
muni: hahaha.
romie: kite nak bgtau kak murni sesuatu.
muni: ha, amende?
romie: nak bgtau sesuatu. tapi bukan sekarang.
muni: laa. abes tuh bile?
romie: suatu ketika nanti. tapi kite nak bgtau nanti buat kak murni mesti jadi terkejot giler.
muni: yekee? bgtau je la skarang. haha
romie: mane buleh. tunggu la.
muni: so, bape lame kite kene tunggu?
romie: ala tunggu je la. nanti la.
muni: apesal senyap je kat sane tuh?
romie: sumorang tengah rehat. kite nak tido la. gudnite.
click! letak sudah?!

hoh. sungguh la bukan romie kerana suaranya sgt tenang. tiada repekan. tiada karutan. tiada ajakan untuk menyanyi. tiada ajakan untuk meronggeng rokiah. tiada kutukan bahawa aku nurse social yang hidup di KL. hoh. sgt bukan romie.

to romie, sile cepat sikit kabarkan. harap kamu okey2 saja :)

rase nak membuang.


tak suke la ceni.
jangan la buat ceni.
isk. tak suke tau! T_T

mari baring bawah selimut dan jangan keluar sampai tiba masanya.

Friday, June 04, 2010

kehadiran yang membahagiakan

ini adalah entry yang sweet yang di post oleh hazirah aka yah di blog nya. kite re-post ini. mintak izin ye yah. ;p

___________________________________________________

title: Alwan + Murni.

Di bawah ialah orang yang aku sangat-sangat sayang. (aku musykil aku taip perkataan 'sayang' tu. Tapi takpelah, demi korang berdua. Ngee)

wah, tiga tiga pakai spek laah! memang dr dulu pon kan.

Alwan Nadiah (berbaju ungu) ialah rakan baik aku sejak sekolah rendah lagi. Perkenalan kami terjadi ketika Alwan dan Hanisah(anja) mengajak aku duduk bersama di dalam bas ketika pulang ke rumah. Ngee. Macam-macam benda jadi masa sekolah rendah. Pernah satu waktu, ada dua orang laki (nama di rahsiakan) asyik ikut je memane kitorang pergi. Aku dan Alwan pun buat report dekat Muallimah. Tapi dua orang lelaki hampeh tu tak nak mengaku. So, nak buat apa kan? Biarkan jelah.

Bila darjah 4, Alwan pindah sekolah. :( Sejak dari tu, kami sering mengutus surat. Sweet kan? Cerita itu dan ini dalam surat, pasal kawan-kawan, pasal sukan, pasal itu ini. Sampaikan family aku ejek aku dengan lagu 'teman sejati' yang kumpulan Brothers nyanyi tu. Huh. Form 1 pulak, Alwan masuk Hira' semula. Hoooray! Perhubungan kembali terjalin. Biasalah, ada pasang surut macam orang bercinta jugak. Ngee. Alhamdulillah, semua dapat di atasi (:. Alwan ni senang je. Rutin harian dia lebih kurang je tak berubah. Even apa makanan yang akan dia beli pun satu sekolah boleh hafal (coklat zip, milo, makanan pilihan, roki, dll). Masa form 3, Alwan dorm sama dengan aku, dorm Khadijah. Hah seronoklah kan. Paling tak boleh lupa, alwan macam doktor peribadi aku jugak. Bila aku demam je dia akan paksa aku makan ubat. Patah-patahkan panadol tu jadi kecik supaya aku boleh telan (aku takleh telan ubat). Macam-macam lah. Sangat terharu! (:

Murni Izar (berbaju coklat) juga kawan sekolah rendah aku. Cuma aku lebih rapat dengan Murni waktu sekolah menengah. Kami sekelas, 1 Ibn Kathir. Seronok kelas tu sebab semangat nak lawan keceriaan dengan kelas-kelas lain. Hee. Sampai gaduh-gaduh semata-mata hal keceriaan kelas. Kelakar. Sejak dari tu, kami jadi kawan. Tambahan lagi bila aku sama dorm dengan Murni masa tingkatan tiga, sama jugak dengan Alwan, dorm Khadijah. Kitorang pernah buat lakonan bertajuk, "Hanya kerana janji yang satu". Haa, lakonan ni menang dapat tempat pertama. Perh sungguh tak sia-sia usaha berlatih selama sebulan! Gila jiwang punya cerita sampai orang menangis2 tengok. Heh. Rindu okey?

Murni orangnya kreatif. Kalau ada keceriaan dalam kelas tu serah je dekat Murni. Haa, masa form4 pulak. Aku jadi ajk pameran untuk ihtifal. Murnilah orang paling sesuai untuk di pilih menjadi AJK keceriaan. Murni dan Feyna. Serius, sangat cantik! Kalau kita boleh putar balik masa, buat semua tu sama-sama, mesti seronok kan ? (: Murni peneman aku untuk ke book fair. Memang dari sekolah tu kalau nak pergi book fair harus bersama Murni. Nanti kita borong buku banyak-banyak lepastu 2-3tahun baru habis kan baca. Huhu.

Alwan, Aku, Murni(kanan) ialah sahabat-ktm-subang-jaya. Kami rindu ktm subang jaya. Eheh. Kami orang subang+petaling jaya. Kami mahu jadi orang berjaya. Takdelah, dulu zaman sekolah, kitorang kalau nak kemana-mana je selalunya jumpa kat ktm subang jaya. Tu je paling dekat. Masa tu mana ada lesen kan. Alaa, sekarang pun ada lesen takde kereta. Alwan je ada kereta. Keke. Kalau nak keluar, pergi pc fair, book fair, mid valley, klcc, semuanya lah jumpa dekat ktm subang jaya. Wee. Best! Sekarang je dah tak jumpa kat ktm subang jaya, kan?

Lepas SPM, memasing meneruskan hala tuju. Murni dengan nursing nya. Alwan dengan accounting nya. Aku dengan kemanusiaannya. Huhu. Yang penting kita punya arah hidup yang sama, InsyALLAH :D.

Banyaaaak lagi aku nak cerita. Kalau cerita semuanya, boleh beratus muka surat jadinya. Siap satu novel. Huhu. Tapi nanti kitorang bertiga je la yang beli. Huhu. Wokeh.

Semoga ukhuwah kami kekal sehingga ke anak cucu. Amin!

___________________________________________________

ini adalah ulasan seiring kite terhadap entry awak. :)

serius yah. perkataan sayang awak itu sangat men'touching' feeling kite nih. ahaha. sebab kite tahu, kalau word sayang tu dari awak, itu maksudnya memang benar-benar sayang. ^_^ hihi.

huu. kite rasa sangat bersyukur kepada Allah sebab temukan kita, dan kawan2 lain jugak. memang rasa kamu berdua sangat2 bernilai dalam hidup kite nih. serius! memang sangat betul awak cakap yah, kita boleh jadi 'diri sendiri' yang sangat bongek, sangat matang, sangat senget, sangat baik, sangat tak gune, sangat solehah, bila bersame2. mungkin kite dibesarkan dalam suasana yang sama, suasana yang nyaman even each of us bukan dapat menyerap sume aura2 baik/tarbiyah itu. huhu. tapi sgt best la. kamu semua adalah zon selesa saya. ^_^

ni bukan nak kate gedik. cuma kadang2 kita perlu la pikirkan future. cewah. kite selalu pikir dan berdoa, selain kite dapat suami yang sangat hebat bertarung dengan lipas, kite juga mahu suami yang boleh membenarkan awak, awan, kite plus kawan lain untuk bersama2 selalu. :) amin. [yah, cepat amin! ;p] oh oh! berangan ngan korang mmg sgt best! hahaha.

hanya kerana janji yang satu itu memang memori yang sangat best. memang rindu. awan memang sebijik cam makcik2 kecoh! ;p tak sangke kan orang sume leh nanges2 tgk cite itu. huhu. wooh, kite pon tulis banyak jugak. tapi sudah sampai masa nak pegi keje, baju tak iron lagi. hehe. thanks kerana entry ini membuatkan kite rasa 'diriku begitu beharga!' :)

pssstt yah, awak kan pandai buat2 ayat2, cerita2 yang best. sila lah teruskan. takpe je kalo kita bertiga je yang beli. takpon awak buat muvi. hah, cam mak awak cakap. :) lagi satu, lepas market Bintang dah tak femes, awan dah tak beli makanan pilihan dah kan? huu. kite pon rindu kumbang badak. (:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini bersepakat untuk mengasihi-Mu, betemu untuk mentaati-Mu, bersatu untuk dakwah-Mu,, berjanji untuk menolong syariat-Mu. Ya Allah, eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.”


amin. amin. amin ya rabbal alamin.


Thursday, June 03, 2010

repair.

banyak mende aku kene betulkan sekarang.
betulkan diri sendiri.
banyak sangat. sangat.
aku ngan yah ade bincang tadi.
jadi sudah sepakat untuk membantu satu sama lain.
semoga kami berjaya.

yah, kite rase kite kene tulis besar2 kat dalam bilik gune kertas mahjong la. biar nampak jelas.
biar tak lupe. biar tak lalai.
jom yah, sama2 jadi kuat. kite kene betul2 jadi kuat.

hope ini semua akan kekal. bukan hangat2 taik ayam.
amin, amin, amin.

Wednesday, June 02, 2010

lifeline4Gaza. sila AMBIL TAHU.


copy from blog musaf
Perkembangan terkini (semalam) flotilla Lifeline4Gaza:
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan. mari berdoa!
Sumber: Lifeline4gaza.org

Tuesday, June 01, 2010

perasaan ini.

perasaan ini.
sekali lagi.
ada lagi.
datang lagi.
menggigil lagi.
takut lagi.
resah lagi.
ya allah. Kau saje yang tahu apakah ini semua.
tolong aku buang semua ini. tolong.

aku tak tahu. tak tahu.
aku ok. aku ok. aku ok. fuhh fuhh.