susah ye kawan-kawan, nak mempertahankan niat yang suci murni. setiap kali aku pergi kerja, aku sebulat hati, menetapkan niat untuk bekerja dengan ikhlas, untuk bersabar dengan apa-apa yang terjadi di persekitaran hospital (wad, patient, doctors, mengawal emosi, menjaga tingkah laku.)
aku suka pergi kerja. suka sangat suka. suka nak tolong orang. tapi tak semuanya indah di wad itu, kadang doktor berhangin, marah sana, marah sini. kadang-kadang terasa, kadang-kadang tidak. kadang-kadang rasa nak marah balik. hoho
pesakit juga ada perangainya. sepuluh kali sekejap memanggil-manggil. mahu itu, mahu ini. tapi i'm okay with that. tapi kadang-kadang, sangat penat pun boleh mengherotkan niat juga. bila pesakit panggil, terdetik 'haishh, nak ape lagi die nih??'. marah. geram. tapi cepat2 pujuk. tak baik rasa macam tu. kalau pesakit boleh buat sendiri, dia tidak akan panggil memanggil. maka, tersenyum bile berhadapan dengan pesakit. tapi kadang-kadang senyuman itu fake, kerana sangat penat. lagi-lagi kalo aku bekerja double shift. hoo, tak baik.
kawan-kawan tahu tak, kalau pesakit sakit, keluarganya juga turut sakit. mahu itu dan ini juga.
'nurse, dia sakit kat tangan'
'nurse, kenapa makanan pon lambat hantar?'
'misi, takan everytime kene panggil kot?'
'bila doktor nak dtg nih? lambat nye.'
kalo aku macam penat ke letih dengan semua ni. aku selalu cerita dengan ummi. nanti ummi pon bagi kata-kata yang boleh buatkan aku jadi rasional dan kembali bersemangat. thanks to ummi. :)
No comments:
Post a Comment