Monday, August 09, 2010

mahu jadi pakar apa?


ada seorang lelaki ini. masa aku mula-mula kenal dia, aku tak pernah terfikir lansung untuk mengklasifikasikan dia seorang Loser, even orang-orang disekelililng aku banyak yang menerbitkan rasa kasihan terhadapnya kerana tidak habis belajar. itu rezeki masing-masing. tak semua orang jalannya mudah. bagi aku, orang yang tidak habis belajar, bukannya seorang yang loser. dia bisa menyambungkan pembelajarannya dan menjadi seseorang suatu hari nanti. cume semangat yang kuat diperlukan disamping sokongan2 luar dan dalam. heh. cuma dia nak atau tidak sahaja.

dia seorang yang special. special kerana tuhan uji dia. bagi aku ujiannya agak besar, sehingga sekarang masih dalam proses recovery lagi. kalau nak dibandingkan dengan hidup aku, even hidup aku nih pun ada liku liku hiruk pikuk tah hape2, tapi nak jadi setabah dia, aku pun tak tahu aku mampu ke tidak. hehe. tapi aku bukan nak cerita tentang ujian dia, tapi satu detik aku dengan dia. dan aku rasa macam sedikit sengal. sengalan.

pernah sekali aku bertanyakan kepadanya, 'kalau belajar dulu, nak jadi pakar ape?'. aku bertanya dengan perasaan sungguh serius. kemudian dia menjawab, 'nak jadi pakar O&G (obstetric & gynaecology - pakar sakit puan)'. maka aku sangat teruja. sambil mulut aku membebel cerita tentang O&G, midwifery, betapa bestnya melihat bayi-bayi lahir ke dunia. aku teruja kerana aku berminat ke arah itu. dia pun mendengar kata-kata aku dengan penuh semangat. aku masih boleh terbayang lagi mimik mukanya.

suatu hari, setelah aku berkawan rapat dengannya dan berborak-borak macam-macam, aku pun mendapat tahu yang dia sangat 'into orthopedic'. maka aku sedikit keliru dengan pernyataannya yang mengatakan bahawa die mahu jadi pakar O&G dahulu. tapi aku abaikan. heh.

kemudian satu hari lagi, semasa aku didalam train bersamanya, kami diam sahaja. mungkin sangat penat. tiba-tiba aku teringat perihal tentang pembelajaran aku semasa tahun kedua. cara-cara untuk mengases tahap kelembutan sekviks ketika membuat VE (vagina examination). sebab teringatkan tentang itu, aku aku tergelak kecil disebelahnya. dia pun bertanya kenapa aku tergelak kecil, maka aku pun menceritakan kepadanya secara biasa-biasa kerana aku Assume dia serba tahu kerana dia kan minat untuk menjadi pakar O&G. tetapi dia menjadi blur dan aku pun mengeksplain lagi. sehingga dia paham. kemudian dia berkata,

'oh, saya tak sempat lah belajar O&G, ENT (Ear Nose Throat), Eye sume. so, kalau awak nak tipu saya pasal mende-mende nih maka saya percaya. sebab memang tak tahu sangat.'


kemudian aku pun terpinga-pinga. aikk? tak belajar O&G. tapi hari tuh kata mahu jadi Pakar O&G? tapi belum belajar lagi. maka aku pun berasa keliru, tapi aku abaikan. aku diamkan saja. mungkin dia menjawab dengan tidak serius dan main-main sewaktu aku bertanya dengan serius. tapi apa yang nak dihairankan, aku pun bukan siapa-siapa pun waktu itu. hanya budak perempuan yang mulutnya tak berhenti bercakap dan bertanya. hahahahaha.

oklah, aku tak tau pun la aku nak sampaikan apa dalam entry nih. apa yang sengal aku tak tahu. mungkin aku saorang sahaja yang rasa sengalan itu. jadi, alangkah bagusnya jika aku terusan aja ke pertiduran. melayan rasa sengal sengal senak ini hehe. selamat malam untuk yang sudah tidur, dan selamat pagi kepada yang baru nak tidur atau yang baru sahaja bangun dari tidur. salam.

No comments: