Thursday, December 29, 2011

pico pico pong pong


29th December 2011, 05.15pm
Bandar Baru Bangi, Selangor

bila baca title post ni ade terasa nak nyanyi tak? pico pico pong pong ni kartun masa aku kecil-kecil dulu. tak silap aku cerita ni dalam air, pastu ada kapal kot. tah, aku pun tak ingat sangat, sori kalau aku salah. aku suka tengok cerita, tapi aku tak tahu la sebab apa. tapi aku memang tengok semua cerita kartun kan. aku pernah nyanyi lagu ini pada kawan-kawan kolej. tapi tak ada seorang pun tahu mahupun nak menyanyi sekali dengan aku. pastu hari tu aku balik rumah, kemas-kemas barang halusinasi aku. sedang aku mengemas, mulut aku pun ternyanyi lagu tu. 'pico pico pong pong..'. tiba-tiba kak maya sahut, pastu sambung nyanyi lagu tu. aku pun tanya lah kak maya, rupanya dia pun tahu lagu ni. haha. comel je. 

aku pernah gak letak status BBM aku pico pico pong pong. ada! ada jugak yang tahu. dedi pun tahu lagu tu jugak. masa kecil-kecil pun dia tengok cerita kartun tu.

korang pernah tengok dan hafal tak? hahaha. aku cari2 kat utube lagu ni. tapi tak jumpe. tapi tadi dedi bagi link ni. weeehuu~tak keruan aku nyanyi sorang-sorang kat umah! ahhaa ni video lagu nye. haha. tah pape je pun ;p




hihi. lepas ni nak carik tomato man pulak! ;0


Wednesday, December 28, 2011

fresh from the other world

28th December 2011, 01.35am
Wad Ar-Rahmah, Hospital Pusrawi.

Nak tanya ni, Sape tak suka tengok baby?

Aku suuuukaaaaa sgt tengok baby. Comel nye. Lagi2 plak aku duduk kat labour room ni. Boleh kata every day aku tengok baby segar dari uterus. :) uweekk uwekk pehtu tangan gayat2 nebes macam nak tejatuh. Hihi. Geram.

Memang betol sangat comel. Aku salu ketap2 bibir, ketap2 gigi sebab geram. Pastu aku tepuk tangan sendiri, tepuk lengan peha sendiri sebab geram tgk baby. Nak tepuk baby mane boleh kan. Ahahah.

Ade kawan2 sekerja ni, kadang2 baby comei sgt, lepas cuci2 depa terus cium baby tu. Hoooo,memang tatahan! Eh, jgn aa bayang cium mulut kat pipi. Cium gaye2 hidung ke pipi ke, pipi ke pipi ke. Hihihi. Hoo. Tapi aku tak buat aaa. Aku cuci2 bg la kat parents baby azan, biar parent la cium2 anak die dulu kan. Lelebih lak kalo kite gomoi anak die. Hehe.

Tapi akhirnya iman aku tergugat. Sebab baby sgt comel kan. Aku tatahan. Aku angkat baby tuu, cium sikit. Sikit je! Ya Allah!!! Lembutnyeeeeeeeeeeee kulit baby. whoaaaa. Bahagia. Pastu aku angkat baby tu, dukung2 sebab geram. Haha. First taim laa aku cium baby anak org. Bukan ape, baby bukan kuat lagi immune badan kan, kejap je buleh ruam2 badan selesema batuk bagai wo. Serius, cuci tgn dulu before pegang baby. Hihi.

Aku ade jugak aa snap2 gamba baby. Nak tengok? Alaa, tak boleh. Sebab abg falah kate taleh nak bubuh gambar baby anak org lain. Salah di sisi law / undang-undang. Takpe2, kalo nak tgk, kite jumpe, aku bg tgk kat henpon k? :)

Tapi serius. Bau baby baru lahir kan, pehhh. Best. Kadang lekat kat tangan. Balik keje pon bau lagi. Hihihi. Dah laa kulit lelembut. Aku tatau laa iklan tb tunjuk krim lotion promote kata kulit boleh jadik selembut bayi tu betoi ke tak. Serius kulit baby sangat la lembut. Grr grrr grrammm! Hahaha.

Kulit najhan pon sangat lembut. Eh, tapenah ade lagi entry pasai najhan kat blog ni. Hehe. Najhan is my niece, kibang kibok kopah. Hahaha.

Oklah. Byee.

Friday, December 23, 2011

first time


23rd December 2011, 11.30pm
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Harini aku dtg keje lambat. Sebab terperangkap dalam jam yang memang aku tak rancang akan kesesakannya. Mula-mula memang aku nak mengelat tamau datang kerja sebab serius seseriusnya aku tersangkut dalam jam yang aku tak tahu bila aku akan bergerak dan sampai kedestinasi. Aku telefon wad, rupanya wad boleh tahan ramai pesakit. Mereka suruh juga aku datang walaupun aku lambat gila. Hahha. Pasrah. Aku tiba dihospital jam 3.30pm.

Setibanya kat hospital, aku macam lip** kudung meng-attend semua patient. 'Ting, ting, ting' bunyi callbell. Oh! Patient dah fully. Fully tu maksudnya cervix iaitu laluan keluar baby dah meluas membolehkan baby keluar. Apa yang perlu ialah meneran. Jap, aku keliru pulak, sekarang ade lagi gune word IAITU? Sebab dengar dulu ade org sebut kata IAITU dah hapus. Anda Tahu tak? Hurmm

Okeey okeeyy. Point ni lah yang aku nak cerita sebenarnya. Aku dengan seorang senior staff nurse midwife attend patient tersebut. Senior tu aku panggil mami. Umor die same dengan buya. Kelakar kan? Rakan sekerja sebaya bapak sendiri. Heheh. Maka, aku dan mami attend la pesakit ni. Prepare segala alatan suction set delivery sume. Selaku hospital private, kalau ade delivery, satu bilik ade doktor, bidan dan staffnurse. Doktor conduct delivery, bidan prepare2 untuk suction baby, aku iaitu staffnurse sebagai runner, nak rekod masa, tulis name kat tag semua lah. Alahai, tak sampai pointnye lagi. Haha

Haa, sebenarnya, mami bagi aku jadi bidan rini. Hewhew. Mula2 aku tamau, sebab neves datang lambat tak reda lagi. Tapii kan, bila lagi. Maka aku pakailah sterile glove dan ready lah nak suck baby. Encourage patient. Encourage? Tu maknanya aku jadi pom pom girl memberi semangat kat pesakit tu untuk teran. Heh. Best wo. Aku pun terasa cam nak beranak skali. Haha. Ok2, sambung cerita. Baby keluar, aku pun suck baby. Alamakkk! Suction tubing ni halus benorr, nak pegang pon susah. (Eleh, salahkan tubing padahal tareti suck. Haha) aku pon buat muke kompidenn jew suck baby. Doktor pun baik, die tau aku 1st time. Pastu aku pun pass baby kat mak die. Biar peluk2 seme. Then tolong doktor collect blood dari tali pusat tu. Pastu ikut jelah arahan dokter, shoot IV Syntometrine, then bagi lah ape2 barang yang dokter nak. :) (inilah point nye yang nak diceritakan tadiii. Hik3)

Pastu, patient aku ni ade bilateral bartholin cyst. Dah alang2 ni, dokter trus buat cystectomy. Pastu doktor pack gune gauze and povidone. (Fyi, gauze tu cam kapas jaring2, povidone-iodine tu solution yang kaler kuning, alaa, salu ade dalam first aid box tu). Macam biasa, aku lah kene tuangkan povidone tu kat gauze. Pastu aku tuang aa sikit. Separuh botol. Pastu dokter cakap 'eh, kedekutnye. Ni mesti tapenah ikot dokter buat ni, tu tak tahu nak tuang banyak mane.' Erkk. Aku pun jawab ' saya penah aa ikut, tapi haritu dokter suh saya tuang sikit je, haa, haa?!? '  Tapi tu aku jawab dalam hati je. Malas nak menjawab bergaduh  dengan dokter. Hahaha. Poyo gile ayat. Tapi siyes, dokter tu leh tahan aa baikk. :)

Lepas setel segala stitch, aku pon membersihkan patient, lap2 seme ape yang patut. Selesai dengan patient, pegi cuci placenta, then topup trolley. Aku rasa syiok aa jugak dapat buat banyak mende best2 gini. Thanks to mami sebab tolong guide aku buat itu ini walaupun sikit je. Ahahaha. Tengkiu jugak kat dokter, sebab tak marah aku, aku budak baru belajar. Hehe.

Okelah, itu sahaja cerita untuk hari ini, lain kali aku cerita lagi. Tata titi tutu.

Psst. Rini aku jalan2 ngan diknor. Pergh, tapenah rase ade adik yang boleh tahan kecik aa sebab baru form 2. Hehe. Salu jalan ngan adik yah ngan awn je. Hik3.

Ok wasalam :)


comel lah awak niii

23rd December 2011, 1.10am
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur


:) :) :)


aku sebenarnya tengah tengok map nak pergi shah alam. sambil2 dengar lagu nasyid lame-lame dulu. Inteam; Damba Kasih. tapi disebabkan ilmuku yang cetek tak pandai nak tengok map google ni, tak jumpa-jumpa lah. carik yang bagi step by step direction pun tak jumpe. cemane tah. hentam je la esok. minta2 tak stuck dalam jam. baru lepas borak dengan yah and fatin. alwan dah nak fly dah. hewhew bila lah mahu ketemu lagi kan?
err, format time and masa awal entry ni macam yah lak. 
saje buat cmtu sebab aku ni selalu mengalami konflik masa hihi.
boleh kan yah? best jugak begitu. :)


Thursday, December 22, 2011

terima kasih tuhan.

22 december 2011, 12:31am
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

apa yang kami nak selama ini dimakbulkan tuhan. tapi, perit dan sedih terasa. walaupun ianya tak berpanjangan, inilah yang terbaik. itulah doa kami. menginginkan yang terbaik, dan inilah yang Allah bagi, maka inilah yang terbaik untuk semua. memang sedih. memang sangat menyedihkan, tapi memang ini yang kami minta. semoga tenang lah hati keduanya dan juga hati kami. mohon Allah mengampunkan dosa keduanya, dan juga dosa kami. tiada apa yang berubah antara kami dah mereka. semoga hidup lebih tenang dan kami kuat untuk semua ini. live life to the fullest! :')


april 1980 - december 2011

Wednesday, December 21, 2011

tukar

nak tukar layout blog lah.
sebab lambat loading katenye.
jap lagi lah. tidur dulu.
menguap macam badak.

