Friday, December 31, 2010

adik dia

bukak bukak fb, bace bace macam macam. tiba tiba terbaca pasal zubair. adik zaid. bukak page sini, bukak page sane sebab nak tahu cerita. zubair jatuh. itu ini itu ini itu ini, warded kat hospital sungai buloh. head injury. masuk 7B. oh-

aku tak suka la 7B. eh, aku suka berpraktikal kat 7B. sangat best, sangat. tapi, bila keadaan macam ni, keadaan someone yang kite kenal (aku kenal la zubair, tapi aku kompem zubair tak kenal aku) bukan la kenal, tapi TAHU masuk, sakit, injured bab2 neuro ni aku jadi macamm tak best, macammm, macam mane ntah. tapi ia unpleasant feeling. sebab selalu tengok orang2 di wad 7B tuh, memang aku paling takot sakit macam tuh, vege macam tuh. tanak la. haih.

semoga zubair cepat sihat, cepat recover, cepat senyum.
semoga zaid and family tabah2 kuat2 semuanya walaupun sume surely merisau.
amin.

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

kenapa?

kenapa? kenapa? kenapa awak privatekan blog?
kenapa? kenapa awak privatekan blog awak Yah??
let me in! let me in! huwaaa~ T_T
*rindu la kat awak*

Friday, December 17, 2010

Wednesday, December 15, 2010

meletop!

rase nak ambik parang cingkok, cocok kat jantung sendiri. sebab proses explode ini mengambil masa yang lama, dan aku tatahan pula rasanya. mahu tulung buat sedikit lubang supaya cepat lah ia meletops. aku bukan nak bunuh diri ye. sekian terima kasihh.

ya allah..

Monday, December 13, 2010

Friday, December 10, 2010

erk, kene tembak!


pom pom! [ni bunyi tembakan ke bunyi mercun pop-pop?] alkisah, khaulah telah menembak aku di blog nye. ho, boleh bayang tak khaulah tembak-tembak aku? ahahah. jangan bayang lah. hodoh. eh, aku yang hodoh. khaulah cantik. ngeee~ :D terima kasih ye khaulah sebab tembak-tembak kite. hehe. ok, mari mula!

sila jelaskan kenapa anda suka berblog?
suka kah? suka jugalah sebenarnya. kalau tak suka mesti tak buat blog kan. sebab aku suka nak bercerita apa aku belajar dan buat. seronok sharing nih. tapi sekarang aku rasa blog aku nih dah macam banyak emosi je. HAHA. tu lah kadang-kadang aku rasa nak tutup dan buang saja blog ini. sian kamu wahai blog. huu. maka, kerana kasihankan diri blog, maka kadang-kadang aku abaikan sahaja dia biar dia sunyi tanpa update. jangan terus R.I.P sudah. haha. tapi aku tetap suka berblogging ini. walaupun name blog aku Nil - Nothing.

apa motif anda tarik followers? anda superstar kah?
ohh. saya takde main tarik-tarik dengan sape-sape pon. betul! mase buat blog nih, belum ada lagi pun setting pasal followers nih. followers itu adalah mereka-mereka yang bebas nak follow sesiapa dia suka. kalau dia follow, maka dia suka la kan? ohh, terima kasih kepada followers yang menyudikan diri follow-follow blog ku ini. ku bukan superstar, kaya dan terkenal. ku bukan saudagar yang punya banyak kapal. ku bukan bangsawan, ku bukan priyai, ku hanyalah orang yang ingin dicintaiiii~ lalala~ [oh, itu lagu. aku bukan lah ingin dicintai cam lagu tu. hoo] tapi serius, aku berblog bukan nak sebab nak ramai followers.

cerita sikit perangai anda.
perangai? hoo. perangai aku yang suka makan hati. aku rase hati aku dah tinggal separuh. -_-' ohhhhhhhh, mane boleh begini! cepat positiffffff ya murni! life is amazing. life is wonderful. life is full of color to wonder. hiyark hiyarkk! ^_______^ . oh, aku suka tolong orang. rase bahagia bila dapat tolong orang. tapi kadang-kadang aku malas je. sekian.

pernah terfikir nak masuk magazine aka mewar-warkan belog anda? mengapa?
tidak pernah. tak best pon blog nih. buat malu je heboh2. hahaha. kalau teringin pun, aku nak buat magazine aku sendiri, buat gempak-gempak, then simpan dalam laci! biar aku sorang je yan tengok. ahahha [kedekut giler tamau share!]

sila tembak blogger lain.
kene ke tembak? sepp boleh tak? boleh la eh. so, aku sepp :
  1. mawordshurz.blogspot.com
  2. cheritadunia.blogspot.com
  3. signal2noises.blogspot.com
aku sepp mereka sebab aku suka bace tulisan mereka. hebat gile lah nak banding dengan aku yang merepek tak habis-habis. sebab aku suka, aku pun jadi followers mereka, tapi mereka tak tarik aku pun. haha. see? merepek je aku.

-habiss-
---------------------------------------------------------------------------------

pastukannnn, aku bace kat blog khaulah tuh. ade tulis yang macam nak bagi semangat2 nak update blog sebab kadang-kadang nak update, tapi tak tahu nak tulis apa [oh tipulah, aku selalu ada banyak je nak tulis, sebab banyak sangat nak tulis dan cerita, maka aku tak tulis pun. haha!] so aku rase macam nak buat juga lah. heee. tapi nak mula bile ye? takpelah, kang nak mula aku kabo. ngeh3. maka, ni lah list nye. semuga aku berjaya. cewahh.

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of youself today + three good things that have happened in the past 30 days


ohhh! dah pukul 1.30am! nak tidoo!
[tak edit pun muvie. hahah!]
selamat malam. babai dunia. salam~


Thursday, December 09, 2010

Tuesday, December 07, 2010


from: stuffnoonetoldme.blogspot.com

cerita tu kan,


tadi aku tengok cerita Air Mata Nur Salina. Cerita itu memang best la. ending cerita Salina kene hukuman gantung. aku tengok die istighfar banyak-banyak kali, laju makin laju makin laju bila orang penjara dah panggil dia, makin laju bila kepala dia dah diserkupkan dengan kain hitam, makin laju bila kaki dah menapak ke tempat gantung, makin laju bila tali dah dililit di tekak.

takutnya. rasa macam tak cukup masa, tak cukup mulut nak istighfar mintak ampun dengan tuhan. tapi Salina tu tahu bila masa dia akan mati, aku? aku tahu? aku tak tahu.

maka, sendiri lah fikir. apa yang kau nak dalam hidup ini. kau nak pengakhiran yang bagaimana. syurga atau neraka.


hish!

1 Muharam 1432H.
dah menyakitkan hati orang.
menggores hati orang.
bagus. sangat.
bagus sangat.
tepuk tangan.
tepuk muka sendiri!
ambil pasir.
baling kat muka sendiri.
rasakan.
maaf.
kalau lah aku ni robot.
tak ada e.m.o.t.i.o.n




tapi Wall E pon ada perasaan.
Wall E sayangkan Eve.

baru azam nak jadi baik.
tak apa lah.
cuba lagi murni izar.
haihhh.
apa - apa aje lah.
maaf again.
kepada yang terlibat.


Monday, December 06, 2010

amazing ke?

Monday - 6.15pm - 6th dec 2010
ada orang dedi-cate lagu ini untuk aku.
hahaha comel betul! :)




Cause girl you’re amazing
Just the way you are

:-$
(icon mulut berduit. haha)

selamat tahun baharu.
salam maal hijrah 1432H.
jom jadi baik dan bagus :)

salam maal hijrah, tapi buh video omputih. cehs


Monday, November 22, 2010

lata kekabu best


lata kekabu, lenggong.
22nd november 2010











sepupus kecil.



kak qamah gemor menjuling.



sungguh maskulin [konon]



abam tergeliat tangan nak buat love itu.



nak jadi crocodile hunter. haha



peraduan tangan sapa paling putehs. haha



sangat amat enjoy.
sekian, terima kasih.
^__________^

p/s: thanks to Nikon D70 dedi. :)



Friday, November 19, 2010

muncul semula.

salamualaykum dah salam sejahtera di ucapkan.
sudah sekian lama tidak meng-update blog ini.
sunyi semacam jadinye. al-maklum lah, baru berpindah ke rumah baru, nak pasang semula internet bukan main lama. katanya awal november, sekarang sudah masuk tengah november masih belum dipasang. aaahh~biarin aja. malas dipikirin. [oh pehal tukar bahse nih. dush dush]

oh. sekarang aku berada di kampung. bercuti hari raya. giliran aku pula bercuti. lagi pun, walimah abam akan berlangsung pada tanggal 20hb november ini. kata abam, yang mahu berkenduri kendara dikampung, maka kami pun pulang ke kampung, Kota Tampan Ayer, Lenggong, Perak. :)

setakat dua hari di kampung ini, kerja kami ialah membersihkan rumah. mengemas2. rumah ini bukanlah bersepah dan tidak berkemas, cuma rumah di lenggong ni dulunya kami jadikan sebagai rumah persinggahan. akan tetapi, sekarang abam menetap disini, dan kak qamah [kakak ipor i. i dah ade kakak ipor uuu. haha] pun bakal menetap disini. maka harus la dan wajiblah kami menyediakan tempat yang bagus2 dah selesa. kemas. kemas. kemas dan kemas.

kemas, kemas juga. sambil-sambil kemas, kami rajin juga la meng-snap gambar2 ketika ops-loyong, ops-kemas, ops-merepek di jalankan. berbekalkan kamera besar dedi [dedi beriya2 suruh aku pinjam. aku berbesar hati je nak pinjam even selalu panik] kami pun merepek2 menangkap gambar. jam sudah menunjukkan 3.04 pagi, aku pun sudah mengantuk, maka aku sertakan gambar2 yang aku paling suka. [banyak je aku suka, tapi sebab banyak gambar yang si snap didalam rumah, maka banyak aurat yang terdedah. hooh].

oh, serius aku katakan. aku tunjukkan gambar2 ini bukan untuk tunjuk aku pandai mengambil gambar atau apa-apa. aku hanya mahu berkongsi moment gembira sahaja. aku mahu kalian tahu bahawa aku sangat tak tahu menggunakan kamera besar itu. sangat tak tahu sampaikan bateri habis pun aku panik. maka, gambar huduh jangan dikutuk. ahhaha. aku hanyalah seorang amatur.

selamat menjamu selera. [tiba-tiba perut kriuk kriuk]



afiqi dengan ekspresi terbaik yang aku sangat suke. ekspresi muka-lu-pahal?




afiqi lagi. macam mat bangla. sedang memerun sampah.
heheh. comel muka dia itu. rasa nak tepuk pakai selipar.



faridah muhayat. a.k.a kak ida. PA umi.
sibuk-sibuk juga, tuhan jangan lupa.



oh! ini aMAR atau MARtopo. hahaha.
hidung dia saja aku tangkap. sangat tak duduk diam.


ok itu sajalah. tiba-tiba sudah malas mahu upload. ahaa.
aku mahu tidur. mari lah tidur. salam

Friday, October 15, 2010

14th October 2010

pada suatu hari,

tuu tuut. mesej from isyaburn. dia tanya aku mahu pergi ke showcase Maher zain : save the soul? aku rasa mau pergi juga, tapi disebabkan roster kerja aku masih belum keluar, maka aku redha je la tak pergi. kemudian teringat umi dan kak maya suka juga lagu Maher Zain. maka, dengan teruja nya kak maya, ummi dan kak ida mahu pergi. aku pun booked tiket pada isyaburn, selesai proses pembayaran, maka kak maya pun pergi mengambil tiket pada isyaburn. hehe. [seronok pulak sebut isyaburn ;p]



showcase Maher zain : save the soul


tiba-tiba aku lihat, aku DayOff pula hari tersebut. tapi takpelah. tak ada rezeki lah kan. maka aku pulang kerumah. kak ida suruh aku yang pergi, tak sampai hati pula mahu ke showcase itu sedangkan aku tak pergi. maka aku katakan, tidak apa-apa. mestilah dia dah excited mahu menonton, tak suka aku nak mencantas perasaan teruja orang lain. lagi pun, petang itu anak abg faisal nak cukur jambul. ini pun dah cukup menggembirakan hatiku dapat berjumpa baby. :)

maka, berlepaslah aku ke rumah abg faisal dan kak shafa untuk bertemu anaknya. hari untuk mengumumkan nama baby sangat comel yang selama 7hari kami panggil cik wan saja. selepas encik imam membaca Surah Luqman serta maksudnya, maka, abg Faisal pon mengumumkan nama anakknya. sedikit tacing hatiku ketika moment abg Faisal bercakap dengan anaknya. huu.

'Anakku, hari ini, bapak namakan kamu Wan Nur Aisyah Sofia.'



Wan Nur Aisyah Sofia binti Meor Ahmad Faisal. holohh.
nih aku snap dr dslr abg faisal. tak sabo tunggu transfer. ahaha.



selepas itu, acara mentahnik sofia. mereka mahu menggunakan madu. terus aku teringat dedi penah sebut madu ada bakteria bolboa? haha yang tak elok untuk sistem pencernaan bayi, maka aku syorkan mereka menggunakan kurma dan letak sedikit air. seperti yang dilakukan di labour room hospitalku itu. mereka terima cadanganku. kebetulan mereka ada air zam zam. elok sangat kan tuhan mudahkan. hehe.

selesai mentahnik sofia, selesai mencukur sikit2 rambut sofia, selesai mengajar cara mandikan sofia, selesai memberi sedikit sebanyak tips-tips [cewahh, macam bagus], tiba-tiba dapat panggilan dari kak maya, mengatakan dia mempunyai banyakkkkk kerja yang peru diselesaikan dan due datenya pada esok hari. maka, dia meng-offer untuk saya pergi ke sana. ohh, memang rezeki aku. alhamdulillah :)




terus ke bangi, ambil tiket dan camera, terus pula ke shah alam. ummi bawak tenang-tenang aja. pabila hampir benar dengan auditorium MBSA itu, terdapat satu lori buduh keluar simpang dengan melulu. alhamdulillah kami selamat walaupun sakit juga tulang klavikel aku. huhu. setelah bersesat2 tak tau pintu masuk ke auditorium sebab sudah lambat dan para krew pun sudah pergi ke dalam hall, maka sampai la kami di seats yang yang jauh dari pentas, tapi sangat nampak keadaan di pentas dengan jelas. amat berpuas hati. lagi lagi puas hati bila jumpa kawan-kawan.



isyaburn . nina . nadz . seronok.
[weh kome, kite tak masukkan gambar sesengal itu. hahaha ]


tan tannaa!! muncul la Maher Zain. aku pun mengambil lah sedikit sebanyak gambar yang boleh. tapi tak berapa cantik kerana tak boleh on flash. maka aku pun merekod lah sesi pernyanyiannya walaupun tangan aku gigil gegar2. tringat pada kak maya. mahu dia sama-sama menonton. tapi tak semua lagu aku rekod. sebab lenguh. maka, video bawah ini, aku dedicate pada kak maya, yang berhati murni memberi tiketnya padaku. even aku kene bayar kat die rm70 for the ticket HAHAHA dan juga kepada para2 peminat maher zain yang tak dapat pergi. tak cantik pun aku rekod. dan tak reti aku mengedit video nih. kui3. sabar je ketika menonton. sekian, selamat menghenjoy. hihi ^_^





Sunday, October 10, 2010

di suatu pagi ahad yang indah

D ialah Doctor. A ialah Aku.

kisah satu.

D: berape glucose patient tu?
A: belum ambik lagi dokter. patient kat toilet.
D: huh? belum ambik? kenape belum ambik? kan saya dah bgtau.. bla bla bla bla bla bla bla. sape yang nurse sekarang? awak ke patient?
A: dokter rase2 sape yang nurse? saya ke patient? ha? ha? ha?

ohh, takk lah. aku tak jawab macam tuh. aku jawab:

A: saya lah nurse. (kemudian daku beredar sahaja. banyak lagi keje aku nak buat. maka doktor pon marah pada orang lain pula)

kisah 2

D: u all nih, buat keje yang saya suruh pun tak boleh. bende simple je pon. tengok patient tuh makan apa. pukul berape. itu pon tak boleh buat? hish. nonsense lah u all.
A: (diam) (sambil melihat dokter menekan2 butang telefon bimbit, mungkin menalipon kawan die)
D: hello. bla bla bla bla. u know what, nurses here, bla bla bla bla. stupid. bla bla bla.
A: (maka aku pon mencelah) ehhh, stupid pulak?? kalau aku stupid kenape kau bagi aku keje jage patient ko tuhhh. kalo ko pandai sangat, ko lah duk sini siang malam jage patient nih ha. baru tau degil ke tak. ha. sebok bagi kat orang bodoh jage eh? eh? eh?

ohh, takk lah. aku tak jawab macam tuh. aku jawab:

erm. aku tak jawab apa-apa. aku diam je tengok die bebel. lepas tu die sambung bebel kat aku balik. hoyehhhaish.

haha. kan best kalau boleh jawab macam tuh. hahah. tapi tak mungkin. inshaAllah aku cube la menahan sabar. selagi aku tak kene hentam teruk, tak kene maki hamun yang buat aku naik hangin jugak, maka aku bersabar la. sebab. kalau aku kurang ajar cam tak senonoh, mesti aku mereflek pada didikan ummi buya. nati mereka kata ummi buya tak pandai didik anak pulak kan? maka, diamkan. tapi aku bukan la diam tak membela diri. banyak lagi scene2 aku cube mempertahankan diri. tapi kalo berlawan cakap dengan org marah, buat penat aku je kan. dia bukan nak dengar. hihi. oklah tuh. manusia, marilah pupuk sabar. huhu.


Thursday, October 07, 2010

kerja aku


susah ye kawan-kawan, nak mempertahankan niat yang suci murni. setiap kali aku pergi kerja, aku sebulat hati, menetapkan niat untuk bekerja dengan ikhlas, untuk bersabar dengan apa-apa yang terjadi di persekitaran hospital (wad, patient, doctors, mengawal emosi, menjaga tingkah laku.)

aku suka pergi kerja. suka sangat suka. suka nak tolong orang. tapi tak semuanya indah di wad itu, kadang doktor berhangin, marah sana, marah sini. kadang-kadang terasa, kadang-kadang tidak. kadang-kadang rasa nak marah balik. hoho

pesakit juga ada perangainya. sepuluh kali sekejap memanggil-manggil. mahu itu, mahu ini. tapi i'm okay with that. tapi kadang-kadang, sangat penat pun boleh mengherotkan niat juga. bila pesakit panggil, terdetik 'haishh, nak ape lagi die nih??'. marah. geram. tapi cepat2 pujuk. tak baik rasa macam tu. kalau pesakit boleh buat sendiri, dia tidak akan panggil memanggil. maka, tersenyum bile berhadapan dengan pesakit. tapi kadang-kadang senyuman itu fake, kerana sangat penat. lagi-lagi kalo aku bekerja double shift. hoo, tak baik.

kawan-kawan tahu tak, kalau pesakit sakit, keluarganya juga turut sakit. mahu itu dan ini juga.

