Thursday, May 12, 2011

jeles sikit ke banyak?

bulan mac lepas, hospital aku ada buat workshop ECG [electrocardiogram]. masa itu, aku nak sangat pergi. tapi aku bercuti, maka nama aku pun tak disenaraikan untuk pergi. sebab aku sangat lah teruja nak pergi kan, aku beritahu sister wad aku, yang aku cuti, tapi aku nak datang juga boleh? sister kata dia cuba, tapi apa yang dirancang tak jadi, maka aku pergi berjalan-jalan ke melaka dan johor.

atas permintaan ramai, workshop ECG itu diadakan sekali lagi. pada 11 Mei. dah nama aku tersenarai! aku rase seronok sangat. teruja nak pergi . alhamdulillah masa itu pun aku dah balik dari Surabaya. tapi tak ada rezeki, masa aku kat surabaya, aku demam teruk. batuk terus. sampai malaysia, aku pergi klinik, doktor bagi MC pada 11Mei . kalau ikutkan hati, aku tanak MC, aku nak pergi juga workshop itu. tapi ummi kata berehat dahulu bagi sihat. memang aku tak berapa larat pun. jalan dalam rumah pun semput. maka, aku redha . cewah . maka kawan aku yang lain yang ganti tempatku ke workshop.

tapiiiiiiiii, aku betul-betul jeles. sebab selepas mereka hadir workshop itu, mereka sangat berilmu beriman beramal. haha . semangat tengok graf ECG, siap terangkan apa yang ditulis dalam graf itu. jeles nye. mereka siap boleh tengok result stress test! 'nampak tak C caplet ni?'. perghh. memang serius aku jeles. bila aku minta tolong ajarkan, mereka ajar, lepas itu kata mereka tak tahu nak ajar. aku tak paham . maka aku jeles dan sedih. huah. sekian.


Surabaya #1 : mission




tanggal 2th may 2011 - 9th may 2011, aku sekeluarga [ummi, kak maya, mawa dan kak ida] berangkat ke Surabaya. semua perempuan hihi . bukan trip berjalan-jalan pun. mission kami ialah:

  • menziarah bibik Wartin di Pasuruan yang jaga kami dulu . to be specific, bibik wartin jaga Mawar dari ummi mengandungkan mawar till mawar umur 2 tahun.
  • menziarah kak Munsifah di Lamongan . kak mun ni pembantu rumah ummi juga. kak mun yang jaga aku dari aku baby sampai besar sikit la. hehe
  • menziarah kinah di Gempol . nur sakinah. sape kinah? kinah anak kawan ummi. entry lame ini dan ini.

maka ummi sebut ini sebagai perjalanan ibadah. menyambung silaturrahim, yang jauh didekatkan. :)

haih, aku semangat nak taip bercerita ni haa, tapi nak kena kemas barang nak balik sentul. kerja. kerja. nanti kelapangan aku sambung. bye.



Wednesday, May 11, 2011

dah lame

woh. dah lama tak rase perasaan nih.
berat2 kat hati. fuuhhh fuhhh. haih.
anda, ajarlah tukarkan code html nih. mane reti.

Tuesday, May 10, 2011

safe

alhamdulillah, sampai di Malaysia dengan selamat.
touch down jam 2140hrs. angkat-angkat beg.
gerak balik sampai rumah jam 2400hrs.
terbatuk-batuk, semput-semput, pening kepala.
heheh, lega dah sampai umah.
sampai umah, dengar cerita saspen abam. haha.
oh, daku sangat membuncit di pam pam pam.
huduh gile. tak tahu muat ke tidak uniform. huu. risau!

Monday, May 02, 2011

bye!

travelling mode is ON~!
bye bye Malaysia. cewah.

*orang malaysia rindu sikit2 okey :)
take care! jangan tak makan pulak.
wishing u all the best!

ok bye. salam.
i'll be back in 7days. ^_^