Thursday, December 01, 2011

ulang-ulang dalam playlist


 welcome december 2011~!
lagu ni sekarang asyik berulang-ulang dalam short playlist teman~


Outlandish- Callin u


Foster The People- Pumped up kicks



 Taylor Swift- Innocent. 
oh, lagu ni kononnye ade kaitan aa dengan event kanye west time wma awards. hoho



okk, baiiiiiii~




Wednesday, November 09, 2011

hari untuk alwan

Ehemm.

Hari ini alwan konvo.
Mesti best die konvo.
Rasa macam aku konvo hari tu kot.
Kot kot lagi best.
Mesti alwan sengih2 gelak2 meriah2.
Mesti comel. :)

Hari ini alwan konvo.
Dari awal tahun aku nak pergi konvo alwan.
Alangkah best nyaaaa kalo aku ade banyak duit.
Boleh angkut yah ngah aten sekali. Hihi.
Takpelah. Takde rezeki nak pegi time konvo.
Pegi time lain la kan. Taun depan pulak. Hehe. Dublin! :)

Walaupun aku agak merajuk dan gedik menjeles aimie ikot alwan pegi konvo,
Tapi Akhirnya alwan pakai jugak baju konvonya sendiri. Hihih.
Chaiyok alwan! keep holding on and keep move on! :)

Alhamdulillah.
Next is aten. 26th november. :)

Monday, November 07, 2011

salam aidil adha.

Qurbani Zulhijjah 1432H / November 2011
Bismillah hirrahmanirrahim
 _______________________________________________
          
Salam Iki and Uni

Hehe..akak dah buat pembayaran Qurban kita kat Islamic Relief Malaysia. InsyaAllah tahun ni, Iki kurban di Kenya, Murni di Chad, Ummi di Ethiopia and Akak di Niger --semua di Afrika InsyaAllah. Jadi boleh la allign niat kurban masing-masing..

One of the sunnah for Sahibul Qurban (orang yg nk berkurban) is by 1st Zulhijjah you don't cut your hair and finger nails until your qurban is executed (10th Zulhijjah). So it is advisable to clean and service yourself on the last day of Zulkaedah. Hikmahnya ialah supaya lebih banyak 'anggota' tubuh badan kita yang dihapuskan dosa (more surface area kot..hehehee). As you know, sebaik sahaja kurban kita disembelih, dosa kita akan diampun sebelum darah kurban tersebut mencecah tanah.

Akak dah sediakan salinan pembayaran kurban etc for your future references. cek la almari masing-masing bila balik bangi nanti.

Selamat berkurban. Moga Allah menerima kurban kita, amin ya rabb.

Maya The Bee.

________________________________________________

** terima kasih nya! nanti tahun depan jom berkurban lagi yeh! heheh.
*** betol jugak kate nya, kalo ade baby lahir rayer haji je nak buh name ADHA. Bubuh la ISMAIL, IBRAHIM kan. Kalo girl buh HAJAR. Selari dengan kisah pengorbanannye. Hihih. Tapi takpe, adha pn sedap. :)


Friday, October 21, 2011

grrr grrr geram

Aku rsa macam geram.
Geram bile dia menjawap camtu.
Eii. cakap macam bagus.
Tapi diri sendiri tak sedar, buat jugak.
This is the second time. pergh. 
Berani kan dia. tak sedar lah tuh. eiiii
Blah la kauu. Shuuhh
Memang ade org macam die,
dan memang ade org mcm aku.
Fullstop.

Monday, October 17, 2011

nice.
Semua nak merajuk.
Hahahahahhahaha

fattabiouni :)

my current favourite tv show :)
Fattabiouni yang ada kat tvAlhijrah tu.
terasa rindu2 kat rasulullah . hihih :)
tengok laa, tengok laaaa, tengok la...best!





more:

Website:
Facebook:
http://www.Facebook.com/fattabiouni
Twitter:
http://twitter.com/fattabiouni

count on me :)


Count On Me - Bruno Mars :) :) :)
For all my friends out there, 
hazirah, alwan, fatin, hiraians,
especially to my family(wajib),
and especially to SFF (you know who you are).



If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

Sunday, October 16, 2011

jelousy

aku kan...
aku kan...
aku kann...
selalu jeles kalau kawan-kawan keluar aku tak dapat join.
walaupun mereka kuar depan rumah. haha
perlu ke?
tah pape kan. huuu
syoknyeeee lah cutiiiiii
tapi merekaa pikir syoknyeeeee laa ade kejeee..
hahaha, ini ade gaye2 tak bersyukur ni. haha
ok merepek je. byee! :)

Tuesday, October 11, 2011

kunci pintu itu


Haihh. Macam mana nak buat ya. Aku tatau nak buat macam mana, nak kata apa. Tatau la sampai bila ni, ingat dah ok. Yelah, aku assume dah ok. Dalam isi otot hati siapa tahu? Tuhan je tahu. Yelah, susahlah jugak nak ok 100% tanpa rasa apa2 bila mende yang dah sebati ngan diri sendiri, yang diidam2kan tak dapat. Mesti laa menyedih. Sampai tua. Sejarah hidup. Aku pun macam tu. Tapi alhamdulillah sgt better dari dulu (aku rasa lah). Skang kawan2 dah mula kerja, dia sedih. Nti kawan2 kerja best2, dia sedih. Nti kawan2 kahwen, dia sedih. Nti kawan2 ada anak, dia sedih. Nti kawan2 sambung master, jadi pakar, dia sedih lagi. Mungkin sampai tua sebab hidup ni panjang kisahnya. Huu. Aku? Same je. Tatau nak buat apa, tak tahu nak cakap apa. Yang aku tahu join sedih je. Huu. Tah pape kan? 