'nurse, dia sakit kat tangan'
'nurse, kenapa makanan pon lambat hantar?'
'misi, takan everytime kene panggil kot?'
'bila doktor nak dtg nih? lambat nye.'

wuuwuuu, sabar. sabar. aku kalau terkena keadaan ini. semahu-mahunya aku tak mahu bercerita kepada rakan sekerja lain. sebab mungkin nanti akan bertambah cerita lain, terkeluar kata-kata seperti 'huh! patient tuh memang macam tuh! poyo, fussy!', maka bertambah-tambah la dosa yang tadi sepatutnya kerja beribadah mendapat pahala, dah jadi dosa. sedih lagi menyedihkan kan?

kalo aku macam penat ke letih dengan semua ni. aku selalu cerita dengan ummi. nanti ummi pon bagi kata-kata yang boleh buatkan aku jadi rasional dan kembali bersemangat. thanks to ummi. :)


Tuesday, September 28, 2010

menangislah dibahuku

lepas solat subuh pagi tadi, aku bermalasan2 di pembaringan. malas lagi mahu bangun, sebab kejap lagi nak keje petang, maka kene rehat lebih sikit. cewahh. ummi memang kebiasaannye lepas solat subuh akan dengar ikim, takpon bukak tv tengok cerita 'Tanyalah Ustaz'. tapi maybe sebab pagi tadi aku tergolek depan tv, ummi tanak la mengganggu aksi2 tergolek aku tu, maka ummi pon mendengar ikim. tengah aku baring2 tu, dengar la jugak sikit2 ape radio itu bercerita. pasal ibu mithali besarkan anak die 17orang, sume ade degree. alhamdulillah. terbayang2 muke ummi penat-penat besarkan kitorang. hu. syurga untuk ummi and buya. amin. oh then time abes program tuh, tiba-tiba aku terdengar lagu nih. sedap pulak. lirik dia best. pastu suruh-suruh orang nanges. aahaha. aku pon terus la download. ahaha. maka aku pon nak ternanges bila dengar lagu nih. best lah. ada org suruh nanges. hihihi. saje lah aku letak kat sini. hihi.

Menangislah dibahuku

[by Firdaus]

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … dibahuku ku disini untukmu
Menangislah … dibahuku kerna ku sahabatmu

^____^

nak download? SINI :)

Moo Moo Sha paling baik kahwin - Part 3


APA PERASAAN ANDA?

sesi temubual antara adik beradik snoll.
interviewer ialah Fiqri Dizar dengan invisible microphone die.
jawapan sungguh mengarot masing-masing. haha
oh oh, sesape yang ade menenengok gambar2 di fb maklang Jaja,
ada gambar2 adik beradik snoll ini bertemubual.
maka, inilah isi2 temubual mereka.
saksikan la- Di Sebalik Tabir Invisible Microphone.
[ gamba tak bes pon sebab gune hp buruk daku. heh ]





Monday, September 27, 2010

Moo Moo Sha paling baik kahwin - Part 2

25th September 2010.
hari nikah abam ngan kak qamah.


afiqi kene pakse untuk merekod detik terindah ini. cewah.
mintak mahaplah ye di atas kualiti video yang sangat lah buruk.
takpelah, nanti kite beli kamera and camcorder baru yeh ABS!
hoyehh! :)




oh, video nih pon aku edit2 gune iMovie yang memang haram aku tak tahu langsung nak gune. sampai file pon tak rename. 'New Project 1' ?? ahaha. syukur kepada allah sebab jadi jugak sikit. ahahaha. hampeh la muni. -_-'

ha, kat bawah nih gegambo hantaran.
ni pun aku kutip je gambo nih kat fb maklang plus dr c901 tu lah.
ade gelap terang. hamtam sajalahh. hahaha


from kak qamah



from abam. thanks to kak An yang buat hantaran :)

maka, sekian wasalam.
wooh, aku dah ade kakak iporr!! haha

Mufiz




haritu baru aku perasan aku takde pulak gamba2 dengan mufiz. hihi.
maka, satu hari yang bosan2 mase hari raye hari tuh, aku pon begambarlah bersama.
oohh, gamba ini telah di edit. maka, u will never know ape kaler sebenar mufiz. HAHA
thanks to pemberi mufiz :)


Sunday, September 26, 2010

shila


oh. sangat suka gambar ini. shila with aiman.
sangat suwiiittt je. tak sangke shila pandai pose ceni.
huu, aiman pon dah besar. cepat2 belajar, hafal dan cepat balik ye dari mesir itu :)
and get well soon to macik alawiyah yang sakit cholecystitis.
shila, sgt rindu untuk merepek dengan kamu. :)

sikat

aku nak beli sikat. sikat yang kuat dan banyak gigi and sisirnye. so that buleh sikat keserabutan dalam kepala aku nih. serabot. macam wayar hijau merah kuning hitam. jangan usik yang hitam, nati tebabomm! haha. woh, nak beli sikat. nak cari sikat nih mesti perlukan kesabaran plus kerasionalan dan ketenangan. ok, si-serabot-kepala nak tido. moga mimpi jumpa sikat kuat dan cantik.

