Friday, May 28, 2010

belajar bawak kereta.




tibe2 aku suka betul gamba ini. ahaha.
alwan yang sedang jet lag tapi sangat sweet sebab sanggup nak ikot pegi jalan2

and nak buat seprais even baru je sampai dari cetnam [Cheltenham, UK]
tapi telah syahid di dalam kereta time otw back.



pastu gambar aten yang sangat cool bawak kereta ini.
heheh. cantek2. ade pooh lagi. ahaha.


bile tengok gamba nih tadi tibe2 teringat cikgu syukri. dia cikgu driving aku. sangat baik. sangat kelaka. sangat sempoi. sangat best. sangat comel. sangat sangat bla3. selesa la belajar dengan die. dan pada hari ini, sedang aku memandu kereta, cekgu observe dari luar saja. tibe2 saja aku terasa menggatal nak tekan minyak lebih sikit. ahaha. kereta semakin laju. tibe2 aku terdengar suara cikgu menjerit! menggelabah terus bawak sampai termasuk line sebelah. rupanya, aku tak berhenti pada tanda 'BERHENTI' kat junction tuh. tapi memang aku tanak berenti pon kat situ sebab takde kereta. pastu cekgu cakap :

'kalo test JPJ tadi tuh dah failed tau. kalau nampak tanda BERHENTI tu, stop ok. kalo tibe2 ade kereta lalu tadi cemane?'

aku diam saje sampai die abes cakap. kemudian aku pon membawa kereta terkedek2 macam kura-kura. eh, kura-kura lagi laju kot. aku pusing2, prektis 3 point turn, parking. aku diam saje bermula dr saat die cekgu menjerit tadi, sampai lah balik rumah. tapi bukanlah aku merajuk, cume terkejot je kot die jerit cemtuh. mungkin aku dah lama tak kene marah kot. jadi shock la kunun.

ahaha. aku perasan la cekgu tuh cam perasan kot yang aku nih dah terdiam je kan. lepas die hantar sampai umah tuh, aku cakap la 'terima kasih cekgu' [ni kot words yang kuar selepas shock itu] dan dia balas: ampun maaf dipinta ye murni. sambil buat muke comel die tuh. ala.

sekarang aku pulak rasa bersalah buat perangai macam tuh sampai buat cekgu rase bersalah. hish! sori cekgu! jgn serik nak ajar saye yeh. T_T

atau mungkin memang die risau la kat aku kan, ni baru first day bawak kete, dah nak merempit. cis. oke, senin nih aku nak pegi mintak maaf kat die. haih. sesak dada la terbuat org rase tak selesa.

No comments: