Tuesday, September 28, 2010

menangislah dibahuku

lepas solat subuh pagi tadi, aku bermalasan2 di pembaringan. malas lagi mahu bangun, sebab kejap lagi nak keje petang, maka kene rehat lebih sikit. cewahh. ummi memang kebiasaannye lepas solat subuh akan dengar ikim, takpon bukak tv tengok cerita 'Tanyalah Ustaz'. tapi maybe sebab pagi tadi aku tergolek depan tv, ummi tanak la mengganggu aksi2 tergolek aku tu, maka ummi pon mendengar ikim. tengah aku baring2 tu, dengar la jugak sikit2 ape radio itu bercerita. pasal ibu mithali besarkan anak die 17orang, sume ade degree. alhamdulillah. terbayang2 muke ummi penat-penat besarkan kitorang. hu. syurga untuk ummi and buya. amin. oh then time abes program tuh, tiba-tiba aku terdengar lagu nih. sedap pulak. lirik dia best. pastu suruh-suruh orang nanges. aahaha. aku pon terus la download. ahaha. maka aku pon nak ternanges bila dengar lagu nih. best lah. ada org suruh nanges. hihihi. saje lah aku letak kat sini. hihi.

Menangislah dibahuku

[by Firdaus]

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … dibahuku ku disini untukmu
Menangislah … dibahuku kerna ku sahabatmu

^____^

nak download? SINI :)

Moo Moo Sha paling baik kahwin - Part 3


APA PERASAAN ANDA?

sesi temubual antara adik beradik snoll.
interviewer ialah Fiqri Dizar dengan invisible microphone die.
jawapan sungguh mengarot masing-masing. haha
oh oh, sesape yang ade menenengok gambar2 di fb maklang Jaja,
ada gambar2 adik beradik snoll ini bertemubual.
maka, inilah isi2 temubual mereka.
saksikan la- Di Sebalik Tabir Invisible Microphone.
[ gamba tak bes pon sebab gune hp buruk daku. heh ]





Monday, September 27, 2010

Moo Moo Sha paling baik kahwin - Part 2

25th September 2010.
hari nikah abam ngan kak qamah.


afiqi kene pakse untuk merekod detik terindah ini. cewah.
mintak mahaplah ye di atas kualiti video yang sangat lah buruk.
takpelah, nanti kite beli kamera and camcorder baru yeh ABS!
hoyehh! :)




oh, video nih pon aku edit2 gune iMovie yang memang haram aku tak tahu langsung nak gune. sampai file pon tak rename. 'New Project 1' ?? ahaha. syukur kepada allah sebab jadi jugak sikit. ahahaha. hampeh la muni. -_-'

ha, kat bawah nih gegambo hantaran.
ni pun aku kutip je gambo nih kat fb maklang plus dr c901 tu lah.
ade gelap terang. hamtam sajalahh. hahaha


from kak qamah



from abam. thanks to kak An yang buat hantaran :)

maka, sekian wasalam.
wooh, aku dah ade kakak iporr!! haha

Mufiz




haritu baru aku perasan aku takde pulak gamba2 dengan mufiz. hihi.
maka, satu hari yang bosan2 mase hari raye hari tuh, aku pon begambarlah bersama.
oohh, gamba ini telah di edit. maka, u will never know ape kaler sebenar mufiz. HAHA
thanks to pemberi mufiz :)


Sunday, September 26, 2010

shila


oh. sangat suka gambar ini. shila with aiman.
sangat suwiiittt je. tak sangke shila pandai pose ceni.
huu, aiman pon dah besar. cepat2 belajar, hafal dan cepat balik ye dari mesir itu :)
and get well soon to macik alawiyah yang sakit cholecystitis.
shila, sgt rindu untuk merepek dengan kamu. :)

sikat

aku nak beli sikat. sikat yang kuat dan banyak gigi and sisirnye. so that buleh sikat keserabutan dalam kepala aku nih. serabot. macam wayar hijau merah kuning hitam. jangan usik yang hitam, nati tebabomm! haha. woh, nak beli sikat. nak cari sikat nih mesti perlukan kesabaran plus kerasionalan dan ketenangan. ok, si-serabot-kepala nak tido. moga mimpi jumpa sikat kuat dan cantik.

