Thursday, January 13, 2011

kaya dan bahagia

entry kali ini aku rasa agak dewasa kerana bercerita begini. hihi. ini semua apa yang aku fikirkan menggunakan otak aku yang sederhana bijak nih sahaja tanpa memikir dari segi aspek, konteks dan perspektif lain. maka siapa yang TERBACA dan tidak berpuas hati dengan apa yang aku cakapkan, maka duduk diam-diam. haha

kaya dan bahagia. kawan aku kata, nak kawen mesti kaya, baru bahagia. sebab dia kata, masa dia ke kursus kahwin, ustaz kata, banyak orang bercerai berai sebab ekonomi yang tak berapa kukuh untuk meneraju sebuah keluarga. bergaduh, hidup tak bahagia, nanti isteri terseksa, anak-anak merana. maka dia pun merisau kerana tak punya harta mahupun kaya raya untuk kahwin, mungkin dia tak kahwin sampai ke tua.

tapi, betul ke kena kaya baru bahagia?

kalau sekarang kau tanya aku, ada duit ke nak kawen? sejujurnye aku cakap memang aku takde duit pun. tapi, aku tengok makcik-makcik kat wad aku, kawan-kawan aku yang dah bertunang, dah kahwin, dengar mereka cerita, yang perempuan tak payah ada duit sangat pun nak kahwin. laki yang kena ada banyak duit dan belanjakan untuk semua majlis kenduri dan apa-apa yang berkenaan dengan majlis perkahwinan yang aku pun tak berapa sure la kan. ye ke? betol ke? itu la yang mereka cakap. aku iye kan saje. tapi tak semestinya, sebab kawan aku yang sorang itu, gigih kerja siang malam, kerja pagi petang mencari duit untuk berkahwin. maka, siapa kata laki sahaja yang kena bayar semua?

aku selalu terfikir, macam mana orang yang masih belajar di kolej, di universiti itu ada duit nak kawen ye? yelah, nak buat majlis perkahwinan lagi. nak menyara hidup bersuami isteri ketika masih belajar. aku selalu tertanya-tanya kerana masa aku belajar dulu pun duit aku cukup-cukup untuk makan minum aku, dan untuk bayar kos pembelajaran. lagi pula yang belajar luar negara. mungkin mereka menabung duit yang di sponsor, sehingga duit mereka banyak, bertimbun sehingga cukup dan mereka pun berkahwin. tapi nanti lepas habis belajar pula macam mana? kalau tak dapat kerja lagi? nak makan apa nanti? [asyik pikir makan je. haha] mungkin mereka ada keluarga yang agak berduit, maka ibubapa yang menolong untuk buat segala majlis perkahwinan. mungkin juga. kan?

aku pernah tanya yah, betul ke kaya baru bahagia? yah kata, tak semestinya. tak semestinya kaya baru bahagia. yang penting ialah mencukupi. cukup untuk basic life macam makan, rumah, kereta tah ape tah lagi. harta boleh dicari. boleh sama-sama suami isteri kumpul harta. setelah berdiskusi bersama, kami menyimpulkan bahawa yang penting suami TAHU , SEDAR dan BERUSAHA serta bijak mencari rezeki dan berbelanja. masa ini lah kesefahaman itu penting. kalau duet tak berapa nak ada, tapi isteri bukan main lagi mahu bershopping, susah juga kan? hurm. yang penting cari rezeki yang halal, dan berkat. kalau rezeki berkat, inshaAllah semua nya mencukupi. :)

anak? nanti kalau dah ada anak macam mana? susu anak, pampers anak, anak sakit? ubat anak? pengasuh? woh woh woh! ini pun aku terfikir jugak. macam mane ye? tapi aku tengok kawan-kawan aku kat wad, tidaklah kaya raya, tapi alhamdulillah aku tengok selepas ada anak takdelah macam sangat tidak ada duit. tapi kalau dia ada masalah kewangan pun takkan dia nak cerita pada aku kan? heheh.

