Sunday, May 22, 2011

surabaya #3 : Selecta and Jatim Park

03 Mei 2011 : TEMPEEEE!!!! woh! terkejot. itulah bunyi yang pertama sekali aku dengar pada jam 6pagi. bunyi orang melaung jual tempe. kelam kabut bangun, tapi confuse, jam baru pukul 6, tapi dah ada orang jual tempe? bila selak langsir, kat luar dah terang benderang macam jam 8 pagi. hoo, lari2 berebut nak solat subuh. rupanya solat subuh jam 4.30 pagi. walaupun waktu indonesia lambat sejam, tapi segalanya awal. solat, breakfast, then duduk borak-borak. kak ilul kata kereta sewa nak pegi jalan-jalan datang jam 8. kami yang terang-terangan memang masih penat la. request nak gerak jam 10, tapi kasihan pulak supir dah tunggu lama. maka, siap2 dan gerak pukul 9! ahahaha.



oh, before kuar pegi jalan, ada la sesi penyerahan ole-ole dari malaysia.
bibik teruja sangat :) peace!

********

kak ilul kata nak pegi Selecta. aku and family tak tahu pun apa itu Selecta. kitorang pun cam sesengal jugak sebab takde pulak men-gooooogle ape yang best kat surabaya kan. hihii. jalan lenggang kangkung aa. rupanya Selecta tuh ala2 sunway lagoon tapi atas gunung macam kat fraser hill. sujuk2 gitu. maka tak mandi la kami. lagi pun hujan. jalan2 je la. hehhe. lepas lebih kurang 2jam perjalanan, kami pun sampai. nah, tengok gambar kat Selecta.




mase ni dah mula hujan kami pun berteduh dulu.



ni budak teringin nak berenang tapi tak bowok baju. haha.



perghh. gelongsor pusing2.

ooohhh, pastu kat Selecta nih ada taman bunga cantik2. best best best. ada zirapah besar. ade rimau besar makan orang. hahaha. ada mainan banyakkk. buaian sume. elok pulak hari yang aku pegi tu tak ramai orang, maka kami yang besor-besor nih pun main lah sepuas-puasnya. sakan. semangat sangat la katekan. pastu ada jual2 buah buahan. best.







permandangan dari atas. dari Selecta.





oh, lupe nak kenalkan.
ini anak no.2 kak ilul dengan Pak Subur.
Dewi. tapi panggil Ewik. :)






ini epal. kat surabaya nih epal tu lokal fruit. best je.
epal atas nih harganya Rp10,000. bersamaan dengan RM3.5o. best kan?



buah pepino. sesuai untuk turunkan kolesterol.
rasa macam honeydew tawar, hahah




lepas pegi selecta, kak ilul ajak pegi Jatim Park iaitu ringakasan JAwa TIMur Park. tempat nih pun tempat rekreasi jugak lah. tapi sebab kepenatan tak cukup rehat. umi termuntah kat sana. heheh. maka kami tak masuk pun. bergambo kat luar je.






umi sebelum muntah. kih3.

okelah, tido dulu. sambung nanti. nak cite pasal lumpur lak. tata
hooo penat la batuk. uhuk2


2 comments:

MaRyAm DzuLkifLi said...

wahhhhh cantyiknye!!!!!!!!!!jeles nk ikut!!!!!huhu~cantik la tmn bunga kat selecta tu~n suka gamba dlm mulut rimau tu cumel je ummi muni wt gaya tu ;) epal harga 10k selonggok cmtu?????gila murah!!!~

murniizar said...

hehehe! memang cantik pun mrym! best2. jauh ke surabaya dr padang? syiok gile tau begambo kat ctu. sujuk2 lagi.

oh, gamba rimau paling mahal! yep yep, tak silap org aa die 10k :)