Sunday, August 29, 2010

hadith to ponder

ehem.
*Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya"

hey people, again : Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. ikat rambut tinggi-tinggi, sanggol tinggi2, sekarang siap ade pulak sanggol2 buatan untuk jadikan sanggol tinggi even rambut pendek pon boleh pakai, pastu lilit-lilit ngan selendang tuh. oh, takotnye! bau pun tak bleh cuimm woh!
astaghfirullah, nauzubillah. hu


Saturday, August 28, 2010

logo lah~


dedi. saya letak ini logo kerana berasa logo-logo ini cun comel. especially yang black and white ini. nak letak yang besau-besau, warna-warni nanti lawan taukeh (taukey? tokey? togeh?). orang kate over pulakkan. hahah. jangan marah. semoga menang lah! amin amin! ;p





Friday, August 27, 2010

lau kana bainana


Lau Kana Bainana - if he (Muhammad s.a.w) were among us
sangat suka ini. suke suke.




The Prophet (pbuh) said: propagate greetings (spread peace) among yourselves,
say: 'assalamualaykum, peace be upon u'.
and he said, 'don't impose a hard condition on your servant'
and he said, 'the best of u is he who is best to his family'
and he said, 'if u have a child, be childlike with him'
and he said, 'there is a reward for kindness to every living animal or human.'

last-last itu sedikit touching. :')

**dedi, dah boleh dah letak video besar-besar! :)

ilham

ilham yang berumur 4tahun muntah ketika baru sahaja mula mengambil nebulizer. habis penuh mask tersebut dengan muntah ilham. baju dan seluar pun terkena muntah, penuh atas katil. umminya tiada, pergi kerja. maka, aku lah calon untuk menolong ilham ketika itu. dialog pon bermula.

aku: ilham nak muntah lagi?
ilham: tanak dah.
aku: ilham makan ape tadi nih?
ilham: ilham, ilham makan hotdog 3, pastuu, ha, ha, dah. hotdog 3.
aku: okk, takpe. 'akak' lap nih, nati kite mandi, badan ilham panas nih, pastu kite tukar cadar, pastu ilham boleh rehat balik keh. ilham ade baju tak? umi bawak baju tak?
ilham: boleh. umi tak bawak baju. umi balik nanti umi bawak.
aku: ok takpe, akak amek baju lain ok.

kemudian aku pon mengelap la ilham, mandikan dia di toilet, sambil2 mandi tuh, dia bercerita tentang motor mainan nya. sangat eksaited nak tunjuk. hehhe. lepas aku dah pakaikan baju, aku suruh dudk di kerusi so that aku buleh menukarkan cadar.

ilham: nanti umi bawak baju lain, ilham boleh pakai baju ilham tak?
aku: boleh, boleh je.

kemudian aku diam saje, khusyuk menukar cadar sorang-sorang. tiba-tiba terdengar ilham bertanye,

ilham: ACIK rumah kat mane?
aku: (wwwoooooooooohhhhhhhh, dia panggil aku acik!! perasannye bahasekan diri akak tadi! dush dush dush!) err, acik duduk dekat sini je. jalan kaki pon boleh.
ilham: umi penah pegi umah acik tak?
aku: oh, umi tak pernah la pegi umah acik, tapi umi mesti pernah pegi dekat jiran-jiran acik tuh. umi mesti tahu punye kat mane.
ilham: bile umi pegi? ilham tak ingat pun?
aku: dah lame dah umi pegi.
ilham: ilham tak ingat. mesti mase tuh ilham baby. acik tengok ilham mase baby?
aku: (pandainye budak nih bercakap!) hehehe, tak tengok la ilham. acik jumpe ilham je, ilham dah besar dah. sakit semput pulak tu kan. lepas nih kite makan ubat okeh. lepas makan ubat baru main motor ilham. janji ngan acik boleh?
ilham: boleh. ilhan nak tunjuk motor abah beli.

oohhh, sangat comel la ini budak! ya Allah. sangat petah bercakap! tapi bukan dengan semua orang dia nak bercakap. the chosen one sahaje. ahahhah. maka aku terpilih aa antara orang-orang yang dia nak bercerita. cewahh :)

lepas umi ilham datang, umi nya suruh ilham panggil aku 'akak' sebab die terdengar ilham panggil aku 'acik'. "ehh, ilham. bukan acik la. itu akak. akak murni. akak nurse. :)"

wee~maka selepas itu ilham panggil aku akak! hoyehh ;p hahaha

**mase aku mengelap2, mencuci muntah ilham, terlintas di kepala aku. kalo aku ada anak nanti, dia termuntah, terberak dalam seluar, terkencing tilam, sume aku kene cuci! hohoho! mencabar sungguh! :D

Thursday, August 26, 2010

zakat fitrah


وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

”Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat…” [Al Baqarah:110]

----------------------------------------------------------------------------------------

tahun ni kene bayar zakat sendiri. hoh, tatau macam mane. so how?
mari belajar. amil amil, dimana dikauu? huuuu. kene tanye worang nih. google2.

-----------------------------------------------------------------------------------------

28 August 10 - 0100hrs

Maya

hey hey diknon

Muni
hey hey hey kaknon! cemane nak bayar zakat??

Maya
kat sepital takde amil eh? kalo kat mardi ade. nk akak bayarkan ke?
tapi kalo nak merasa bayar zakat, sila lah caik amil pusat zakat..

Muni
oohhh, carik amil kat pusat zakat.
bgtau je nak bayar zakat?

Maya
salu nye amil zakat ni dia akan bukak meja kat tempat awam..
kalo nampak meja2 amil zakat tu pegi je ckp nk byr zakat..
tapi kalo pusat zakat dekat aje dgn tmpt muni pegi je la

Muni
ok ok
pegi je ekkk?

Maya
pegi kat amil tu, ckp nk byr, untuk berapa orang,
pastu byr pastu nnt dia akan suruh baca akad zakat tu..
baca je...ade kat kat ctu
pastu amil akan doa..maka selesai..

Muni
ooohhh, ok ok. ngah pikir katne ade amil
heheh, masjid tuh tak sure lak

Maya
kat ospit takde?

Muni
takdoppp

Maya
masjid salu ade, ingat x kalo kite g terawih kat usj tu, salu org tu remind
tapi amil ni ada masa2 die..try la tanye2..

Muni
ohhh, kat masjid sini muni ade nampak cam note
tapi ade jugak time la uhhh

Maya
haaa..try tanye mase die..
tau x berapa henggget nih?

Muni
takkk, ahaha ;p

Maya
7 ringgit ++, akak pun x ingat
so byk la 5 ringgit + singgit2..
kang amil tu takde duit pecah pulok

Muni
oohhh. ok ok, kumpoll sengget!!

Maya
yezzaa, tapi kalo tak dpt caik amil sampai 3hb,
btau akak, biar akak tolong byr.

Me
ohhh, ok! nak carik sedaye upaya!! :)

Maya
tapi try dulu, experience it yourself, syiok ooo..

Muni
wokeh. will do! thanks! :))

----------------------------------------------------------------------------------------

so macam tuh lah. sekarang kene pergi bertanya-tanya di mana ada amil.
dan pergi sana, beri duet, akad, dan selesai.
woh, bayar zakat skarang pon ade pakai mesej je. fuiyoo. cam tak best je. ahaha ;p
huu, siannye aku. bayar zakat pon tak reti. huhihuhiihuu

Wednesday, August 25, 2010

haaaiiiihhhhhhh

haishhhh. rase nak mengeluh je. aku tatau la ape aku nak sekarang. haihhh.

tengok iklan nih la.
lapang sket hati.
:)

Tuesday, August 24, 2010

tersekat-

makan hati. ngap ngap.


sangat bersemangat mahu bercerita sesuatu kepada kamu.
sangat semangat, seperti kanak-kanak kecil melompat keterujaan.
tapi tiba-tiba tersekat.
tersekat. erkk. erkk. mati.
kerana hati yang bolak balik itu.
ohhhhhhh. tak mengapa lah.
maybe next time [kalau ingat]
dan jika masih teruja seperti ini.
mungkin tahun depan. ohhh
semoga tenang dan damai hati itu. amin
semoga tenang dan damai hati itu. amin
semoga tenang dan damai hati itu. amin
Ya Allah,
tenangkan dan damaikan lah hati itu selalu.
selalu.

oh my!

oh my oh my! ya Allah.
cik*** PM me. ohhh
macam tak percaya!
sangat comel laaa.
even sume tak confirm lagi, tapi sangat pergh la!
tak bajet lansung ***d seserius itu.
cik*** pon sangat comel2 je.
sangat berfikir masa depan. bagus.
huu, happy for both of u.
doa banyak sangat banyak,
tak tahun depan, inshaallah tahun depan lagi satu kan? :)
doa saya selalu untuk kalian.
amin.

*teruja teruja teruja*

Saturday, August 21, 2010

ramadhan: doa lah banyak2

Once Moosa (AS) asked Allah Subhaana 'O'Ta'ala: O Allah! You have granted me the honour and privilege of talking to you directly, Have you given this privilege to any other person?

Allah Ta'ala replied, O!! Moosa during the last period I am going to send an Ummat, who will be the Ummat of Mohammed (SAW) with dry lips, parched tongues, emaciated body with eyes sunken deep into their sockets, with livers dry and stomachs suffering the pangs of hunger. They will call out to me (in dua) they will be much much closer to me than you.

O Moosa! while you speak to me there are 70000 veils between you and me but at the time of iftaar there will not be a single veil between me and the fasting Ummati of Mohammed (SAW) .

O!! Moosa I have taken upon myself the responsibility that at the time of iftaar I will never refuse the dua of a fasting person!

----------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau lah hati [baca: hati bukan liver/hepar mahupun heart jantung] aku ni boleh nampak jasadnya, boleh di cuci kalau kotor bintik-bintik hitam, di goncang sekuat2nya jika lalai. alangkah bestnya.

Siapa yg Allah beri petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah, kamu tidak akan dapati seorang pun yang boleh memberinya petunjuk dan pembimbing.


Friday, August 20, 2010

apple + shift + 3

kenape apple + shift + 3 ??
sebab nak tunjuk nih. ahaha.
sebab macam bess. hehe.
sebab macam cun cun.
sebab macam mengada.
ok la, dah takde sebab dah. hehe ;p

----------------------------------------------------------

ohhh. dia bakal berkahwin.
woh woh woh sentap sekejap.
huuuu.

Saturday, August 14, 2010

cik yah!

awak awak awak! kite dah jumpe template blog awak. justeru itu, kite telah meniru bulat-bulat, petak-petak macam spongebob template belog awak ini, dan diterapkan pula pada template belogku. wahh, cantik kan? cantik kann? perasan jangan mara bagimu syorga! ahahha.

mula-mula kite tukar2 aa sikit kaler2 template tersebut, tetapi, apakan daya, sedikit pun tidak ku berkenan terhadap warna-warna tersebut. putih suci bersih murni ini jugak yang terkenan malah diperkenankan di hati. [sambil-sambil terngiang-ngiang lagu 'di hati ini, hanya tuhan yang tahuu'~] mungkin di lain hari nanti, akan ku tukar lagi warnanya, menjadi warna-warna pelangi. yang muncul selepas hujan, yang sampai sekarang aku tak pernah hafal warnanya. ahaha.

maka yah, jika kamu berasa terganggu sehingga membuak-buak rasa gerammu terhadapku sehingga kamu ingin memdendaku dengan menyuruh daku memakai tudung bulatmu, maka kabarkan sahaja kerna sepantas kilat, ok tipulah, mane bleh sepantas kilat sebab dedi kate daku jalan slow, mana mungkin nak sepantas kilat, maka, secepat mungkin akan ku tukar template belog ini menjadi template kanak-kanak riang bipolar disorder. tau. tau! [ni teraputic conversation ke yah?]

sangat seronok berjalan-jalan sesambil iftorr semalam walaupon daku lembik macam pisang dilenyek penyek ketika nak buat cekodok pisang. seronok juga kerana melihat alwan makan dengan sangat bersemangat sehingga aura kesemangatan itu terus mematahkan kesemangatan ateng untuk makan. hihihi

oh oh oh! btw yah, frankly speaking, u look cun pakai tudung bulat itu. bukan berumur 35tahun. harap maklum. :) lepas ni buleh pakai lagi, ajak ateng pakai gak. hahaha. hey arnold! [sebut betul betul!]

akhir kata, ingin daku menyampaikan sebuah lagu. 1 2 3 mula. cerita kedai kopi, tuingg, cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi. woo, semua orang ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi. tapi jangan di simpan dalam hati, mari cerita di kedai kopi. hayate! ok, dah tak ingat lirik. haha. [alangkah best kalo nyanyi lagu ini bersama kak maya]

ok ok ok. ye lah, ye lah. tak nyanyi dah. mahu tidur kerana sebentar lagi mahu pergi buat spek mata kerana mataku ini lama kelamaan bisa jadik juling. hahahaha. tata titi tutu. selamat berpuasa kepada yang berpuasa!

Friday, August 13, 2010

kejelesan tahap asbestos [tiru fena]

kalau dicompare hidup ini dengan hidup orang lain.
maka sangat lahh *%#@$%^##*!!

mari rejam diri sendiri. sampai mati.
dush dush dush. aahhhh.