aku ok jer sebenanye. saje buat entry macam nih. haha

wahai adik beradik. semoga kita semua tabah. amin. ^________^

Friday, September 24, 2010

Moo Moo Sha paling baik kahwin- part 1


wah, big BIG bro mahu kahwen! sangat eksaitedd! :)
disebabkan abam yang first nak masuk bab kahwen mengahwen nih, maka kami sangat la jahil ilmu2 perkahwenan. kununnye nak prektis pakai samping, tibe2 haprak sorang pun tak tahu nak pakaikan kat abam. nak buat bolot2 bunge itu kan. google punye google, video kat utube pun dah try, tapi tak elok gak abam pakai. musykill, nape tak hemsem nih? hu. rupa-rupanya perot abam vuncitt sangat, tak muat samping. hehehe. ahaha. tipu lahh kan. kitorang yang tak reti. hehe ;p

lepas try men-try pakai samping, kami yang pompuan2 nih pon tak ketinggalan memakai samping serta tanjak/tengkoloks abam kene pakai inai pulak! siap tak tahu kan nak pakai jari mende. tahulah 3jari last, tapi tangan belah mane kannn. then tepon abg pesal, tanye die pakai inai kat jari ape kan sebab die pon baru kahwen. maka, abg pesal pon menurunkan sedikit la ilmu2 dan checklist untuk abam. maka kami pon temankan n tolong aa abam pakai inai. haha, sangat poyo la itu abam nak mengeluarkan teori2 pemakaian inai die. hahaha ;p



abam yang khusyukk mentacap jari jemari die nak jadikan kelonsong. haha, macam menyimen jari. kami yang perempuan2 terpaksa keluar dari frame kerana terlalu seksi. haha.
oh, sepahnye rumah! T__T



sesi pembalutan jari supaya dapat tidur dengan tenang dan tidak comots.



siap! ready to selipp. prektis senyum aa tuh untuk esok.
ohh, gamba Moo Moo Sha terpakse di-erase bagi keselamatan penduduk dunia.



alatan2 berinai. oh, ada lebih.
maka, lebihan ini dieksperimenkan pula pada jari jemari yang perempuan2 ini. haha



abam kengkonon aa ngantuk2. tepuk kang! ahah ;p

okeh, esok nikah. fewwit.

score kita


saya tinggalkan kamu di saat mahu keluar : 2 Kali
kamu mencantas perasaan eksaited saya : 2 Kali

wah, sudah seri! ahaha
^______________^
sama-sama padan muka! ;p

betollah ustazah Siti Nor Bahiyah tu cakap,
Anda buat, anda dapat. hu

Sunday, September 19, 2010

i want to END this. now

sudah. sudah. jangan tengok. berhenti menengok. berhenti mengorek-ngorek. supaya kau tak jeles ye murni. stop stop. sudahh. sudah laa tuhh [ :)) ] wohohohoh. susahnye.

Wednesday, September 15, 2010

labour room.


"okehh, sekarang tarik nafass dalam-dalam, tahaaannn, dagu ke dada, then terannn. ok lagi, lagi, lagi, lagi, lagiii. bagus bagus bagus! pandaii. panjang panjangg! okeh, tarik napasss, tahannn, terannn. lagi lagi lagiii macam geram. geram! geram geram! pegang kaki, lagi lagi lagi. pandaii pandaii. Allahuakbar! lagi lagiii. okeh contraction dah abes. rehat dulu ye. tarik napas, lepasss. minum air dulu."

haa. itu lah antara ayat-ayat sokongan ketika push push nak kuarkan baby. dah macam pasukan sorak pom pom girl dah bile memberi semangat nak meneran. maken kuat bile kepala rambut2 dah nampak. huhu. memang sangat saspen ye kawan2. aku pun rase nak meneran sekali. ahahah. serius, kene meneran betul, teknik yang betul, semangat kene kuat. kalo tidak babymu tidak akan keluar. huu. sangat best best.

sakit ke? aku pun tak tahu la rasenye macam mane. but im sure memang extremely sakit. sakit giler. mase servix blum fully open pun ibu2 ni sudah tidak keruan, pusing sana dan sini. tarik sana, tarik sini. tarik cadar, tarik bantal. tarik baju suami, tarik rambut suami, tarik kepala suami, pegang tangan suami sampai nak patahh. ho ho ho. sakit tuh. fuh fuh fuh. kalo yang non muslim and non malay, terjerit2 pun ada. orang melayu bersopan santun. sikit je suara keluar. sopan. baguss.

aku rase sumorang perlu pegi antenatal clas if berkesempatan. even kadang2 proses deliver end up with oprate [lscs]. takpon google n usha kat utube untuk belajar demi menjauhi prolonged 2nd stage ;p lagipun, ianya ilmu kan? dapat pahle.

caucincau~

Tuesday, September 14, 2010

pilih jangan tak pilih.

tadi terserempak matron datang wad. tiba-tiba dia tanye samada aku berminat atau tidak untuk kerja di labour room. then mahu hantar aku pegi post basic midwife. huuu. kompius sebab aku dah tetibe kearah ICU pulak even dulu aku tergedik-gedik nak duduk labour room. ahaha. tiba daus cakap kat ICU ada kekosongan pulak. wah. kenapekah begini. kan best kalau nak pilih ni macam nak pilih kueh raye. ahaha. takpe la. pikir lain kali. jom berendang dan berketupat dulu. ngeh3.

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya.

woho. tadi pagi baru je pegi sembahyang raye.
tibe-tibe petang dah sampai kat hospital pulakk.
macam mimpi. hehehe.
oh, tadi aku sempat bergambar sebanyak 4keping je. ahah ;p


selamat hari raya dari kami insan yang bekerja di hari raya. cewahh ;p

ingat nak buh gambo raye, tapi camera misplace, tatau katne. hahahah ;0

Monday, September 06, 2010

roster dah keluar


wowoho. contengan before wad di tutup. macam sesekolah dulu pulak.


feewiitt. kerja dihari raya. satu hari di hari raya. aku kerja sampai raya ke-6. then cti la untuk beberapa hari. wuhuu, kerja di wad orang lain ni lah yang masalah nye. nak meng-adapt-kan diri. semoga aku berjaya. ohh, aku dipost ke Labour room! woot woot, tengok baby lahir. oh, tapi aku takot jaga, sebab aku tak tahu nak buat ape. ahaha. hentam je laa~

oh, aku baru pindah dirumah baru. letih betol mengangkut barang-barang. baru lepas keje malam pulak, memang penat nye sagt terasa. sampai sakit2 lenguh2 tangan. tapi aku suka rumah baru. nantilah aku cerita kenapa. hehehe :) next post lah kalo rajen hahaha

huhu. duk rumah baru, maka internet pon tarak. maka lepas raya la baru nak pegi tm. maka, bile rase nak cerita apa-apa kat belog, aku pon taip la kat textEdit. hu, kesian.

Sunday, August 29, 2010

hadith to ponder

ehem.
*Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya"

hey people, again : Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. ikat rambut tinggi-tinggi, sanggol tinggi2, sekarang siap ade pulak sanggol2 buatan untuk jadikan sanggol tinggi even rambut pendek pon boleh pakai, pastu lilit-lilit ngan selendang tuh. oh, takotnye! bau pun tak bleh cuimm woh!
astaghfirullah, nauzubillah. hu


Saturday, August 28, 2010

logo lah~


dedi. saya letak ini logo kerana berasa logo-logo ini cun comel. especially yang black and white ini. nak letak yang besau-besau, warna-warni nanti lawan taukeh (taukey? tokey? togeh?). orang kate over pulakkan. hahah. jangan marah. semoga menang lah! amin amin! ;p





Friday, August 27, 2010

lau kana bainana


Lau Kana Bainana - if he (Muhammad s.a.w) were among us
sangat suka ini. suke suke.




The Prophet (pbuh) said: propagate greetings (spread peace) among yourselves,
say: 'assalamualaykum, peace be upon u'.
and he said, 'don't impose a hard condition on your servant'
and he said, 'the best of u is he who is best to his family'
and he said, 'if u have a child, be childlike with him'
and he said, 'there is a reward for kindness to every living animal or human.'

last-last itu sedikit touching. :')

**dedi, dah boleh dah letak video besar-besar! :)

ilham

ilham yang berumur 4tahun muntah ketika baru sahaja mula mengambil nebulizer. habis penuh mask tersebut dengan muntah ilham. baju dan seluar pun terkena muntah, penuh atas katil. umminya tiada, pergi kerja. maka, aku lah calon untuk menolong ilham ketika itu. dialog pon bermula.

aku: ilham nak muntah lagi?
ilham: tanak dah.
aku: ilham makan ape tadi nih?
ilham: ilham, ilham makan hotdog 3, pastuu, ha, ha, dah. hotdog 3.
aku: okk, takpe. 'akak' lap nih, nati kite mandi, badan ilham panas nih, pastu kite tukar cadar, pastu ilham boleh rehat balik keh. ilham ade baju tak? umi bawak baju tak?
ilham: boleh. umi tak bawak baju. umi balik nanti umi bawak.
aku: ok takpe, akak amek baju lain ok.

kemudian aku pon mengelap la ilham, mandikan dia di toilet, sambil2 mandi tuh, dia bercerita tentang motor mainan nya. sangat eksaited nak tunjuk. hehhe. lepas aku dah pakaikan baju, aku suruh dudk di kerusi so that aku buleh menukarkan cadar.

ilham: nanti umi bawak baju lain, ilham boleh pakai baju ilham tak?
aku: boleh, boleh je.

kemudian aku diam saje, khusyuk menukar cadar sorang-sorang. tiba-tiba terdengar ilham bertanye,

ilham: ACIK rumah kat mane?
aku: (wwwoooooooooohhhhhhhh, dia panggil aku acik!! perasannye bahasekan diri akak tadi! dush dush dush!) err, acik duduk dekat sini je. jalan kaki pon boleh.
ilham: umi penah pegi umah acik tak?
aku: oh, umi tak pernah la pegi umah acik, tapi umi mesti pernah pegi dekat jiran-jiran acik tuh. umi mesti tahu punye kat mane.
ilham: bile umi pegi? ilham tak ingat pun?
aku: dah lame dah umi pegi.
ilham: ilham tak ingat. mesti mase tuh ilham baby. acik tengok ilham mase baby?
aku: (pandainye budak nih bercakap!) hehehe, tak tengok la ilham. acik jumpe ilham je, ilham dah besar dah. sakit semput pulak tu kan. lepas nih kite makan ubat okeh. lepas makan ubat baru main motor ilham. janji ngan acik boleh?
ilham: boleh. ilhan nak tunjuk motor abah beli.

oohhh, sangat comel la ini budak! ya Allah. sangat petah bercakap! tapi bukan dengan semua orang dia nak bercakap. the chosen one sahaje. ahahhah. maka aku terpilih aa antara orang-orang yang dia nak bercerita. cewahh :)

lepas umi ilham datang, umi nya suruh ilham panggil aku 'akak' sebab die terdengar ilham panggil aku 'acik'. "ehh, ilham. bukan acik la. itu akak. akak murni. akak nurse. :)"

wee~maka selepas itu ilham panggil aku akak! hoyehh ;p hahaha

**mase aku mengelap2, mencuci muntah ilham, terlintas di kepala aku. kalo aku ada anak nanti, dia termuntah, terberak dalam seluar, terkencing tilam, sume aku kene cuci! hohoho! mencabar sungguh! :D

Thursday, August 26, 2010

zakat fitrah


وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

”Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat…” [Al Baqarah:110]

----------------------------------------------------------------------------------------

tahun ni kene bayar zakat sendiri. hoh, tatau macam mane. so how?
mari belajar. amil amil, dimana dikauu? huuuu. kene tanye worang nih. google2.

-----------------------------------------------------------------------------------------

28 August 10 - 0100hrs

Maya

hey hey diknon

Muni
hey hey hey kaknon! cemane nak bayar zakat??

Maya
kat sepital takde amil eh? kalo kat mardi ade. nk akak bayarkan ke?
tapi kalo nak merasa bayar zakat, sila lah caik amil pusat zakat..

Muni
oohhh, carik amil kat pusat zakat.
bgtau je nak bayar zakat?

Maya
salu nye amil zakat ni dia akan bukak meja kat tempat awam..
kalo nampak meja2 amil zakat tu pegi je ckp nk byr zakat..
tapi kalo pusat zakat dekat aje dgn tmpt muni pegi je la

Muni
ok ok
pegi je ekkk?

Maya
pegi kat amil tu, ckp nk byr, untuk berapa orang,
pastu byr pastu nnt dia akan suruh baca akad zakat tu..
baca je...ade kat kat ctu
pastu amil akan doa..maka selesai..

Muni
ooohhh, ok ok. ngah pikir katne ade amil
heheh, masjid tuh tak sure lak

Maya
kat ospit takde?

Muni
takdoppp

Maya
masjid salu ade, ingat x kalo kite g terawih kat usj tu, salu org tu remind
tapi amil ni ada masa2 die..try la tanye2..

Muni
ohhh, kat masjid sini muni ade nampak cam note
tapi ade jugak time la uhhh

Maya
haaa..try tanye mase die..
tau x berapa henggget nih?

Muni
takkk, ahaha ;p

Maya
7 ringgit ++, akak pun x ingat
so byk la 5 ringgit + singgit2..
kang amil tu takde duit pecah pulok

Muni
oohhh. ok ok, kumpoll sengget!!

Maya
yezzaa, tapi kalo tak dpt caik amil sampai 3hb,
btau akak, biar akak tolong byr.

Me
ohhh, ok! nak carik sedaye upaya!! :)

Maya
tapi try dulu, experience it yourself, syiok ooo..

Muni
wokeh. will do! thanks! :))

----------------------------------------------------------------------------------------

so macam tuh lah. sekarang kene pergi bertanya-tanya di mana ada amil.
dan pergi sana, beri duet, akad, dan selesai.
woh, bayar zakat skarang pon ade pakai mesej je. fuiyoo. cam tak best je. ahaha ;p
huu, siannye aku. bayar zakat pon tak reti. huhihuhiihuu

Wednesday, August 25, 2010

haaaiiiihhhhhhh

haishhhh. rase nak mengeluh je. aku tatau la ape aku nak sekarang. haihhh.

tengok iklan nih la.
lapang sket hati.
:)

Tuesday, August 24, 2010

tersekat-

makan hati. ngap ngap.


sangat bersemangat mahu bercerita sesuatu kepada kamu.
sangat semangat, seperti kanak-kanak kecil melompat keterujaan.
tapi tiba-tiba tersekat.
tersekat. erkk. erkk. mati.
kerana hati yang bolak balik itu.
ohhhhhhh. tak mengapa lah.
maybe next time [kalau ingat]
dan jika masih teruja seperti ini.
mungkin tahun depan. ohhh
semoga tenang dan damai hati itu. amin
semoga tenang dan damai hati itu. amin
semoga tenang dan damai hati itu. amin
Ya Allah,
tenangkan dan damaikan lah hati itu selalu.
selalu.

oh my!

oh my oh my! ya Allah.
cik*** PM me. ohhh
macam tak percaya!
sangat comel laaa.
even sume tak confirm lagi, tapi sangat pergh la!
tak bajet lansung ***d seserius itu.
cik*** pon sangat comel2 je.
sangat berfikir masa depan. bagus.
huu, happy for both of u.
doa banyak sangat banyak,
tak tahun depan, inshaallah tahun depan lagi satu kan? :)
doa saya selalu untuk kalian.
amin.

*teruja teruja teruja*

Saturday, August 21, 2010

ramadhan: doa lah banyak2

Once Moosa (AS) asked Allah Subhaana 'O'Ta'ala: O Allah! You have granted me the honour and privilege of talking to you directly, Have you given this privilege to any other person?

Allah Ta'ala replied, O!! Moosa during the last period I am going to send an Ummat, who will be the Ummat of Mohammed (SAW) with dry lips, parched tongues, emaciated body with eyes sunken deep into their sockets, with livers dry and stomachs suffering the pangs of hunger. They will call out to me (in dua) they will be much much closer to me than you.

O Moosa! while you speak to me there are 70000 veils between you and me but at the time of iftaar there will not be a single veil between me and the fasting Ummati of Mohammed (SAW) .

O!! Moosa I have taken upon myself the responsibility that at the time of iftaar I will never refuse the dua of a fasting person!

----------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau lah hati [baca: hati bukan liver/hepar mahupun heart jantung] aku ni boleh nampak jasadnya, boleh di cuci kalau kotor bintik-bintik hitam, di goncang sekuat2nya jika lalai. alangkah bestnya.

Siapa yg Allah beri petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah, kamu tidak akan dapati seorang pun yang boleh memberinya petunjuk dan pembimbing.


Friday, August 20, 2010

apple + shift + 3

kenape apple + shift + 3 ??
sebab nak tunjuk nih. ahaha.
sebab macam bess. hehe.
sebab macam cun cun.
sebab macam mengada.
ok la, dah takde sebab dah. hehe ;p

----------------------------------------------------------

ohhh. dia bakal berkahwin.
woh woh woh sentap sekejap.
huuuu.

Saturday, August 14, 2010

cik yah!

awak awak awak! kite dah jumpe template blog awak. justeru itu, kite telah meniru bulat-bulat, petak-petak macam spongebob template belog awak ini, dan diterapkan pula pada template belogku. wahh, cantik kan? cantik kann? perasan jangan mara bagimu syorga! ahahha.

mula-mula kite tukar2 aa sikit kaler2 template tersebut, tetapi, apakan daya, sedikit pun tidak ku berkenan terhadap warna-warna tersebut. putih suci bersih murni ini jugak yang terkenan malah diperkenankan di hati. [sambil-sambil terngiang-ngiang lagu 'di hati ini, hanya tuhan yang tahuu'~] mungkin di lain hari nanti, akan ku tukar lagi warnanya, menjadi warna-warna pelangi. yang muncul selepas hujan, yang sampai sekarang aku tak pernah hafal warnanya. ahaha.

maka yah, jika kamu berasa terganggu sehingga membuak-buak rasa gerammu terhadapku sehingga kamu ingin memdendaku dengan menyuruh daku memakai tudung bulatmu, maka kabarkan sahaja kerna sepantas kilat, ok tipulah, mane bleh sepantas kilat sebab dedi kate daku jalan slow, mana mungkin nak sepantas kilat, maka, secepat mungkin akan ku tukar template belog ini menjadi template kanak-kanak riang bipolar disorder. tau. tau! [ni teraputic conversation ke yah?]

sangat seronok berjalan-jalan sesambil iftorr semalam walaupon daku lembik macam pisang dilenyek penyek ketika nak buat cekodok pisang. seronok juga kerana melihat alwan makan dengan sangat bersemangat sehingga aura kesemangatan itu terus mematahkan kesemangatan ateng untuk makan. hihihi

oh oh oh! btw yah, frankly speaking, u look cun pakai tudung bulat itu. bukan berumur 35tahun. harap maklum. :) lepas ni buleh pakai lagi, ajak ateng pakai gak. hahaha. hey arnold! [sebut betul betul!]

akhir kata, ingin daku menyampaikan sebuah lagu. 1 2 3 mula. cerita kedai kopi, tuingg, cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi. woo, semua orang ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi. tapi jangan di simpan dalam hati, mari cerita di kedai kopi. hayate! ok, dah tak ingat lirik. haha. [alangkah best kalo nyanyi lagu ini bersama kak maya]

ok ok ok. ye lah, ye lah. tak nyanyi dah. mahu tidur kerana sebentar lagi mahu pergi buat spek mata kerana mataku ini lama kelamaan bisa jadik juling. hahahaha. tata titi tutu. selamat berpuasa kepada yang berpuasa!

Friday, August 13, 2010

kejelesan tahap asbestos [tiru fena]

kalau dicompare hidup ini dengan hidup orang lain.
maka sangat lahh *%#@$%^##*!!

mari rejam diri sendiri. sampai mati.
dush dush dush. aahhhh.

Monday, August 09, 2010

mahu jadi pakar apa?


ada seorang lelaki ini. masa aku mula-mula kenal dia, aku tak pernah terfikir lansung untuk mengklasifikasikan dia seorang Loser, even orang-orang disekelililng aku banyak yang menerbitkan rasa kasihan terhadapnya kerana tidak habis belajar. itu rezeki masing-masing. tak semua orang jalannya mudah. bagi aku, orang yang tidak habis belajar, bukannya seorang yang loser. dia bisa menyambungkan pembelajarannya dan menjadi seseorang suatu hari nanti. cume semangat yang kuat diperlukan disamping sokongan2 luar dan dalam. heh. cuma dia nak atau tidak sahaja.

dia seorang yang special. special kerana tuhan uji dia. bagi aku ujiannya agak besar, sehingga sekarang masih dalam proses recovery lagi. kalau nak dibandingkan dengan hidup aku, even hidup aku nih pun ada liku liku hiruk pikuk tah hape2, tapi nak jadi setabah dia, aku pun tak tahu aku mampu ke tidak. hehe. tapi aku bukan nak cerita tentang ujian dia, tapi satu detik aku dengan dia. dan aku rasa macam sedikit sengal. sengalan.

pernah sekali aku bertanyakan kepadanya, 'kalau belajar dulu, nak jadi pakar ape?'. aku bertanya dengan perasaan sungguh serius. kemudian dia menjawab, 'nak jadi pakar O&G (obstetric & gynaecology - pakar sakit puan)'. maka aku sangat teruja. sambil mulut aku membebel cerita tentang O&G, midwifery, betapa bestnya melihat bayi-bayi lahir ke dunia. aku teruja kerana aku berminat ke arah itu. dia pun mendengar kata-kata aku dengan penuh semangat. aku masih boleh terbayang lagi mimik mukanya.

suatu hari, setelah aku berkawan rapat dengannya dan berborak-borak macam-macam, aku pun mendapat tahu yang dia sangat 'into orthopedic'. maka aku sedikit keliru dengan pernyataannya yang mengatakan bahawa die mahu jadi pakar O&G dahulu. tapi aku abaikan. heh.

kemudian satu hari lagi, semasa aku didalam train bersamanya, kami diam sahaja. mungkin sangat penat. tiba-tiba aku teringat perihal tentang pembelajaran aku semasa tahun kedua. cara-cara untuk mengases tahap kelembutan sekviks ketika membuat VE (vagina examination). sebab teringatkan tentang itu, aku aku tergelak kecil disebelahnya. dia pun bertanya kenapa aku tergelak kecil, maka aku pun menceritakan kepadanya secara biasa-biasa kerana aku Assume dia serba tahu kerana dia kan minat untuk menjadi pakar O&G. tetapi dia menjadi blur dan aku pun mengeksplain lagi. sehingga dia paham. kemudian dia berkata,

'oh, saya tak sempat lah belajar O&G, ENT (Ear Nose Throat), Eye sume. so, kalau awak nak tipu saya pasal mende-mende nih maka saya percaya. sebab memang tak tahu sangat.'


kemudian aku pun terpinga-pinga. aikk? tak belajar O&G. tapi hari tuh kata mahu jadi Pakar O&G? tapi belum belajar lagi. maka aku pun berasa keliru, tapi aku abaikan. aku diamkan saja. mungkin dia menjawab dengan tidak serius dan main-main sewaktu aku bertanya dengan serius. tapi apa yang nak dihairankan, aku pun bukan siapa-siapa pun waktu itu. hanya budak perempuan yang mulutnya tak berhenti bercakap dan bertanya. hahahahaha.

oklah, aku tak tau pun la aku nak sampaikan apa dalam entry nih. apa yang sengal aku tak tahu. mungkin aku saorang sahaja yang rasa sengalan itu. jadi, alangkah bagusnya jika aku terusan aja ke pertiduran. melayan rasa sengal sengal senak ini hehe. selamat malam untuk yang sudah tidur, dan selamat pagi kepada yang baru nak tidur atau yang baru sahaja bangun dari tidur. salam.

Friday, August 06, 2010

word for today #2

Despicable

From meriiam webster:
so worthless or obnoxious

oooh, tibe2 teringat cerita Despicable Me.
sangat sangat best and comel.
syok syok. ^__^


Edith, Gru, Morga and Agnes.






oohh. part nih sangat sangat comel!
heeee~

Wednesday, August 04, 2010

sebuah pertemuan.

See You D IPT
Unic
Sebuah Pertemuan





Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

sangat teringat pada f.a.g
miss u miss u


Tuesday, August 03, 2010

perasan sikit je takpe kan.


August 2009

Ramadhan 1430H

aku serius rasa COOL and CUTE gila bila berpakaian begini.
macam orang pandai gila! ahaha.



murni with anie



practice pakai sterile gown and glove. hiyark, hiyark!!



tadaa! anie dah siap! yeay~



anie: cepat lah muni. penat dah posing. tak siap-siap lagi ke pakai nye?
muni: woh, jap, jap. tangan basah la. terlekat glove nih!



ok dah siap!! hoyehh3



oh kenangan kat OT. rindu pula.
eh, bukan rindu OT, rindu kawan-kawan ini. :)