Sunday, August 01, 2010

tak paham lahh

sebelum kita pergi ke topik sebenar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri sendiri yang mula-mula berniat main-main sahaja mahu tidur tak mahu bangun pergi kerja, tapi Allah telah memberi peluang untuk tidur dengan lena sehingga tak bangun-bangun sampai jam 9.24pm yang sepatutnya jam 9pm aku sudah berada di wad untuk memulakan sesi pekerjaan selama 10jam itu. mintak ampun dan maaf kepada rakan sekerja yang terpaksa pulang lewat menunggu kedatanganku ke wad. jasamu dikenang. terima kasih juga diucapkan kerana memberi layanan dan respon yang sangat menggembirakan hati sesampai aku di wad. tiada respon marah-marah ataupun perli-perli yang membuatkan hatiku tenang dah tak dirundung pilu bukan Tilu. hehehe.





oh oh. aku macam tak paham. aku bukan la nak syak wasangka atau bersangka buruk ape yang kau buat even kebarangkalian bahawa kau beritahu orang lain apa yang berlaku adalah sangat besar peratus nya. tapi perlu ke? tak payah la kau nak serabut kan kepala kau dengan menceritakan hal aku kepada umat seluruh alam. dosa kau nanti. oh mungkin la kau consider itu sebagai luahan perasaan, tapi jaga-jaga cik Salmah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. aku tidak bersalah rasanya. hanya emosi dan attitude kau tu yang menyerabutkan hidup kau dan bakal menyerabutkan hidup aku juga kerana aku sudah terasa aura-aura tersebut bakal muncul tapi aku tiada kuasa psikik yang boleh meramal masa hadapan. aku tak rugi apa-apa. betul aku cakap. aku tak rugi. mungkin kau yang akan rugi. mungkin lah. sebab aku tak boleh pun meramal masa hadapan seperti yang aku katakan tadi. maka, aku tak paham kenapa kau berperangai sebegini. tak paham la. tak paham kenapa. maka persoalan yang berlegar di fikiran nih seperti gambar tanda soal diatas. haihh. sila la jadi manusia yang memberi kedamaian dan keselesaan kepada orang lain dan orang sekeliling. oh, kepada yang lain-lain. silalah berfikiran seperti manusia GRED A1, bukan GRED G9. sekian terima kasihhh!

No comments: