Saturday, July 31, 2010

boleh ke?

erm, boleh ke, kalau macam malas gile nak pegi keje kan. tido je bawah selimut kan. tayah bangun pon sampai terbangun sendiri. ha, pastu kalo dah terbangun pon, tanak bangun, nak buat-buat tido. kalau ada orang datang kejot pon nak buat-buat bodoh je buleh tak? buat cam tido mati, gegar cemane pun tak sedar. pastu nanti orang kat hospital call2 pon tayah jawab call. nak off henpon macam jahat sangat. silent ok kot. bia je mereka call. letak henpon jejauh sket. abaikan je apa-apa yang berlaku kat sekeliling. boleh ke? ha? boleh ke? boleh tak?

Thursday, July 29, 2010

i think i ting tong

maka, telah muncullah kembali perasaan ingin menutup belog ini. macam 'Tora, datang lagi!!' haha. gediks. fikir dulu sebelum buang!


peach : LEECH! ahaha!









you are my sunshine, my only sunshine, you make me happy when skies are gray
you'll never know dear, how much I love you, please don't take my sunshine away.

wah best best.
gamba ihsan from tumblr.

ok, takde rupe cam nak tutup belog pon. fine

Monday, July 26, 2010

wahai kawan yang kuat,

wahai kawan,
aku tahu kamu sangat sedih. sangat sangat sedih. sedih dengan apa yang berlaku, sedih dengan apa yang telah tuhan tetapkan. tapi jangan sesekali salah kan tuhan ye. mungkin Dia punya sebesar-besar hikmah untuk kamu. yang kamu tak nampak lagi. ujian kamu sangat berat dibandingkan dengan aku. tapi, tenang ya. memang kamu tak punya apa yang aku ada, dan aku juga sedikit pun tak mampu hendak mengadakan apa yang kamu mahu, tapi aku sentiasa disini, untuk kamu. bila-bila masa sahaja. mungkin aku tak sekuat kamu, tapi aku pasti aku bisa menjadi teman untuk meneman kamu. itu aku pasti. jadi, kamu menangislah sepuasnya. jangan ditahan-tahan. mungkin aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan, untuk meredakan perasanmu itu, tapi, untuk terus bersama kamu itu aku pasti. maka kamu jangan risau. kamu sangat kuat, dari dulu pun kamu kuat, jadi sekarang pasti makin kuat. bertahan ya. semoga semua kembali tenang~ ameen.

Sunday, July 25, 2010

spesel untuk cik yah.

25th July 2010
hari ini hari lahir yah. Hazirah Alam Faizli.

yah, kita dah sebaya! yeay~ kite pasti hari ini memang hari yang seronok untuk awak. kan lagi seronok kaalu dapat keluar jalan2 pada hari lahir macam last year kan kan? heheh, takpe2, maybe nextime! bawak present skali. awak nak ape yah? hehe

sempena hari yang menggembirakan ini, kite doakan awak:

- senantiasa bergembira, hati senang, jiwa lapang meniti hidup yang penuh pancaroba la konon. hihi

- dikelilingi insan-insan yang menyenangkan hari, dan menselesakan jiwa plus tak menyemakkan kepala.

- diberi kekuatan untuk belajar dengan sangat rajin dan bersungguh-sungguh serta diberi daya tahan yang mantap untuk menahan kesejukan di library UIA yang sejukk itu.

- dijauhkan rasa penin-penin, dan perut masuk angin.

- dapat menjadi super super senior yang best dan dapat skor gile2 untuk final year ini.

- dikuatkan semangat untuk beribadah, ikot jadual2 yang dah dibuat, dan sila kuat-kuatkan semangat kita jugak. heheh.

- dikurniakan soulmate yang diidam2kan oleh awak dan menepati segala ciri dan garis panduan yang ditetapkan. hihi. [woh, bila shila nak temukan kita-kita dengan mereka itu??] eh, kalo kite jumpe makcik yang berkenan dengan kita itu, kita bagi number phone awak yeh, yeh? awak nak kan? haha

- dimurahkan rezeki, dapat apa yang awak idam-idamkan, dan cepat2 penuh tabung dana untuk berjalan-jalan itu. [oh awak! kite tak beli tabung lagi!!]

