Wednesday, July 14, 2010

sambung ke tak nih?


oh. aku tiba-tiba sangat bersemangat nak sambung belajar. nak sambung degree. ok, bukan la tiba-tiba, aku dah mula fikir2 nih lama la jugak. hajatnya nak buat full time. tapi bile fikir2, kalau tak kerja, nanti tak ada duit nak buat belanja. takkan umi lagi nak support? plus macam2 hal lagi yang perlu diconsiderkan. post basic? oh, aku malas nak attach ngan hospital yang aku kerja sekarang lama-lama. hu.

and memandangkan aku ada kontrak 2tahun dengan hospital yang aku kerja sekarang, dan tidak mahu mengabaikan usiaku selama 2tahun ini kosong, takdelah kosong, banyak je mende aku belajar taim keje nih cewah, maka aku telah mengconsider PJJ (Pengajian Jarak Jauh). walaupun aku masih agak blur2 juga lah pasal PJJ ini, maka aku mengambil inisiatip mengGoogle. oh, jumpa macam-macam! sangat teruja. and sangat takot pun ade.

mampu ke nih?
larat ke? baru keje double syif dah terpleot.
oh, macam takot je.
buleh ke nih?
ohh, macam mana nih??

maka, aku pon mengambil keputusan untuk meletakkan pikiran dan pemikiran ini di sebelah aku, dan sambung berfikir semula esok, atau lusa, atau bila-bila lah. haha.

ye, ye, aku tau aku kene pergi tanya puan-puan, ci aku ke, lecturer ke, seniorita mane2 yang sudah ambil program sebegini supaya aku lebih yakin, jitu, dan mantap serta jelas arah tujunya. huhu.

tapi buat masa sekarang, haruslah aku tidur supaya tak terlepas solat subuh esok pagi. ^_^

2 comments:

Anonymous said...

wah.best.sgt best kalo sambung degree.jgn tetakot dan saya pecaya dan yakin awk mampu.ia normal.sila tanya puan, seperti puan rahimah. beliau sungguh dpt membantu.

sila fikir tp jgn smp stressss =)

murniizar said...

hahaha. itu lah. dah tanye puan rahimah dah ritu. saje burak2 an. sgt best wo. hihi. oh, pikir sket2 je nih. tak banyak. ;p