Sunday, October 10, 2010

di suatu pagi ahad yang indah

D ialah Doctor. A ialah Aku.

kisah satu.

D: berape glucose patient tu?
A: belum ambik lagi dokter. patient kat toilet.
D: huh? belum ambik? kenape belum ambik? kan saya dah bgtau.. bla bla bla bla bla bla bla. sape yang nurse sekarang? awak ke patient?
A: dokter rase2 sape yang nurse? saya ke patient? ha? ha? ha?

ohh, takk lah. aku tak jawab macam tuh. aku jawab:

A: saya lah nurse. (kemudian daku beredar sahaja. banyak lagi keje aku nak buat. maka doktor pon marah pada orang lain pula)

kisah 2

D: u all nih, buat keje yang saya suruh pun tak boleh. bende simple je pon. tengok patient tuh makan apa. pukul berape. itu pon tak boleh buat? hish. nonsense lah u all.
A: (diam) (sambil melihat dokter menekan2 butang telefon bimbit, mungkin menalipon kawan die)
D: hello. bla bla bla bla. u know what, nurses here, bla bla bla bla. stupid. bla bla bla.
A: (maka aku pon mencelah) ehhh, stupid pulak?? kalau aku stupid kenape kau bagi aku keje jage patient ko tuhhh. kalo ko pandai sangat, ko lah duk sini siang malam jage patient nih ha. baru tau degil ke tak. ha. sebok bagi kat orang bodoh jage eh? eh? eh?

ohh, takk lah. aku tak jawab macam tuh. aku jawab:

erm. aku tak jawab apa-apa. aku diam je tengok die bebel. lepas tu die sambung bebel kat aku balik. hoyehhhaish.

haha. kan best kalau boleh jawab macam tuh. hahah. tapi tak mungkin. inshaAllah aku cube la menahan sabar. selagi aku tak kene hentam teruk, tak kene maki hamun yang buat aku naik hangin jugak, maka aku bersabar la. sebab. kalau aku kurang ajar cam tak senonoh, mesti aku mereflek pada didikan ummi buya. nati mereka kata ummi buya tak pandai didik anak pulak kan? maka, diamkan. tapi aku bukan la diam tak membela diri. banyak lagi scene2 aku cube mempertahankan diri. tapi kalo berlawan cakap dengan org marah, buat penat aku je kan. dia bukan nak dengar. hihi. oklah tuh. manusia, marilah pupuk sabar. huhu.


2 comments:

Afra' Azam said...

hebak tul jadi nurse an.

selamt maju jaya murni!

murniizar said...

cik puan afra'!
heheh. hebat ke? hehe. selamat maju jaya untuk awak jugaks!!