- dijauhkan dari api neraka dan didekat-dekatkan dengan haruman dan keindahan syurga.

- sangat sukaa dapat kawan dengan awak. semoga ukhwah nih sampai bila bila, abadan abada, sampai syurga. cewahh. amin amin. thanks to Allah. :)

alaaa, kite nak tulis banyak lagi. tapi nak kene pegi keje nih. tak iron baju lagi. ahah. oklah. yang lain doa lain kali pulak. inshaallah.

**yah, lets fly to heaven. bawak alwan sekali. dan aten. dan yang lain-lain jugak. jom jom.

psst, yah, kite sangat serius tentang pelawaan alwan tuh. cepat kumpul duet!! jom pegi tengok die konvo. ok??


ok ni gamba gedik sungguh dalam toilet. ish.

Thursday, July 22, 2010

hazim

salam. 20th july 2010.
hari besday kak aida, staffnurse kat ward aku. hari yang sama dia dah mula rasa contraction. kemudian dia pun diadmitkan ke labour room. heh, aku sgt teruja okey. plus doa jugak untuk kak aida dan baby, semoga semua okay.



kak aida malu2 time nak ambil gambar dia. ;p


oh. kak aida sangat kuat. dari die start mengandung, sampai la dia dah 39weeks, dia boleh lari-lari lagi ikot doctor round. sangat kuat ok. aku suke betol tengok dia. kalo aku kerja dengan dia, aku seboleh-bolehnya nak buat semua kerja so that dia boleh rehat. tapi dia kadang2 sangat degil, sebok nak tolak stretcher hantar patient pergi OT. haish. bila semua orang risau dia kate 'takpela, aida tak tolak stretcher nih. aida pegang je'. ahaha. so, everytime nak tolak stretcher dengan kak aida, aku mesti tolak dengan kuat tapi berhati2 sebab ibu-mengandung-menunggu-hari-untuk-bersalin di hadapan. hihi. kak aida sangat best and again, sangat kuat. dia boleh lagi nak ambil barang2 dalam laci bawah. kadang2 aku yang malu dengan dia. huhu. aku nak rajin macam dia jugak. yeay!




kak aida sibuk bercerita. hihi



mula-mula ingat baby lahir same birthdate dengan kak aida, tapi tak pun. lambat sehari. heheh. kak aida ceaser. mula dah masuk 2 biji Prostin E. servix memang dah fully open, tapi baby still hanging kat dalam. ahaha, abaikan bahasa aku ini okey. bukan hanging la. mula2 baby kak aida memang dah nak keluar, tapi bila time dah bila os fully opened, itu, baby itu sudah naik balik ke dalam and telah mengubah kedudukannya menjadi transverse. polyhydramnios maybe. last-last kene la ceaser.

maka keluar lah baby muhammad hazim! :)






oh oh oh! kak aida ada lesung pipit yang sangat dalam kiri dan kanan! aku selalu borak dengan kak aida pasal teori aku. teori aku yang mngkaji kalau parent ade lesung pipit, anak yang lahir ada ke tak lesung pipit. hehe, maka kak aida termasuk dalam uji kaji aku. ahha. aku tak sabar sebenarnye nak tengok baby kak aida ada tak lesung pipitt nih. lepas kak aida bersalin, die terus bgtau aku yang hazim tak ada lesung pipit! oh, aku tak percaye laa. then aku pergi tengok hazim sendiri. memang tak nampak pun lesung pipit. tapi sekali die tersengih, nampak satu lesung pipit sebelah kanan pipi die. wow! aku paling teruja kot! ahaha. kecoh gile. huh. tunggu hazim besar lagi, maybe lesung pipit makin clear. hihi


oloh oloh!

