Friday, August 27, 2010

ilham

ilham yang berumur 4tahun muntah ketika baru sahaja mula mengambil nebulizer. habis penuh mask tersebut dengan muntah ilham. baju dan seluar pun terkena muntah, penuh atas katil. umminya tiada, pergi kerja. maka, aku lah calon untuk menolong ilham ketika itu. dialog pon bermula.

aku: ilham nak muntah lagi?
ilham: tanak dah.
aku: ilham makan ape tadi nih?
ilham: ilham, ilham makan hotdog 3, pastuu, ha, ha, dah. hotdog 3.
aku: okk, takpe. 'akak' lap nih, nati kite mandi, badan ilham panas nih, pastu kite tukar cadar, pastu ilham boleh rehat balik keh. ilham ade baju tak? umi bawak baju tak?
ilham: boleh. umi tak bawak baju. umi balik nanti umi bawak.
aku: ok takpe, akak amek baju lain ok.

kemudian aku pon mengelap la ilham, mandikan dia di toilet, sambil2 mandi tuh, dia bercerita tentang motor mainan nya. sangat eksaited nak tunjuk. hehhe. lepas aku dah pakaikan baju, aku suruh dudk di kerusi so that aku buleh menukarkan cadar.

ilham: nanti umi bawak baju lain, ilham boleh pakai baju ilham tak?
aku: boleh, boleh je.

kemudian aku diam saje, khusyuk menukar cadar sorang-sorang. tiba-tiba terdengar ilham bertanye,

ilham: ACIK rumah kat mane?
aku: (wwwoooooooooohhhhhhhh, dia panggil aku acik!! perasannye bahasekan diri akak tadi! dush dush dush!) err, acik duduk dekat sini je. jalan kaki pon boleh.
ilham: umi penah pegi umah acik tak?
aku: oh, umi tak pernah la pegi umah acik, tapi umi mesti pernah pegi dekat jiran-jiran acik tuh. umi mesti tahu punye kat mane.
ilham: bile umi pegi? ilham tak ingat pun?
aku: dah lame dah umi pegi.
ilham: ilham tak ingat. mesti mase tuh ilham baby. acik tengok ilham mase baby?
aku: (pandainye budak nih bercakap!) hehehe, tak tengok la ilham. acik jumpe ilham je, ilham dah besar dah. sakit semput pulak tu kan. lepas nih kite makan ubat okeh. lepas makan ubat baru main motor ilham. janji ngan acik boleh?
ilham: boleh. ilhan nak tunjuk motor abah beli.

oohhh, sangat comel la ini budak! ya Allah. sangat petah bercakap! tapi bukan dengan semua orang dia nak bercakap. the chosen one sahaje. ahahhah. maka aku terpilih aa antara orang-orang yang dia nak bercerita. cewahh :)

lepas umi ilham datang, umi nya suruh ilham panggil aku 'akak' sebab die terdengar ilham panggil aku 'acik'. "ehh, ilham. bukan acik la. itu akak. akak murni. akak nurse. :)"

wee~maka selepas itu ilham panggil aku akak! hoyehh ;p hahaha

**mase aku mengelap2, mencuci muntah ilham, terlintas di kepala aku. kalo aku ada anak nanti, dia termuntah, terberak dalam seluar, terkencing tilam, sume aku kene cuci! hohoho! mencabar sungguh! :D

No comments: