Monday, January 31, 2011

pikir dahulu

mesti pernah dengar kan slogan ; Pikir Dulu Sebelum Buang!
femes tuh kempen recycle, Kitar Semula.

yang nih pun mesti pernah dengar kan ; Pikir Dulu Sebelum Bercakap.
sebab takot terluka hati pendengar bila kite cakap kemaen melepas takde insurans. hu. [ni aku penah buat nih. sian kawan aku tuh. tapi rase-rase aku pikir dulu sebelum bercakap. ho]

tapi,

pernah tak dengar yang ini ; Pikir Dulu Sebelum Bertanya.

pernah tak?

mungkin pernah kot. sebab dulu mase aku sekolah, muallimah selalu la cakap macam tuh bila kitorang tanya mende yang ngarut2 dan merepek. haha

tapi betol, memang kene Pikir Dulu Sebelum Bertanya sebab aku terkena tadi. aku tanya, dan aku malu dengan jawapan yang diberikan. padan muka aku. tanya lagi soalan merepek. ho.

Sunday, January 30, 2011

sup ayam kobes besar siri2

pergh. sedap betol. sedap betol sup ayam kobes besar. ayam die lelembutt je. kentang pun lelembuttt je. memang macam sedap gile aa walaupun batang kobes yang besor kat tengah tu pun die bubuh. :) pandai masak rupenye. hahaha. aku pun tak gheti. sedap sedap. kenyang daku. buleh la tido dengan aman ^_______^



ada orang dah pandai masak sup ayam kobis besar lah! haha. semangat betol.
terima kasih daun keladi, lain kali boleh la masak lagi.

Saturday, January 29, 2011

hiburkan hati























betul lah.

betol lah kate orang. bila nanges beriya-iya sampai sedu sedan, rase lega. dan ok. bebas sume yang terbeban. pastu tido. memang best.

lupa

ya allah. besday abam semalam. terlupa. terlupa. tak pernah lupa. huaaaaaaaaaaaaaa! sedihnye. lupe nak wish. tapi dah wish belated. kenapekah! kenape terlupe nihhh. ni memang betul2 damn. sedih gilos kau tahu dol?

happy birthday abam.
semoga suara abam sedap sampai bila-bila.
love u.
T_T

memang serbe tak kene.


Sunday, January 23, 2011

usah pedulikan aku

sedih. sedihnya. sampai meleleh hingus. budak hingusan.
huuuu. T_T it's complicated btol.

Saturday, January 15, 2011

burdah- Mesut Kurtis



suka lagu nih. lagu ke? ke nasyid? ke zikir? tak sure. tapi best la. lalala. ummi sangat suka jugak yang ini. tapi tahap kesukaan ummi terhadap Tamer Hosny melebihi kesukaan dia pada Mesut Kurtis. sebab, pernah sekali aku, kak maya dan ummi together-gether naik kereta sambil dengar lagu Maher Zain yang SubhanAllah tuh. kan ada featuring Mesut Kurtis, maka aku dan kak maya sangat suka la, sama-sama nyanyi. bila part suara Mesut Kurtis tuh, kitorang selalu rewind rewind rewind rewind sebab sedap. pastu ummi tak puas hati nape nak rewind-rewind, tak sedap punnnnn. tapi kitorang rewind jugak supaya ummi dapat menghayati suara Mesut Kurtis yang lemak manis tuh. HAHA.

tapi ade satu lagu Tamer Hosny yang memang sangat sedap tuh. ummi sangat suka dan suruh aku cari. aku cari punya cari punya cari punya cari, tak jumpa-jumpa. tapi memang sedap la. dah tak dapat cari, dengar kat IKIM je la. hoho. nanti aku nak carik lagi la. kot-kot la jumpe.

pastu aku rase kak qamah pun suka lagu Burdah nih, sebab apa? sebab masa kenduri abam kat kampung hari tuh. abam suruh aku cecari lagu sesuai, lagu untuk majlis kahwin tersebut. pastu die beria-ria suruh aku masukkan lagu mawla ya solli wasallim da iman abadaa, aku pon kekorek aa iTunes nih kot ade terselit. dan ada! meriah betol. suka betol abam. time lagu tersebut berkumandang, aku tengok kak qamah tepuk-tepuk bahu abam kate lagu best. abam pun tersenyum bangga. aku pun tersenyum bangga sebab dah buat mereka hepi dah automatik aku jadi adik yang solehah. ecehh. tak boleh blah. haha.


aku pulak suke lagu if u're not the one tuh, takkan time aku kahwin nanti aku tepuk-tepuk bahu suami aku sebab aku suke lagu nih berkumandang kot? ohh, tak mungkin. tak mungkin. hahhah.

time aku menulis entry nih, sesambil tuh aku cari la lagu Tamer Hosny yang ummi suka tuh. cari punya cari, jumpe lahh!! woot woot. nih haa. nih haa. heheh :) yeay~! nak bg link kat kak maya, suruh ummi dengar kat umah. tapi kan, bila aku dengar banyak banyak kali, aku rase macam bukan pulak. sebab kot-kot aku asyik dengar je, jadi, aku yang suke. bukan ummi suke. paham ke? ahahah. tapi takpelah. buh je la kat sini. sebab lagu die memang sedap pon. fewwiitt. ahaha





tamat lah pengembaraan pencarian lagu Tamer Hosny pada hari ini. okelah, aku nak g mandi sebab rase dah busuk sangat tak mandi2 dari pagi tadi aku nak pegi keje dah nih. marilah bekerja kerana Allah untuk negara! :)

***UPDATE: maka ummi telah berkata YA, inilah lagu tersebut. hooreyy! mesti ummi hepi :)



budak budak ni.


aku suka betol gamba nih. comel :)

ni gambar dik non mawar and friends kat Dorani's Homestay, Sabak Bernam masa wat site analysis kat sane. wah, best betol. jeles jugak la aku yang asek baring-baring kat katil sampai sakit belakang, sakit pinggang nih. hoo. :)

wish kome All the Best ye sisters! :)

Friday, January 14, 2011

purple bukan pupeng




aku rase macam mengada je nak bubuh gamba kasut kunun bajet kasot baru beli aa nih. tapi disebabkan aku tengok belog ku ini macam banyak tulisan maka aku pon letak aa gamba nih.

hari tu pegi klcc ngan yah aten asma. sangat seronok. yah beli kasut yang [seperti gambar di atas] warna pon same. aku nak beli jugak time itu, tapi duet di rumah dan malas nak withdraw duit maka aku datang ke klcc keesokan harinye sebab klcc sangat dekat. hheheh. dan aku pun beli lah. heh.

aku ingat nak velanje mawar kasut converse baru, tapi bile aku tengok gegambo die, macam die dan beli kasot baru. so, tapayah aa belikan. nati dah koyak baru beli. hehehe.

lagi satu, aku letak gambo ni pun nak kasi jeles alwan. die bukan main kate nak beli kasut macamni kat mesia, last2 die g beli kat uk. elehhh. ngade!

aku rase cam poyo jugak la tetangkap gambo kaki dan kasut. tapi memang aku ske tangkap2 gamba kasut setokin sme. oh, kasut aku kat gamba atas tuh kan, aku pakai terus taim beli tuh. pastu ade orang pijak kasut aku tuh. nak bagi nampak kotor katenye. haha. aku takesah pun. :)



pastu aku jenjalan pegi kedai kasut name, err, tak ingat name, tapi sebelah kinokuniya tuh. aku try2 la kasut zagazig [bukan nama sebenar kasut tersebut]. agak best jugak! ringan jugak. cun pulak tuh kaler ijau. tapi aku tak beli aa sebab aku baru je lepas beli kasut pepel tersebut. pastu kawan aku yang sorang tuh, die beli kasut zagazig ijau nih. die pegi jogging pakai la kasut ijau nih kan. die kate ringan benor, macam lari atas sepan dengan penuh gaya macho man. ahahah

pastu aku rase macam nak buat koleksi kasut converse nih. nak ada warna pink, kuning, hijau, biru cair. merah. hitam. putih kasut sekolah. tapi aku pikir balik. bile aku nak pakai? asek kene pakai kasut itam safety boot bak kate asma. ahaha. maka aku pun melepaskan hajat nak kumpul jadikan koleksi.

dengan ini, aku dah ada sepasang kasut converse kaler purple. best! [bukan nak belagak ye]

**aku lapo benor nih rasenye. seharian tak makan. haha. malas memang macam nih. tunggu anie yang tak kunjung tibaa sebab dia kata ade bebi problem tadi. ohh anieee, lekas la!

grr geram!

kat hospital aku bekerja sekarang nih kan, waktu dulu, setiap wad adalah wad campuran. tak kesah sakit apa, patah kaki, sakit mata, batuk, cirit-birit, budak2 sakit semua campuran. ikot kehendak pesakit mahu bilik dan katil bagaimana. eh, tapi kalau wad kanak-kanak dan bersalin itu lain lah wad nya.

tapi sekarang,

wad dah ikut disiplin. contoh wad di tingkat 5 untuk kes surgikal. seperti ortho, ENT, eye, surgical operate sume la kan. wad tingkat 7 pula wad medikal. contoh seperti sakit jantung, batuk-batuk, masalah pernafasan, saraf dan lain-lain. wad aku di tingkat 4, adalah untuk kes-kes gynae dan antenatal. seperti masalah sakit puan dan masalah sebelum dan ketika mengandung.

tapi, wad aku juga adalah wad kedua medikal. maka, jika wad di tingkat 7 penuh, maka kes-kes medikal akan dimasukkan ke dalam wad aku. wad aku kalau dilihat memang nampak seperti tidak ramai pesakit. kerana kebanyakan pesakit masuk sebentar sahaja. contoh seperti kes keguguran. masuk pagi, D&C [cuci] kemudian pada malamnya boleh discharge. macam day-care juga. maka bila waktu malam, pesakit tidak ramai.

yang aku nak ceritakan sebenarnya sekarang ialah, wad aku sekarang penuh dengan pesakit medikal. semua orang selalu tak berpuas hati dengan wad aku. aku geram juga. nak tahu kenapa? memang wad medikal di tingkat 7 sudah penuh, mahu tak mahu memang aku dan kawan-kawan terima sahaja kes-kes medikal. tetapi orang-orang di kaunter utama yang berautoriti untuk mem-booking bed di wad yang berkaitan, langsung tidak ada consideration. kalau kes-kes medikal, terus sahajalah call wad tingkat 7. kalau kes O&G, call sahajalah wad aku. masalahnya sekarang, walaupun wad tingkat 7 tak penuh, mereka mesti mahu book di wad aku. tambahan kerja pula aku kena investigate wad lain betul ke dah penuh kerana menurut memo, limpahan pesakit baru masuk ke wad aku. oohh, susahnye nak taip guna bahasa yang tertib.

ceni, aku geram tau. kalo contoh kat wad surgical tibe2 ada case gynae, menggelabah seisi wad tuh nak mengtransfer pesakit ke wad aku. aku kadang-kadang terasa marah jugak la. dorang nak transfer patient sebab tak reti nak manage. ehhh, masa korang student dulu ada belajar spesific ke? belajar semua kan? geram la aku.

satu hari tu, wad aku ada pesakit ortho, iaitu lebih afdol la kalau diletakkan di wad tingkat 5. tapi sister aku selalu pesan, jangan kelahi. jaga je semua patient. tak apa. tapi kawan-kawan aku saje nak test. kitorang pon call wad surgical tingkat 5. beritahu yang kununnya kitorang nak transfer patient ke wad mereka. tahu apa mereka jawab? 'ehhh, amne boleh suka-suka hati je nak transfer patient. kalau dah admit kat wad korang, jage je la. lagi pun matron tak bagi sesuka hati nak transfer patient'. wooooooooooohh!! abes yang korang sesuka hati nak transfer patient kat wad aku boleh? aku bukan nak transfer kes lain pon. oh, sangat geram. sebab perangai same je semua. bukan main lagi kurang ajar. naseb baik aku bukan nak transfer patient betol2. haihh.

lagi satu, this whole week kan, sume patient dari icu, sume transfer ke wad aku. patient icu dah la staff nurse kene ambik patient dari icu. alasan: transfer wad aku sebab kesian kat staff kat wad medikal tingkat 7. dorang penat. ehhhhh, abes? kitorang nih macam robot kot. set je mode ape nak. pastu on. tak tahu penat. mantap betol la kan. aku hari-hari balik lambat tahu? takde sape tahu. takpelah, tapayah kesian kat kitorang. takpe takpe.

doktor pun samee. same je. asyik-asyik kate wad lain sibuk. wad aku staff nurse goyang kaki. sbb hari tuh penah sorang doktor nih marah-marah sebab tak ada staff nurse nak ikut dia round wad. masa tuh sangat havoc wad. macam-macam kene buat. ooh, marah pulak. sebab wad sibuk la takde sapa nak ikot anda! hish. dah la wad aku nih ramai orang berhenti keja tinggal staff nurse kurang 5 dr kuota staf nurse wad lain. pastuuuu kan, hari tuh orang admin bengang hape tah, die kate nak amek sorang staffnurse wad aku, hanta g wad lain. naik hangin la sister aku! naaseb baik ada sister yang nak membela nasib. huuu. geram la.

pastu, hari tuh aku keje malam. ohh, tibe ade kes dr icu nak transfer in. aku nak pegi amik patient tuh. then tibe patient kat wad aku nih ha chest pain. kene wat ecg, fax result ke dokter, bla bla bla. tibe staff icu sungguh belagak la. sungguh belagak marah2 aku sebab tak nak ambik patient. eeii, aku bukan tak nak amibik yee. aku nih duk wad. duduk WAD. jadi patient ramai. RAMAI. tahu? kau duduk icu jaga sorang dua patient je. eehh, geram nye aku. hamboi, baru je dishuffle ke icu dah hidung tinggi nampak? taubat aku tanak keje kat icu.

oohh, aku geram lah. aku tak suke la. hishh. malas la nak sambung cerita. kalau tanak ikut peraturan, tapayah buat peraturan. tapayah nak edar-edar memo. tahu tak? bye.

[[[astaghfirullahal 'azimm]]]

Thursday, January 13, 2011

kaya dan bahagia

entry kali ini aku rasa agak dewasa kerana bercerita begini. hihi. ini semua apa yang aku fikirkan menggunakan otak aku yang sederhana bijak nih sahaja tanpa memikir dari segi aspek, konteks dan perspektif lain. maka siapa yang TERBACA dan tidak berpuas hati dengan apa yang aku cakapkan, maka duduk diam-diam. haha

kaya dan bahagia. kawan aku kata, nak kawen mesti kaya, baru bahagia. sebab dia kata, masa dia ke kursus kahwin, ustaz kata, banyak orang bercerai berai sebab ekonomi yang tak berapa kukuh untuk meneraju sebuah keluarga. bergaduh, hidup tak bahagia, nanti isteri terseksa, anak-anak merana. maka dia pun merisau kerana tak punya harta mahupun kaya raya untuk kahwin, mungkin dia tak kahwin sampai ke tua.

tapi, betul ke kena kaya baru bahagia?

kalau sekarang kau tanya aku, ada duit ke nak kawen? sejujurnye aku cakap memang aku takde duit pun. tapi, aku tengok makcik-makcik kat wad aku, kawan-kawan aku yang dah bertunang, dah kahwin, dengar mereka cerita, yang perempuan tak payah ada duit sangat pun nak kahwin. laki yang kena ada banyak duit dan belanjakan untuk semua majlis kenduri dan apa-apa yang berkenaan dengan majlis perkahwinan yang aku pun tak berapa sure la kan. ye ke? betol ke? itu la yang mereka cakap. aku iye kan saje. tapi tak semestinya, sebab kawan aku yang sorang itu, gigih kerja siang malam, kerja pagi petang mencari duit untuk berkahwin. maka, siapa kata laki sahaja yang kena bayar semua?

aku selalu terfikir, macam mana orang yang masih belajar di kolej, di universiti itu ada duit nak kawen ye? yelah, nak buat majlis perkahwinan lagi. nak menyara hidup bersuami isteri ketika masih belajar. aku selalu tertanya-tanya kerana masa aku belajar dulu pun duit aku cukup-cukup untuk makan minum aku, dan untuk bayar kos pembelajaran. lagi pula yang belajar luar negara. mungkin mereka menabung duit yang di sponsor, sehingga duit mereka banyak, bertimbun sehingga cukup dan mereka pun berkahwin. tapi nanti lepas habis belajar pula macam mana? kalau tak dapat kerja lagi? nak makan apa nanti? [asyik pikir makan je. haha] mungkin mereka ada keluarga yang agak berduit, maka ibubapa yang menolong untuk buat segala majlis perkahwinan. mungkin juga. kan?

aku pernah tanya yah, betul ke kaya baru bahagia? yah kata, tak semestinya. tak semestinya kaya baru bahagia. yang penting ialah mencukupi. cukup untuk basic life macam makan, rumah, kereta tah ape tah lagi. harta boleh dicari. boleh sama-sama suami isteri kumpul harta. setelah berdiskusi bersama, kami menyimpulkan bahawa yang penting suami TAHU , SEDAR dan BERUSAHA serta bijak mencari rezeki dan berbelanja. masa ini lah kesefahaman itu penting. kalau duet tak berapa nak ada, tapi isteri bukan main lagi mahu bershopping, susah juga kan? hurm. yang penting cari rezeki yang halal, dan berkat. kalau rezeki berkat, inshaAllah semua nya mencukupi. :)

anak? nanti kalau dah ada anak macam mana? susu anak, pampers anak, anak sakit? ubat anak? pengasuh? woh woh woh! ini pun aku terfikir jugak. macam mane ye? tapi aku tengok kawan-kawan aku kat wad, tidaklah kaya raya, tapi alhamdulillah aku tengok selepas ada anak takdelah macam sangat tidak ada duit. tapi kalau dia ada masalah kewangan pun takkan dia nak cerita pada aku kan? heheh.

ada sorang staff nurse kat wad aku, sudah ada anak sorang, suami dia berpangkat rendah daripada dia. bila berpangkat rendah, maka mesti lah gaji pun lebih kecil dari gaji staff nurse. tapi walaupun gaji kecil, aku tengok, suami dia gigih cari duit. kalau hari cuti dia pergi mengemas di rumah doktor, mencuci kereta, dan macam-macam lagi. inilah yang aku kata, 'yang penting suami TAHU , SEDAR dan BERUSAHA serta bijak mencari rezeki dan berbelanja'. anak kan rezeki. jangan risau, Allah dah aturkan yang baik-baik kalau kita percaya dan selalu berdoa untuk hidup yang berkat.

tapi betul apa yang kawan aku katakan pada awal tadi. kalau ekonomi keluarga tidak kukuh, mungkin pepecahan dalam sebuah keluarga itu boleh berlaku. trust me, aku tahu. terbukti dah pun. maka, hiduplah secara bersederhana, kerana Allah suka yang sederhana. yang perempuan, kalau mahu kahwin, berpada-padalah dari segi aspek hantaran mas kahwin etc bersepadan dengan kemampuan bakal suami anda. jangan lah minta yang ekstravaganza sehingga bakal suami anda perlu berhutang sana dan sini untuk anda sebab tak seronok pun membayar hutang. kalau anda nak kahwin dan anda impikan selesai diijabkabul suami beri anda kunci rumah banglo siap fully furnished dengan landskap taman luar yang menakjubkan, maka anda berdoalah, dan aku juga doakan anda temu jodoh yang kaya raya. :)

ummi kate, banyakkan memberi. banyakkan bersedekah. Allah sayang dan Allah tolong. :) aku doa aku dapat suami yang TIDAK KEDEKUT. amin. hahah. oh, tadi aku ade terbaca pasal rezeki halal dan rumah sederhana. bacalah kalau nak. haha

errr? $25,000 Muslim Weddings??
Baba Ali oh Baba Ali. JOKE! haha




'Let's go play soccer grandpa!'
haiyooo~

Thursday, January 06, 2011

Allah rindu.

status Hurzalafi Ant,

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya ujian. Dalam hadis qudsi berfirman, "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah
)

allah rindu kat aku rupanya. ;')
ummi, abam, iqi, nya, mawa,
Allah rindu kat kita rupanya.
(:


Wednesday, January 05, 2011

keropok rangup.

tadi patient aku geram. die geram dengan aku yang tanak disconnect IV fluids die. atau pun kitorang panggil 'spigot drip'. tahu iv fluids ni ape, spigot mende?




ni ha. dia mahu cabut tubing-tubing air supaya dia boleh berjalan tanpa bawak tiang. bukan aku tanak, aku tahu dah perangai dia, kalau disconnect je IV line tuh, for sure die akan melepak-lepak kat bawah lobby, luar lobby hisap rokok. tak tahu nak naik wad pukul berape, susah betol nak bg makan ubat. setiap kali aku lalu kat katil die, merayu-rayu suruh spigot kan iv line. aku pun jawab 'tak bolehh' dan senyumm. mesti dia rasa geram.

sebab nak jugak spigot drip, dia kata iv line die sakit la, bengkak la, bila aku check tekan-tekan sket, tak sakit pon. macam-macam helah die nak buat, haha.

last-last tadi, aku rase die dah hyper geram sebab tak boleh nak turun lobby. aku tengah duduk kat kaunter nurse mensettlekan hal documentation. die datang duduk depan aku, makan keropok (keropok ikan), kuat-kuat, gigit laju laju, krap krup krap, sampai bersepah-sepah kaunter. pastu die bangun dan gelak. ahhaha. sungguh nakal. tapi 'SAYA TAK KESAH PUN ENCIKKK! SAYA TAKKAN BUKAK KAN IV LINE ENCIK TUUUU!'. hahahahahah. pastu die pun terbaring atas katil. habis idea.

Saturday, January 01, 2011

thanks 2010!


terima kasih untuk rasa gembira dengan kawan, rasa bersyukur nikmat, rasa sedih nanges2 dengan kakak, rase bagusss walaupon tak bagus, rasa bengang sampai nangis2, rase nak sepak pintu rumah orang, rasa blurr tahap dewa atas gunung, rasa suka ria sangat best gile di genting, rasa jahat pakse2 orang naik solero, rasa jeles tengok orang lain, rasa sayang sebab ummi sayang, rasa insaf, rasa jahil sampai bengkak mata, rasa hebat sebab boleh berfikir, rasa bodoh sebab tak pandai mencongak, rasa bersalah yang memang tuih tuih, rasa semangat, rasa indahnya hidup, rasa bongok bila problem tak setel, rase bahagia dekat dengan tuhan, rasa hina bila hanyutt, rasa kena marah, rasa mengantok, rasa penat, rasa buat baik dibalas baik, rasa buat jahat dibalas jahat, rasa kepuasan, rasa DEGIL, rasa sakit hati, rasa seronok tengok orang makan, rasa seronok memberi dan menerima, rasa seronok buat cheesecake, rasa sakit badan, rasa lemah, rasa kuat, rasa lenguh, rasa takot gigi patah, rasa ligat, rasa hopeless, rasa tak berfungsi, rasa gelak terbahak bahak berkahak, rasa hebat. aku rasa hebat sebab banyak rasa. barulah colorful life. colorful 2010 :)

terima kasih juga untuk nasi kukus ayam rempah atas rak kasut, kad hijau ternaik-naik, makhluk putih ada hati merah, surat menyori kaler pepel, roti dan susu cokelat, surat putih bersama oreo, Che pah, siE Aa Khap, Adium, ikan siakap 3 rasa, ikan cheongsam, ayam uncle kenny, pizza hot ciken supreme, dominos reheat kat bangi, pergi pulang hantar ambik turun naik atas bawah di mana-mana, pusing-pusing traffic light sentul, tukar gear go ahead gostan, panaflex, pil ciketeong ong kedek kedek, panadol, buscopan, air 100 tambah, mineral water, shed a tear, sammy, gru, child's eye wowo, just the way you are, cornetto, kiwi and strawberry fruterraaa, saterraaaa~ HAHA! aanak singkong! terima kasih huraa hurraa~ ^___^

dan untuk sume-sume yang tak sebut kat sini tapi memang berbaris dalam hati :)

thanks 2010. byebye 2010. welcome 2011. resolutions?
resolution : a FIRM decision to do or not to do something
so, NO new resolution. HAHA.

**life is amazing. life is wonderful. life is full of color to wonder **