tahniah kak aida kerana berjaya melahirkan hazim yang sangat comel! tahniah to abang saidi too! semoga hazim jadi budak baik soleh and tak meragam banyak2 yee. hehe ^_^


Sunday, July 18, 2010

madam noLa sHan

18 July 2010
Nola and Fadhli
Wisma LTJ, Kuala Lumpur

sangat gigih aku ngan yah pegi wedding ini. naik turun train macam2 nak sampai ke dewan itu. hihi, siap pakse2 awan datang jugak. tapi awan ade yang menjemput, mengambik. cis cis. hehe, best tau. suke la tengok kawan kawen. apa2 pun still akan cuba untuk datang :) maka dengan berbekalkan kamera henpon sekupang ku yang baterinya agak semput, inilah sajalah kenangan yang sempat dirakam. oh plus aku rendah n pendek! tak dapat nak tangkap gambar betol2. mane laa nak lawan fotografer yang tinggi2 sambil bawak kamera besar mereka. huhuh



sesi menyuap. hehe. kawan-kawan nola siap suruh ulang 2-3 kali sesi menyuap nih. kembung perut nola makan kek. hihi



nola sangat cantik. natural beauty. tak payah make up tebal2 pun. memang sangat cantik. sangat sweet la die. oohh bertuahnye la pali. hahah. oh oh, tipikal nola! tudung die senget2, sampai hari wedding pun lebih kurang je tudung die. ahha. tapi sangat cantik jugak. congrats nola. :)



tak sempat pun nak bergambar ngan nola and fadhli secara dekat. dah lambat dah pun. AJK dewan pon sibuk2 nak suruh abeskan majlis cepat cepat. hihi. so yang atas dewan je la yang ada. ahaha.

oh oh. Herne pon ada. rakan tusyen Add Math. same2 bengap sampai sekarang. aahah. dulu masa SPM, awan nola herne and aku belajar tusyen ngan cikgu cina. aku ngan herne aa blur2, asek tak paham je. ahaah. oh herne makin kurus dan cun. dan telah membuat sexual harrasment terhadap aku. suruh mengawal nafsu kunun, kurenngg betol kau nih herne! siap la kalo aku jumpa kau 5 tahun lagi! ahaha ;p cannot wait nak tengok kamu belakon dalam tivi. sgt la frust tak bergamba ngan herne rakan tusyenku itu. tapi takpe laaa kan. tersemat dalam hati. ceh,poyo.



sesi bergambar sangat lame n meriah! suma kawan2 nola datang. dari sekolah rendah Kelana jaya, sekolan Tun Fatimah, UTP include sume2 organisasi yang dia involve. plus kawan2 serumah! oh, kami termasuk dalam group Unofficial. ahhaa. tersenyum la kami. ini la 4 kerat budak hira' yang datang. hihi ;p




hannan! orang kuat bertudung oren! sangat bizi betol dia menolong dalam persiapan nola. ni pun sempat la tangkap die untuk bergambar. hannan dah macam orang kehabisan battery. die siap tanak kawen sebab sgt penat menghandle. ahaha. sengalan la kamuu.

alwan dan yah! ya Allah. aku rasa kat kenduri tadi, kitorang borak cam tak sedar diri kot. gelak-gelak ke jerit? tak kesah orang sekeliling. meriahnye la. mesti sumorang tak nak buat menantu. padan muke. yah baru nak carik jodoh ngan budak UTP. ahha.



oh oh! mengada kan nak ada family reunion lak kat wedding nola. jumpa eliza kat wedding itu. bukan la kebetulan. eliza ialah sepupu saya. beliau yang tunjuk jalan cemana nak datang dewan nih. lame tak jumpe kot. eliza classmate nola time kat Tun Fatimah. :) best je baju sorang putih, sorang hitam. hihih. isygu, remember that. :) [gambar saje je dibuat glowing2 kunun cam best sangat aa. haha]



korek2 kotak gamba lame-lame. hahah. sangat mengada nak letak gamba ini. time nih baru lepas SPM. gather main netball. sume sememeh aja. nola berada di hujung sebelah kiri, bersama saya. hihi. zaman muda2. kawen dah nola. oh, gambar nih nola sorang je baru kawen! maka takde la macam ketinggalan bab2 perkahwinan nih. kih2

akhir kata, semoga berbahagia dan dikurniakan kekuatan, kesemangatan, keindahan hidup, kebersamaan, kesabaran, kesefahaman, kecahayamataan, keberkatan untuk Nola dan Fadhli. amin.