ada sorang staff nurse kat wad aku, sudah ada anak sorang, suami dia berpangkat rendah daripada dia. bila berpangkat rendah, maka mesti lah gaji pun lebih kecil dari gaji staff nurse. tapi walaupun gaji kecil, aku tengok, suami dia gigih cari duit. kalau hari cuti dia pergi mengemas di rumah doktor, mencuci kereta, dan macam-macam lagi. inilah yang aku kata, 'yang penting suami TAHU , SEDAR dan BERUSAHA serta bijak mencari rezeki dan berbelanja'. anak kan rezeki. jangan risau, Allah dah aturkan yang baik-baik kalau kita percaya dan selalu berdoa untuk hidup yang berkat.

tapi betul apa yang kawan aku katakan pada awal tadi. kalau ekonomi keluarga tidak kukuh, mungkin pepecahan dalam sebuah keluarga itu boleh berlaku. trust me, aku tahu. terbukti dah pun. maka, hiduplah secara bersederhana, kerana Allah suka yang sederhana. yang perempuan, kalau mahu kahwin, berpada-padalah dari segi aspek hantaran mas kahwin etc bersepadan dengan kemampuan bakal suami anda. jangan lah minta yang ekstravaganza sehingga bakal suami anda perlu berhutang sana dan sini untuk anda sebab tak seronok pun membayar hutang. kalau anda nak kahwin dan anda impikan selesai diijabkabul suami beri anda kunci rumah banglo siap fully furnished dengan landskap taman luar yang menakjubkan, maka anda berdoalah, dan aku juga doakan anda temu jodoh yang kaya raya. :)

ummi kate, banyakkan memberi. banyakkan bersedekah. Allah sayang dan Allah tolong. :) aku doa aku dapat suami yang TIDAK KEDEKUT. amin. hahah. oh, tadi aku ade terbaca pasal rezeki halal dan rumah sederhana. bacalah kalau nak. haha

errr? $25,000 Muslim Weddings??
Baba Ali oh Baba Ali. JOKE! haha




'Let's go play soccer grandpa!'
haiyooo~

13 comments:

en.openg kale oreng said...

wewitt.muni da dewasa laaaa.hehehe :P

betoi2. kaya seadanya. itu yg baik.hehe. semuanya berkadaran dengan kemampuan dan kemahuan kan.oh! kene jadi suami yang sedar dan tahu la ini macam! :)

oh.baba ali gigi ghongak yang besh!

murniizar said...

yebetoll! berkadar terus dengan kemahuan dan kemampuan. ahahah. iye, sila jadi suami sedar dan tahu! boleh?
hihi. rongak ke gigi baba ali? jarang kot? hahahah

eit, dewasa sikit je!!

en. openg kale oreng lagi said...

tu a. oh.boleh2.mesti boleh. pasti boleh malaysia boleh! satuuu malaysiaa! haha.

sket je ye. bahek.sket pun dewasa juga.heheh

murniizar said...

satuuuuuuu malaysiaa! ahahha. repeks kerepeks. semoga berjaya! :)

oh iye kan. siket pun dewasa juga. hehe

lagi lagi en.open kaler oren said...

hehe.wokeh.semoga berjaya! :)

murniizar said...

yeay! en.openg kaler oreng jage openg jangan bag kepam. muahaahha

en.;open kalr oren kawan pak said...

wo! openg kepam sudah. clorox aa nt!

murniizar said...

gila kau mahu clorox openg saja. nanti dia jadi mufiz. hahaha. clorox giginya saja bhaaa

gopeng said...

haha.biarr bhaa. geram aku oopeng kepam2 bhaa.giginya biar sama bha sama gigi aku bhaa.bhaa bhaa bhaiiyaa aaiya amma.haha

murniizar said...

gopeng perak ke nih? hahahah

ahaha. sabar bha. kau nih, semua mahu clorox. tunggu openg betul2 kepam baru kau clorox, baru nampak hasil yang memberansangkan.

melopeng said...

tak la. gopeng kl.hehe. tgk la yang kawan pak said tu.hahaha

tayah a klorox.nt tak jd openg dah. jd pupeng plak

murniizar said...

pupeng! HAHAHAAHAH~!

murniizar said...

pupeng! HAHAHAAHAH~!