Monday, August 09, 2010

mahu jadi pakar apa?


ada seorang lelaki ini. masa aku mula-mula kenal dia, aku tak pernah terfikir lansung untuk mengklasifikasikan dia seorang Loser, even orang-orang disekelililng aku banyak yang menerbitkan rasa kasihan terhadapnya kerana tidak habis belajar. itu rezeki masing-masing. tak semua orang jalannya mudah. bagi aku, orang yang tidak habis belajar, bukannya seorang yang loser. dia bisa menyambungkan pembelajarannya dan menjadi seseorang suatu hari nanti. cume semangat yang kuat diperlukan disamping sokongan2 luar dan dalam. heh. cuma dia nak atau tidak sahaja.

dia seorang yang special. special kerana tuhan uji dia. bagi aku ujiannya agak besar, sehingga sekarang masih dalam proses recovery lagi. kalau nak dibandingkan dengan hidup aku, even hidup aku nih pun ada liku liku hiruk pikuk tah hape2, tapi nak jadi setabah dia, aku pun tak tahu aku mampu ke tidak. hehe. tapi aku bukan nak cerita tentang ujian dia, tapi satu detik aku dengan dia. dan aku rasa macam sedikit sengal. sengalan.

pernah sekali aku bertanyakan kepadanya, 'kalau belajar dulu, nak jadi pakar ape?'. aku bertanya dengan perasaan sungguh serius. kemudian dia menjawab, 'nak jadi pakar O&G (obstetric & gynaecology - pakar sakit puan)'. maka aku sangat teruja. sambil mulut aku membebel cerita tentang O&G, midwifery, betapa bestnya melihat bayi-bayi lahir ke dunia. aku teruja kerana aku berminat ke arah itu. dia pun mendengar kata-kata aku dengan penuh semangat. aku masih boleh terbayang lagi mimik mukanya.

suatu hari, setelah aku berkawan rapat dengannya dan berborak-borak macam-macam, aku pun mendapat tahu yang dia sangat 'into orthopedic'. maka aku sedikit keliru dengan pernyataannya yang mengatakan bahawa die mahu jadi pakar O&G dahulu. tapi aku abaikan. heh.

kemudian satu hari lagi, semasa aku didalam train bersamanya, kami diam sahaja. mungkin sangat penat. tiba-tiba aku teringat perihal tentang pembelajaran aku semasa tahun kedua. cara-cara untuk mengases tahap kelembutan sekviks ketika membuat VE (vagina examination). sebab teringatkan tentang itu, aku aku tergelak kecil disebelahnya. dia pun bertanya kenapa aku tergelak kecil, maka aku pun menceritakan kepadanya secara biasa-biasa kerana aku Assume dia serba tahu kerana dia kan minat untuk menjadi pakar O&G. tetapi dia menjadi blur dan aku pun mengeksplain lagi. sehingga dia paham. kemudian dia berkata,

'oh, saya tak sempat lah belajar O&G, ENT (Ear Nose Throat), Eye sume. so, kalau awak nak tipu saya pasal mende-mende nih maka saya percaya. sebab memang tak tahu sangat.'


kemudian aku pun terpinga-pinga. aikk? tak belajar O&G. tapi hari tuh kata mahu jadi Pakar O&G? tapi belum belajar lagi. maka aku pun berasa keliru, tapi aku abaikan. aku diamkan saja. mungkin dia menjawab dengan tidak serius dan main-main sewaktu aku bertanya dengan serius. tapi apa yang nak dihairankan, aku pun bukan siapa-siapa pun waktu itu. hanya budak perempuan yang mulutnya tak berhenti bercakap dan bertanya. hahahahaha.

oklah, aku tak tau pun la aku nak sampaikan apa dalam entry nih. apa yang sengal aku tak tahu. mungkin aku saorang sahaja yang rasa sengalan itu. jadi, alangkah bagusnya jika aku terusan aja ke pertiduran. melayan rasa sengal sengal senak ini hehe. selamat malam untuk yang sudah tidur, dan selamat pagi kepada yang baru nak tidur atau yang baru sahaja bangun dari tidur. salam.

Friday, August 06, 2010

word for today #2

Despicable

From meriiam webster:
so worthless or obnoxious

oooh, tibe2 teringat cerita Despicable Me.
sangat sangat best and comel.
syok syok. ^__^


Edith, Gru, Morga and Agnes.






oohh. part nih sangat sangat comel!
heeee~

Wednesday, August 04, 2010

sebuah pertemuan.

See You D IPT
Unic
Sebuah Pertemuan





Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

sangat teringat pada f.a.g
miss u miss u


Tuesday, August 03, 2010

perasan sikit je takpe kan.


August 2009

Ramadhan 1430H

aku serius rasa COOL and CUTE gila bila berpakaian begini.
macam orang pandai gila! ahaha.



murni with anie



practice pakai sterile gown and glove. hiyark, hiyark!!



tadaa! anie dah siap! yeay~



anie: cepat lah muni. penat dah posing. tak siap-siap lagi ke pakai nye?
muni: woh, jap, jap. tangan basah la. terlekat glove nih!



ok dah siap!! hoyehh3



oh kenangan kat OT. rindu pula.
eh, bukan rindu OT, rindu kawan-kawan ini. :)

random

woh. sangat berbangga terhadap diri sendiri kerana berjaya membasuh kesemua baju dan menghasilkan baju bajuan yang wangi2 di ampaian. sambil ditemani oleh lagu-lagu colbie caillat yang memang tenang dan sesuai untuk die dengar kuat-kuat di rumah bila anda kesorangan. telekong pun dah basuh, dah wangi! hoyeh, ramadhan dengan telekong yang wangi suci bersih! :)) hari menlaundry dengan jayanya. :)

hari ini aku duduk rumah dengan bahagia nya. tanpa perlu makan. senang nye hidup macam nih. aku tak sangka aku buleh duduk diam-diam dalam rumah tanpa makan. cayalah! sape kate hidup untuk makan? padahal kemalasan untuk membeli makanan

tibe-tibe teringat akan pakcik2 di bangi. mereka sume berkereta besar. berkereta mahal-mahal. tapi pabila waktu maghrib dan isyak, pasti mereka hadir dekat surau tepi rumah aku yang kecil itu. oh, sangat bahagia perasaan itu. walaupun kaya raya, tapi masih lagi ingat akhirat. ooh sangat best lah. macam tu baru la teruna terhebat. aku ade jugak intai intai pakcik2 tuh, kot kot la mereka ade anak lelaki yang pergi solat jugak! ahaha. tapi memang serius la kan, susah juga nak suruh2 orang pergi ke masjid/surau untuk solat berjemaah. macam abang2 aku, bukannya rajin sangat pun. tapi sangat-sangat improve bila duduk kat bangi nih. wah, bangi ade aura yang bagus! [oh, kitorang yang perempuan nak solat berjemaah pun agak susah. huu. ramadhan dah dekat, mari berusaha!!]



woh dik non! tak sabar mahu jumpa kau.
dan beri flip flop yang comel itu! ngeh3.
kokni kakak yang baikkk kannn ;p


heheheheeh


ini arnold dan helga.
heheheheeheheheheh
;p

Sunday, August 01, 2010

tak paham lahh

sebelum kita pergi ke topik sebenar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri sendiri yang mula-mula berniat main-main sahaja mahu tidur tak mahu bangun pergi kerja, tapi Allah telah memberi peluang untuk tidur dengan lena sehingga tak bangun-bangun sampai jam 9.24pm yang sepatutnya jam 9pm aku sudah berada di wad untuk memulakan sesi pekerjaan selama 10jam itu. mintak ampun dan maaf kepada rakan sekerja yang terpaksa pulang lewat menunggu kedatanganku ke wad. jasamu dikenang. terima kasih juga diucapkan kerana memberi layanan dan respon yang sangat menggembirakan hati sesampai aku di wad. tiada respon marah-marah ataupun perli-perli yang membuatkan hatiku tenang dah tak dirundung pilu bukan Tilu. hehehe.





oh oh. aku macam tak paham. aku bukan la nak syak wasangka atau bersangka buruk ape yang kau buat even kebarangkalian bahawa kau beritahu orang lain apa yang berlaku adalah sangat besar peratus nya. tapi perlu ke? tak payah la kau nak serabut kan kepala kau dengan menceritakan hal aku kepada umat seluruh alam. dosa kau nanti. oh mungkin la kau consider itu sebagai luahan perasaan, tapi jaga-jaga cik Salmah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. aku tidak bersalah rasanya. hanya emosi dan attitude kau tu yang menyerabutkan hidup kau dan bakal menyerabutkan hidup aku juga kerana aku sudah terasa aura-aura tersebut bakal muncul tapi aku tiada kuasa psikik yang boleh meramal masa hadapan. aku tak rugi apa-apa. betul aku cakap. aku tak rugi. mungkin kau yang akan rugi. mungkin lah. sebab aku tak boleh pun meramal masa hadapan seperti yang aku katakan tadi. maka, aku tak paham kenapa kau berperangai sebegini. tak paham la. tak paham kenapa. maka persoalan yang berlegar di fikiran nih seperti gambar tanda soal diatas. haihh. sila la jadi manusia yang memberi kedamaian dan keselesaan kepada orang lain dan orang sekeliling. oh, kepada yang lain-lain. silalah berfikiran seperti manusia GRED A1, bukan GRED G9. sekian terima kasihhh!