Barak allahulakuma wabarakah alaikuma wajama'a bainakuma fi khair. amin

broken strings


Broken Strings
by James Morrison yang bersuara lemak2 manis
featuring
Nelly Furtado yang cantik dan bersuara sedap jugak. hihi




oh, the truth hurts and lies worse.

oh. ada budak semat comel telah melakukan sesuatu yang comel pada hari ini. waahhh, comelnyee! hihihi ^_____^

Saturday, July 17, 2010

word for today

[comel la. hih]
Disgust

From wikipedia,
Disgust is an emotion that is typically associated with things that are regarded as unclean, inedible, infectious, or otherwise offensive.
For example, "I am disgusted by the stench and sight of that heap of rotting viscera."

From dictionary.reference.com,
1. To cause loathing or nausea in.
2. To offend the good taste, moral sense, etc., of; cause extreme dislike.
For example. '
Your vulgar remarks disgust me'.

From Answers.com,
1. To excite nausea or loathing in; sicken.
2. To offend the taste or moral sense of; repel.

SYNONYMS
disgust, nauseate, repel, revolt, sicken. These verbs mean to offend the senses or feelings of: a stench that disgusted us; hypocrisy that nauseated me; repelled by your arrogance; brutality that revolts my sensibilities; a fetid odor that sickened the workers.

If you don't know how to pronounce it, click here.

Thursday, July 15, 2010

pecah. cah. cah.


burung kakak tua. hinggap di jendela. nenek sudah tua. giginya tinggal dua. pehal la lagu nih. nenek gigi tinggal dua batang pon nak kecoh. yang orang cancer thyroid, breast cancer sume ko tak buat lagu lak. ah. patu patient terpleot depan toilet. ko gelak2. ko kate itu bukan collapse? memang aa ko dtg terkedek2, ko sesampai, aku dah angkat da patient naik atas katil. ko kenape kah? kalo patient tuh mati tibe cane? ko gelak2 kan aku la kan? ko nak insert line pon gigil2. piirah! tibe2 rase nak sepak je mamat yang menari lagu nobody2 wondergirls. ha, lagi satu. yang kau nak kecoh2 tu apesal. bukan aku lah yang failed. die tuh kawan aku. ko ingat die nak failed ke? die tanak lah. tanak? kau tahu? kau tahu apa. kau tak tahu pape. tahu? pergi kau jauh-jauh. shuhh. dua tiga kucing berlari. mana nak sama si kucing belang.

ho, aku nak pegi beli headphone RM346 itu. biar takde sape kacau aku. pastu aku nak duduk bawah selimut, nak bace quran. pinjam torchlite tiqajoe~ hah, bagus.

mode: perempuan gila.

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis -AnNajm : 43


Wednesday, July 14, 2010

harini dah 2 sya'aban lahh!!

oohh, sangat cepat lah. iklan Yusuf Taiyooob yang berbisik-bisik tuh pon sudah keudara. wah! dah nak Ramadhan. hopefully dapat sampai ke Ramadhan. oh, takutnye cakap ceni. huu. jom2 puasa sunat!

ok mari pakai uniform. tak sabar nak jumpe Dr.Badrul yang sangat bersemangat! hahah. jom2. chow chin chow~

sambung ke tak nih?