Aku berdoa selalu Semoga tuhan letak cahaya dalam hati supaya hati bersinar2 dengan cahaya yang cerah bewarna-warni. 
Rasa bahagia. Rasa senang. Rasa aman. Rasa nyaman. Rasa suka. Sebab hidup ni panjang, dan sangat tak dapat dijangka. Moga aku dapat jumpa kunci untuk LOCK pintu sedih2 tacing itu, dan bukak luas2 pintu suka aman bahagia. Amin. 

Yang benar, 
Aku yang membosankan. 


Friday, October 07, 2011

penghargaan hari konvo


alhamdulillah, selesai sudah majlis konvokesyen kolej kejururawatan pusrawi atau name barunya (rebrand) PICOMS. walaupon pada awalnya ramai yang menyerabutkan kepala, tapi hari tersebut berlalu dengan detik-detik yang gembira. alhamdulillah. sangat best jumpa kawan-kawan, borak-borak. walaupon tak sempat nak borak sangat, dapat bertemu muka pun dah best. maka, dengan ini, setinggi2 penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada :


umi buya
  my familia. umi buya kakmaya and afiqi yang datang. mulanya aku takesah la mereka datang ke tidak, tapi jauh sudut hati tacing laa kalau tak datang sebab tengok parents lain dah sampai, eceh. tapi alhamdulillah. mereka datang memang menceriakan hati. thanks to ummi and buya. sangat hepi! :)


dearest brother and sister

yang memang snoll
 tengkiuu datang! yelaa, cekik la. muni tak mara pon sebab air yang dicincang takkan putus, buat apa nak marah2 kan? hihi. thanks to nya for the chocs and iqi for the swatch! cun gilos :D

thanks for coming korang! :) sukee
 yang ini memang sangat seprais la! terima kasih sangat2 saploh juta kali to alwan yah aten yang datang hari konvo saya. memang sangat tak sangka :) tak ingat sape yang cakap, umi ke kakmaya cakap time nampak korang datang tu, 'ni baru kawan sejati!' hihi. korang memang sangat best! :)

alwan! :)
yah yang bakal konvo! sila jangan demam2~


aten yang memang lagi cantik dr mamaros. thanks for the present!




gegirls and boboys

zaidi, daus best student and me :)
 tahniah daus dapat jadi best student walaupun aku sangat jeles. ahaha :) alhamdulillah, semua titik peluh berbaloi. mesti macik fatoroni n pakcik jamjam bangga. kalo ade gerfren tak gtau aku siap aaaa! oh terlupa, congrats tu zaidi too!

kawan2 yang mengjururawatkan diri. congrats jugak untuk korang! jadik nurse yang best, jangan jeling2 orang! ;p


thanks for the daisies! sibuk nak same pendek! ;p

 and dedi, terima kasih untuk masa anda, bunga-bunga orenn, usaha untuk menceriakan hati, usaha gigih untuk make sure umibuya dapat masuk hall dan sume2 lah. thanks for being there. :) 

dan terima kasih untuk kawan2 yang same2 blaja, junior2 yang baik, korang belajor rajin2 jugaks. dan sangat2 terima kasih untuk cikgu-cikgu tak kisah tutor n ci, usaha anda jugaklah kami berjaya. mahap la kalo mulut kami takdak insuran tu. macehhh :)

maka, kalo ade tambahan terima kasih nanti aku tambah. haha. best jugak konvo ni rupenye. nak sambung belajar la sebab boleh konvo lagi! yehh!


yela yela, letak laa satu gambau ini mamaros, nak tengok sangat kan.

Sunday, October 02, 2011

bertakung di situ


fyi, skang aku dah duduk ward bersalin. (labour room). hari ni sakan aku tolong sambut baby. ade 3org. Aku tolong saja la sebab aku tak ade skill mahupun sijil midwifery untuk membolehkan aku menyambut bayi2 kedunia. Tapi jadi membantu pon penting juga. Hehe :) kalo ade sijil sambut baby, asek kene sambut aje, cuci2 baby sume orang lain yang buat. Tak dapat main sangat dengan baby2. Hehe. Berbalik kepada cerita aku tolong sambut baby. wiken student tiada, maka sakan la aku mencuci baby. Kalau ada student kene dahulukan student yang nak belajar dulu. Aku suka jugak menyelit2 bila puan mereka soal2, dapat input dan ilmu baru sambil meRefresh ingatan aku pasal obs ini. Hehe :) best sangat. dan hari ini sangat panas duduk bawah warmer tu. aku berpeluh tak boleh blah. dah laa aku ni mmg sedia ada tangan yang basah. di tambah lagi penggalak iaitu warmer bagi aku suam2 hangat. Menitik2 peluh. Mengalir2 dari atas ke bawah. Basah2 tudung, baju, rambut macam kene hujan. Hahah. Glove aku abes basah. Siap bertakung dalam glove. Tibe2 ade plak mamat bangla hantar linen, setia menanti aku siapkan cucian baby sebab nak suruh aku signkan form linen die. Pehtu aku sian laa tgk die diri je tgk baby dr jauh. Aku pun panggil dia suh mai dekat sikit, aku nak sign form. Skali aku bukak glove, merecik airrrrr tangan! Peh. Mintak mahap la ye adek linen, terkena hang plak tadi. Aku pon tasangka begitu sekali airnya. Hahah. Naseb baik glove tak bocor. Kalo tak baby pon kene. Kui3 :p

Esok adik2 student ade. Selamat berjuang di labour room! Tahniah student laswik esp the boys yang at last dapat gak tingok delivery :)
Alhamdulillah~

Friday, September 30, 2011

serba tak kena

aku sedih sangat hari ini. sangat.
cakap la ape pun. tak berubah.
kalah teruk kali ni.
tak boleh lawan langsung kali ni.
teruk betol €€hormon ni.
eii, hormon plak disalahkan.

minggu lepas yah,
hari ni aku pulak masuk hospital sakit jiwa.
sobs sobs.
moga tidur ini menyamankan hati.
moga sakit ini menghapus dosa dan noda.
:'(

allahumma isyfi syifa,
la yughadiru saqama.
(tah betol ke tidak ni)


tak ingat laaa

tak ingat laaa..
aku tak ingat laa tadi dah bagitahu dr.d ke tak os 9cm time dia suruh reduce pitocin tu. tapi aku ade inform die head on perineum. tapi tu tak tau bila. haishhh. tak ingat laaa. mahap la yee. haih.

emosi betol la hari ini. :'(

Thursday, September 29, 2011

report newborn







Newborn alive, baby boy via Vacuum Extraction for Fetal and Maternal Distress (cord round neck and body + LMSL (light meconium stain liquor) with 2 previous LSCS. Cord clamped by Dr. D, baby tagged by SN K. Apgar Score 9/10. Skin pinkish, all limb move well, cried well. Wt: 3333gms, length: 56cm, HC: 36cm. Oral and nasal suction, top+tail, full examination done. No abnormalities noted. Anus pattern. Baby NPU and BO. IM Vit. K 0.1ml given at left rectus femoris and IM Eng. B 0.5mls given at right rectus femoris by SN K at 0630hrs. Azan and breastfeeding done. To transfer out baby to nursery.


ape lagi eh? dah kot.
haha. grammar hancus. muahahaha.


Wednesday, September 28, 2011

konvo

konvo aku 5 oct 11 bersamaan hari rabu di Hotel Legend, near to PWTC, sebelah The Mall. 2pm - 5pm. ikotlah nak datang ke tak . Tak datang pun takpe . bukan segulung ijazah pun , segulung diploma je . kbai.

hai

hai blog!! :)
hidong aku tersumbat. hihihi
aku da makan clarinase. oxynase nanti aku gune.
malam kang supaya tidurku nyaman.

hai blog!! :)
kepala aku pening betol, berdunyut2!
tapi aku dah makan uphamol.
sekejap lagi hilangla ni, hihi
btw, muke org tak sehat memang huduh pun ;p



ok, bye blog~!

Friday, September 09, 2011

Sunday, August 07, 2011

sujuk hati mak

i love to see him in that white shirt, white kopiah and that kain pelikat. it feels good. :)

Wednesday, August 03, 2011

nak bahagia ke tak nak?

cara untuk tidak bahagia : 3M

MENYESAL
MERUNGUT
MENGUNGKIT

memang hasilnya tak bahagia. bukan setakat tak bahagia, hati runsing, serba tak kene. memang sedih tak bahagia wa cakap lu.

maka, marilah kita berbahagia. sangka baik lah dengan Allah. :)
ramadhan kareem. rezeki ramadhan sape tahu? jangan putus berdoa :)

Saturday, July 30, 2011

miss, can u help me?







duduk rumah sorang2 ni, teringat2 kat korang. rindunyaaa! selamat menyambut ramadhan. jom berilmu beramal. maafkan salah silap ye. aminn ;) love love love love u.

Wednesday, July 20, 2011

Sunday, July 17, 2011

teringat

teringat pula saat2 shopping beli barang kat sogo hari tu. best je. indah je sume. hhuhuu. heheeheh


*** poyo sket sebab jarang gila pegi sogo. haha

Wednesday, July 13, 2011

kena cili



rupa-rupanya satu hari ini apa yang aku buat, salah semuanya.
patut laa hati asyik rasa serba salah. sedih.
semalaman menangis sampai pedih satu muka macam kene cili rata-rata. siap semput pula. sedu sedan teman dibuatnya. buat malu je.

no more twinkle twinkle lucky star. :(

tapi lega bila dah berterus terang dan cerita semua apa yang aku rasa. esok mate lebam2 lew ni haa.

fyi, nothings change. rasa dulu dan sekarang masih sama. tak ada yang berubah. :)))))


Sunday, July 10, 2011

awak

awak. kite terasa dengan awak tadi. huhu.
mengada kan? haha

**apesal aku bernafas kuat sangat nih? *hoh*

***tak sabar tunggu 16july. nak jumpe sumorang kat majlis lala :)

****oke, sambung kemas baju. :)

Sunday, July 03, 2011

tupai

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya BB ku jatuh ke tanah juga.

Friday, July 01, 2011

my popup book :)


MY POPUP BOOK.
eceh. bangge plak sebut macam tuh. haha.
ini video popup book aku. saje lah nak sematkan di blog ni.
buat kenang-kenangan di hari usia emas nanti. haha. enjoy!





aku pun teringin nak buat popup book yang gempak2 gak!
oh, to mr.siingkong, terima kasih daun keladi, lain kali buleh buatkan lagi.



25th june 2011


25th June ialah tarikh dimana aku dilahirkan pada tahun 1988. cewah. makanya pada tahun 2011 aku berumur 23tahun. sudah banyak umurku. takpe2, hati masih muda. hehe. dengan ini aku ingin ceritakan sedikit tentang hari kelahiranku pada tahun ini iaitu 2011 :)


ini aku 23tahun lepas. HAHA


aku selalu memang suka la nak mintak cuti pada hari besday, sebab nanti boleh balik rumah, keluar ngan teman-teman. aku siap request cuti, tapi tak dapat. sister (ketua jururawat wad aku) kate die tak perasan aku request. mungkin lepas ni aku nak tulis gune pen marker kaler merah supaya dia nampak dan perasan permohonan aku. so aku saje buat2 tacing ngan sister sebab tak bagi aku cuti, last-last dia bagi aku kek coklat. hihi. tq sister! ;p ((16th july aku apply nak tengok lala kawen, aku nak ingatkan sister siap2. ho))

macam tahun-tahun sebelum ini, bila jam 12malam, bertalu-talu mesej masuk mengucapkan selamat hari lahir. aku suka ok. tapi tahun ini special jugak a sebab ramai org duk menyanyikan aku lagu besday. yang pertamanya encik Romie Pujaan, dengan suara merdunya menyanyikan lagu allah selamatkan akuuuu~. pastu dia ajak aku keluar minum jap sebab dia sedang bekerjaa. tapi aku tolak sebab aku nak kerja esok, lagipun sudah malam. maka encik romie merajuk sampai sekarang. dia kata aku 'NYOMMBONGG'. hahaha. sori bro! jangan mrajuk la. jom sambal tumis jom! ;P

pastu ummi call mase kat ward, nyanyi lagu besday jugak. meriah betol suara2 orang kampung. love u umi! umi kat kampung mensetelkan akikah najhan. oh! aku tak kenalkan lagi najhan. hihohiho. nanti aku crite la bile bile. haha. pastu malam sikit mase aku tengah makan satayyyy kat kompleks, mawar and friends talipon menyanyikan lagu besday dengan sungguh merduu! ahaha! thanks mawa tiqadol nana nadia tikahrajali! :)

aku pergi kerja toya-toya saje. takdelah bersemangat sangat kan. hehe. sampai kat ward ada juga kawan-kawan wish besday aku seronok gile la org ingat. hihi. ade dapat present lagi. dapat subang comel bentuk love-love kak yani bagi. yang lagi comel bila daus datang ward wish besday and bagi present frame yang sangat sweet! thanks daus!

aku kerja dengan kak wani dan fida. alhamdulillah ward tenang-tenang sahaja abaikan je lah yang patient amukan drakulat tamau bayar bil . kak wani asik menyakat aku sebab aku berpeluang berdua-duaan dengan dokter paling baik n handsome (setakat ini). sebab dokter tuh panggil aku turun kat bilek die kat kelinik sebab nak ajar gune insulin pen yang baru. ecehh. maka kejelesan la kak wani dan fida tapi mereka kate tak apalah sempena hari lahir aku kan. maka mereka redha. ahah. bengs.

oh! paling tercomel tersweet ialah hadiah aku tahun nih. hihi. apis bagi aku pop pup BOOK! bukan kad dah! bukuu! wehoo! best gilaaaaaa lah! dah lah dapat hadiah berry yang sangat comel. hehe. thanks ye! ((mawar jangan jeless)) meh tengok kad meh. :)







signature ni yang penting. ecehh

dan ini namanya Berry :)


pastu aku makan banyak plak tuh. makan satay,
makan cupcakes, makan nasik ayam pek pek penyeet.
apetah lagi aku makan. haha.





oh, ini video mase buku pop up diserahkan pada aku.
ade orang rekod curik-curik. hahaha.
best gila laaaa buku ni tau tak? ^_____________^





terima kasih kepada semua yang mendoakan aku kemurahan rezeki, kebahagiaan hidup, kekuatan dan keberkatan jiwa, kecomelan senantiasa, ketabahan hati, kesabaran yang banyak. aku suka gila semua. satu-satu aku baca dan amin dalam hati. terima kasih sangat-sangat kawan-kawan and famili. aku memang sayang kalian semua sepenuh hati. friends forever. kerana kalian jugalah aku gembira dengan hidup aku ni. thanks!


Wednesday, June 15, 2011

weeii kome!

najhan nak keluar dahhh!!!!!
hohohooo~ nebesnye haku. dup dap dup dap
semoga Allah permudahkan semua. amin

Tuesday, June 14, 2011

gegor ke?

rasa tak gegor kat tempat kome?

aku tadi malas nak cite, tapi sebab dah 3kali, nak jugakla cerita. haha

pagi tadi 0810am pagi, rumah gegor gegor. al maklumlah rumah tingkat semilan memang salu terasa gegor nih ha. TWICE. agak kuat jugak sebab boleh terbangun dari tido macam ade org goncang2 badan. kelam kabut la turun dengan umi ke bowoh. tapi sebab hari nih hari bekerja, maka kami je la insan terpilih yang rase, umah lain tak ade org. hehe. penim2 kepale. tengok berita ada gegor kat indo. lupe name tempat die. haha. lepas ok tuh, kami pun naik umah balik. rehat2.

jam 1105am cam tuh, gegor lagi, tapi kejap je la. aku ajak umi turun tapi lepas tuh gegor dah stop. maka kami pun siap2 beg, hp kunci kete sme kot2 ada gegor lagi jap ag. huuu. pastu mandi la cecepat takot la gegor2 lagi an. pecoh rahsie tak mandi oh! tibe2 dapat cara mandi time gegor. sabun sabun badan. mandi2 lap2 pakai baju dulu then baru gosok gigi berus muka. atlis kalo gegor takde lah kene naked turun bawah. HAHAHA.

tapi tatau aku terasa busuk lagi even dah mandi. cincai sgt kot tadi. ahaha ;p
maka lengkaplah 4kali aku terasa gegor2 kat bangi

sekian dulu kisah gegor pada hari ini.

Friday, June 03, 2011

bukak

bukak.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
refresh. refresh. refresh. refresh. refresh. refresh. refresh.
tak ada.
tak ape lah.


Sunday, May 29, 2011

jururawat.


aku terbaca artikel Metro. nak letak kat sini.

MUNGKIN agak terlewat untuk saya mengucapkan selamat Hari Jururawat yang disambut pada 12 Mei lalu. Namun, ada perkara yang menarik untuk dikongsi mengenai dunia jururawat bersama masyarakat pada hari ini. Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat. Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.
Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.
Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa. Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.


Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi. Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.


Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.
Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan. Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.


Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia. Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi? Hargailah jasa mereka.

masa aku bace, tiba-tiba berair pula mata. terasa tersentuh kat hati. sebab itu semua apa yang aku buat, apa yang aku rasa. tapi ada lah yang aku tak setuju. ada je pesakit baik. terima kasih banyak kali. bunga-bunga rasa hati. kritik? hahaha. ada je jururawat kritik-kritik. tu lah mencabarnya, dah buat kerja baik-baik, bila mulut terlepas cakap, pahala pun melayang~~

susah jugak lah sebenarnya nak jaga hati supaya bersabar dan bersabar dan ikhlas. huhu. okelah, jururawat nak tidur nih. esok kene kerja pagi dan petang. 7am-9pm. kene minum Extra Josss nih. HAHAHAHAH!


Saturday, May 28, 2011

Surabaya #4 : lumpur

misi ke Lamongan nak berjumpa dengan kak munsipah mula pada 3rd day kat sana. lebih kurang 5jam perjalanan pergi. kalo balik campor lagi 5jam, maka 10 jam. masa on the way ke Lamongan, akan lalu satu tempat namanya Lapindo. area Kabupaten Sidoarjo tak salah aku. sebenarnya nak keluar ke surabaya memang kene lalu tempat ini pun. Lapindo atau Lumpur Lapindo ini dulu tempat perumahan la. kira ada orang, ada rumah, ada life. kenapa lumpur? sebab, tahun 2006 masa syarikat minyak nak carik minyak, tebuk bumi ni nak amek minyak, ada earthquake, tah macam mana minyak tak dapat, keluar lumpur-lumpur yang sangat banyak berasap2 sampai tenggelamkan semua rumah2. semua orang kene keluar rumah. tinggalkan rumah mereka dan tak tahu nak kemana. kasihan tau . sape yang ada geran rumah, dapatlah pampasan, yang bina rumah takde geran tak dapat apa. rumah dah tenggelam. kak ilul cerita , ada yang gila, trauma sebab hilang tempat tinggal. kalau amik lumpur tuh, nyalakan api leh buat masak sebab lumpur dah campor dgn minyak. hehe . tapi dalam kesusahan itu, mereka bijak juga mencipta kerja. jadi penunjuk jalan. siapa tak tahu jalan, nanti mereka bawak la. then bayar. kalau tak silap lumpur tuh sampai sekarang still keluar. so mereka kene buat benteng tinggi untuk tanak bagi lumpur melimpah keluar jalan. sekarang Lapindo tu jadi tempat singgah untuk pelancong nak tengok. aku sempat lah snap sekeping dua gamba tembok. hihi.



oh, yang ni aku ambil dari google.
kalau click link atas, ada gamba yang lagi best.



ehe, yang nih pun. abes tenggelam la. adoi.



ha, yang ini aku yang snap gune henpon tak berapa nak canggih pun.
gambar tembok dari luar yang nak tahan lumpur melimpah ke luar.
hihi. siap ada khemah kecil kat atas tuh untuk pelancong nak tengok lumpur.
tapi kami tak berhenti tengok pon. panas!



itu lelaki berdiri tuh antara orang-orang yang mencari rezeki dengan menunjuk jalan.
tapi kadang depa tuh bawak jalan jauh-jauh pusing2, maka kene la bayar mahal sikit. kui3.



alaaaaaaaaa! blogger takleh nak upload gamba cun cun. rosak semua nya. nanti la aku sambung cerita rumah kak mun. tak ade gambar takde feel. chewah. ok bai. nanti aku sambung kat entry yang ni jugak. :)


layan ke?






aku tiba-tiba suka lagu nih.
Shahir af8- Luar Biasa






oh, yang nih pun comel. sedap pulak tuh :)
Almawlid - Cahaya Seluruh Alam



tak sangka aku suka lagu shahir -_-''
huaaargghhh

Friday, May 27, 2011

tak ada umph!




hari ini adalah hari kedua tersedih tahun 2011.
rasa hati kene tebuk pakai craft punch million million million kali.
rasa sedih lagi sedih dari cerita nur kasih.
inilah yang dinamakan HIDUP.


Thursday, May 26, 2011

terasa sesuatu

ada seorang budak yang baik. aku tak tahu kenapa, budak baik itu seperti tidak mahu berkawan dengan aku. mungkin aku ada terbuat salah yang mungkin budak baik itu tak sangka orang seperti aku ini melakukan yang sedemikian. mungkin. tapi, budak baik itu masih senyum padaku walaupun dia enggan bercakap denganku. tiada apa yang nak dihairankan kerana aku bukanlah selalu bercakap dengan budak baik itu, tetapi terdetik sesuatu apabila budak baik itu berkelakuan sedemikian. mungkin aku telah melakukan sesuatu.

entahlah. sedih pula. T_T sobs. mungkin aku perlu katakan Tidak.

Luar biasa. Landah senja suria padamu. Lalu menusukku.
Luar biasa suara. Siksa membisu. Akhirnya membunuhmu.

Monday, May 23, 2011

BF baru


saya ada bestfriend baru.
sorang nama Vicks Inhaler. sorang lagi Symbicort.
dua-dua sangat baik. tolong aku untuk bernapas.
menggelegak kahak di dada. huu
get well soon murni :)

oh, bestfriend yang lame lagilah baik. sweet2 gitu :)



Sunday, May 22, 2011

surabaya #3 : Selecta and Jatim Park

03 Mei 2011 : TEMPEEEE!!!! woh! terkejot. itulah bunyi yang pertama sekali aku dengar pada jam 6pagi. bunyi orang melaung jual tempe. kelam kabut bangun, tapi confuse, jam baru pukul 6, tapi dah ada orang jual tempe? bila selak langsir, kat luar dah terang benderang macam jam 8 pagi. hoo, lari2 berebut nak solat subuh. rupanya solat subuh jam 4.30 pagi. walaupun waktu indonesia lambat sejam, tapi segalanya awal. solat, breakfast, then duduk borak-borak. kak ilul kata kereta sewa nak pegi jalan-jalan datang jam 8. kami yang terang-terangan memang masih penat la. request nak gerak jam 10, tapi kasihan pulak supir dah tunggu lama. maka, siap2 dan gerak pukul 9! ahahaha.



oh, before kuar pegi jalan, ada la sesi penyerahan ole-ole dari malaysia.
bibik teruja sangat :) peace!

********

kak ilul kata nak pegi Selecta. aku and family tak tahu pun apa itu Selecta. kitorang pun cam sesengal jugak sebab takde pulak men-gooooogle ape yang best kat surabaya kan. hihii. jalan lenggang kangkung aa. rupanya Selecta tuh ala2 sunway lagoon tapi atas gunung macam kat fraser hill. sujuk2 gitu. maka tak mandi la kami. lagi pun hujan. jalan2 je la. hehhe. lepas lebih kurang 2jam perjalanan, kami pun sampai. nah, tengok gambar kat Selecta.




mase ni dah mula hujan kami pun berteduh dulu.



ni budak teringin nak berenang tapi tak bowok baju. haha.



perghh. gelongsor pusing2.

ooohhh, pastu kat Selecta nih ada taman bunga cantik2. best best best. ada zirapah besar. ade rimau besar makan orang. hahaha. ada mainan banyakkk. buaian sume. elok pulak hari yang aku pegi tu tak ramai orang, maka kami yang besor-besor nih pun main lah sepuas-puasnya. sakan. semangat sangat la katekan. pastu ada jual2 buah buahan. best.







permandangan dari atas. dari Selecta.





oh, lupe nak kenalkan.
ini anak no.2 kak ilul dengan Pak Subur.
Dewi. tapi panggil Ewik. :)






ini epal. kat surabaya nih epal tu lokal fruit. best je.
epal atas nih harganya Rp10,000. bersamaan dengan RM3.5o. best kan?



buah pepino. sesuai untuk turunkan kolesterol.
rasa macam honeydew tawar, hahah




lepas pegi selecta, kak ilul ajak pegi Jatim Park iaitu ringakasan JAwa TIMur Park. tempat nih pun tempat rekreasi jugak lah. tapi sebab kepenatan tak cukup rehat. umi termuntah kat sana. heheh. maka kami tak masuk pun. bergambo kat luar je.






umi sebelum muntah. kih3.

okelah, tido dulu. sambung nanti. nak cite pasal lumpur lak. tata
hooo penat la batuk. uhuk2