oh. aku tiba-tiba sangat bersemangat nak sambung belajar. nak sambung degree. ok, bukan la tiba-tiba, aku dah mula fikir2 nih lama la jugak. hajatnya nak buat full time. tapi bile fikir2, kalau tak kerja, nanti tak ada duit nak buat belanja. takkan umi lagi nak support? plus macam2 hal lagi yang perlu diconsiderkan. post basic? oh, aku malas nak attach ngan hospital yang aku kerja sekarang lama-lama. hu.

and memandangkan aku ada kontrak 2tahun dengan hospital yang aku kerja sekarang, dan tidak mahu mengabaikan usiaku selama 2tahun ini kosong, takdelah kosong, banyak je mende aku belajar taim keje nih cewah, maka aku telah mengconsider PJJ (Pengajian Jarak Jauh). walaupun aku masih agak blur2 juga lah pasal PJJ ini, maka aku mengambil inisiatip mengGoogle. oh, jumpa macam-macam! sangat teruja. and sangat takot pun ade.

mampu ke nih?
larat ke? baru keje double syif dah terpleot.
oh, macam takot je.
buleh ke nih?
ohh, macam mana nih??

maka, aku pon mengambil keputusan untuk meletakkan pikiran dan pemikiran ini di sebelah aku, dan sambung berfikir semula esok, atau lusa, atau bila-bila lah. haha.

ye, ye, aku tau aku kene pergi tanya puan-puan, ci aku ke, lecturer ke, seniorita mane2 yang sudah ambil program sebegini supaya aku lebih yakin, jitu, dan mantap serta jelas arah tujunya. huhu.

tapi buat masa sekarang, haruslah aku tidur supaya tak terlepas solat subuh esok pagi. ^_^

Monday, July 12, 2010

lucky

Lucky
Songwriters: Caillat, Colbie Marie; Fagen, Timothy James; Mraz, Jason Thomas

Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Wednesday, July 07, 2010

sori kak non


bila la nak upload gambar2 langkawi nih. ritu dah janji ngan kak maya.
kak non, maafkan saya ya. nati muni upload punye!! hoyehh :)

oh belakang!

oh! sakit belakang. sakit belakang badan. sakit vertebra. sakit pinggang. oh sakitnye. sakit sakit sakit. ok, tutup mata dan berdoa supaya boleh tido. ouch!! T_____________T

dedi bagi kad.

lapa pulak. hurm
seperti semua orang tahu, 25hb june adalah hari jadi aku. ceh, bajet sumorang tahu aa? . hari tersebut telah disambut dengan riang gembira walaupun aku srbenanye tidur dengan banyak sebab hari tersebut adalah hari SleepDay aku setelah 2hari kerja malam. wajar la kan? hehe.

maka pada hari tersebut aku telah dihadiahi oleh dedi makhluk putih yang sgt lah comel. terdapat hati merah pada badannya yang suci itu. aku sangat suka. sangaaat suka. anie namakan makhluk tersebut Mufiz. pada mulanya aku agak malu la dengan nama tersebut, tapi bila banyak kali sebut, jadi best pula. maka, nama tersebut sudah diregisterkan dalam surat beranak. heh.

dan pada petangnya aku dan dedi ke secret recipe untuk memakan kek. dedi sudah janji mahu beri aku kad handmadenya. selepas makan dedi pun menyerahkan kad itu kepadaku. kata2 seperti 'kad ni comot, tak cantik, tah pape' telah dilontarkan seiring dengan penyerahan tersebut. maka aku yang tidak sabar ini, mencari2 kerusi tepi jalan supaya aku boleh duduk dan menikmati kad tersebut. huhu. maka pada entry kali ni, aku nak bubuh banyak gambar kad tersebut. aku serius nih. memang aku nak bubuh banyaakkkk sebab aku nak tengok kad nih 10-20 tahun akan datang. cewahh. kalo umur panjang. haha

ok, mari mula sekarang. btw, kad ini adalah pop-up card. tapi sebab skill aku untuk menangkap gambar adalah sengal, maka tak nampak macam pop-up pon. -_-'



ini adalah kad saya. bahagian belakang kot. sebab dua2 belah boleh buka. so this one tertulis 'A Birthday Note'. :)



haa, inilah bunga bila buka bahagian belakang yang warna pink ni. bunga lah. siap ada sampul surat lagi. ada sesi surat menyurat tu. kembali ke zaman dulu-dulu. ahaha ;p



ni bahagian depan kad. heh. dalam ni ada garden. taman bunga. cewahh. haha



jeng jeng jeng!! bila buka, terPOP-UP la dedaunan ini. tapi seperti yang aku kata tadi, aku tak reti ambil gambar, maka, tak nampak pun pop-up nya. ahaha.



ni close up. bile tengok yang ini nampak banyak sungguh dedaunan. hihi. kemudian, aku teringat aku ada 5ekor ladybird yang sgt comel. tibe2 aku mengada nak lekat dekat kad ni jugak. aku pun meminta izin pada dedi untuk melekatkan ladybirds tersebut. bukannye ape, itu memang kad aku, tapi kalau aku memandai lekat, nati dedi ingat kad buatannya tak cantik sampai aku nak lekat2kan corak lain kan. dedi kata boleh, aku terus lekatkan! :)



itu dia ladybirds!! ahah. sangat mengada kan? aku lekat 4ekor kat garden kad cewah, garden tuuhh . lagi sekor aku lekat kat ujung kad. aku sgt la tak tahu nak lekat kat mana yang sesuai. tapi ikot instinct yang mengada itu, jadi aku lekatkan la ikut suke hati aku. hihi.



'Happy Birthday'. walaupun tulisan guna pensil sahaja dan agak kelakar tahap ketebalan mata pensil nya, tapi ianya sgt comel. dedi kata tak sempat nak touch up kasi perrfect. tapi aku suke je. ^_^



ni side sebelah kanan kad. err, gambar nih terang sangat, mase nih aku baru selak langsir dalam bilik, maka banyak cahaya masuk. oh, nampak sket kad nih macam ternaik! eh, nampak ke? ahahha ;p aku sangat suka lah nama ku terpampang disitu. wee~ ohoh, itu dia sekor ladybird di bucu kad. hehe.



semua bahagian kad dan posisi ladybird yang aku kunun-kunun ikot instinct nak tampal tuh. ahahah. sangat suke ye ade ladybirds itu :) naseb bukan ladybirds betul. kalo tidak, mesti dah lama mati sebab aku asyik tekan dan picit mereka. hihi.

oh, tetibe lepas tuh aku menjadi lebih mengada-ngada. maka aku menjemput 2orang pelawat untuk meronda-ronda garden aku tuh. ahahah. mari berkenalan~



ahahah. itu dia mereka! bersiar-siar di kad garden aku. ahaha. nama dan asal mereka aku tak tahu. aku cume menjemput mereka sahaja. ahaha. nampak gembira kan? aku lagi la gembira. hehe


sesi taaruf antara perawat dan ledibed. ngeh3. 'hai, sapa nama? boleh kenal? yah, awak dah download belum lagu ini? ahahahaha ahaha.'



dedi saspen waktu aku cakap ade perawat melawat kad die. ahaha. pelawat kebizian, maka mereka sempat la bersiar-siar di garden kad sekejap dan kemudian pulang untuk bertugas. tak sempat aku nak goreng mihun dan buat air teh panas untuk mereka. ahaha. karut.



oh signature dedi. sangat terima kasih ye dedi. mumi sangat terharu gumbira teruja seronak excited bangga dapat kad ini. ini terbukti time sangat eksaited pegang kad pon sampai terjatuh2. haha. kad ini sangat cantik dah kemas. jangan harap dedi dapat kad ini balik ye. ini hak milik kekal. haha.


woh, agak panjang entry ini. aku nak edit code jap la. nak buh code yang 'Read More' tuh. Doakan aku berjaya! ahahah!

psst, tetibe aku rase Marie Digby sangat cantik! HAHA .abaikan.