aku ok jer sebenanye. saje buat entry macam nih. haha

wahai adik beradik. semoga kita semua tabah. amin. ^________^

Friday, September 24, 2010

Moo Moo Sha paling baik kahwin- part 1


wah, big BIG bro mahu kahwen! sangat eksaitedd! :)
disebabkan abam yang first nak masuk bab kahwen mengahwen nih, maka kami sangat la jahil ilmu2 perkahwenan. kununnye nak prektis pakai samping, tibe2 haprak sorang pun tak tahu nak pakaikan kat abam. nak buat bolot2 bunge itu kan. google punye google, video kat utube pun dah try, tapi tak elok gak abam pakai. musykill, nape tak hemsem nih? hu. rupa-rupanya perot abam vuncitt sangat, tak muat samping. hehehe. ahaha. tipu lahh kan. kitorang yang tak reti. hehe ;p

lepas try men-try pakai samping, kami yang pompuan2 nih pon tak ketinggalan memakai samping serta tanjak/tengkoloks abam kene pakai inai pulak! siap tak tahu kan nak pakai jari mende. tahulah 3jari last, tapi tangan belah mane kannn. then tepon abg pesal, tanye die pakai inai kat jari ape kan sebab die pon baru kahwen. maka, abg pesal pon menurunkan sedikit la ilmu2 dan checklist untuk abam. maka kami pon temankan n tolong aa abam pakai inai. haha, sangat poyo la itu abam nak mengeluarkan teori2 pemakaian inai die. hahaha ;p



abam yang khusyukk mentacap jari jemari die nak jadikan kelonsong. haha, macam menyimen jari. kami yang perempuan2 terpaksa keluar dari frame kerana terlalu seksi. haha.
oh, sepahnye rumah! T__T



sesi pembalutan jari supaya dapat tidur dengan tenang dan tidak comots.



siap! ready to selipp. prektis senyum aa tuh untuk esok.
ohh, gamba Moo Moo Sha terpakse di-erase bagi keselamatan penduduk dunia.



alatan2 berinai. oh, ada lebih.
maka, lebihan ini dieksperimenkan pula pada jari jemari yang perempuan2 ini. haha



abam kengkonon aa ngantuk2. tepuk kang! ahah ;p

okeh, esok nikah. fewwit.

score kita


saya tinggalkan kamu di saat mahu keluar : 2 Kali
kamu mencantas perasaan eksaited saya : 2 Kali

wah, sudah seri! ahaha
^______________^
sama-sama padan muka! ;p

betollah ustazah Siti Nor Bahiyah tu cakap,
Anda buat, anda dapat. hu

Sunday, September 19, 2010

i want to END this. now

sudah. sudah. jangan tengok. berhenti menengok. berhenti mengorek-ngorek. supaya kau tak jeles ye murni. stop stop. sudahh. sudah laa tuhh [ :)) ] wohohohoh. susahnye.

Wednesday, September 15, 2010

labour room.


"okehh, sekarang tarik nafass dalam-dalam, tahaaannn, dagu ke dada, then terannn. ok lagi, lagi, lagi, lagi, lagiii. bagus bagus bagus! pandaii. panjang panjangg! okeh, tarik napasss, tahannn, terannn. lagi lagi lagiii macam geram. geram! geram geram! pegang kaki, lagi lagi lagi. pandaii pandaii. Allahuakbar! lagi lagiii. okeh contraction dah abes. rehat dulu ye. tarik napas, lepasss. minum air dulu."

haa. itu lah antara ayat-ayat sokongan ketika push push nak kuarkan baby. dah macam pasukan sorak pom pom girl dah bile memberi semangat nak meneran. maken kuat bile kepala rambut2 dah nampak. huhu. memang sangat saspen ye kawan2. aku pun rase nak meneran sekali. ahahah. serius, kene meneran betul, teknik yang betul, semangat kene kuat. kalo tidak babymu tidak akan keluar. huu. sangat best best.

sakit ke? aku pun tak tahu la rasenye macam mane. but im sure memang extremely sakit. sakit giler. mase servix blum fully open pun ibu2 ni sudah tidak keruan, pusing sana dan sini. tarik sana, tarik sini. tarik cadar, tarik bantal. tarik baju suami, tarik rambut suami, tarik kepala suami, pegang tangan suami sampai nak patahh. ho ho ho. sakit tuh. fuh fuh fuh. kalo yang non muslim and non malay, terjerit2 pun ada. orang melayu bersopan santun. sikit je suara keluar. sopan. baguss.

aku rase sumorang perlu pegi antenatal clas if berkesempatan. even kadang2 proses deliver end up with oprate [lscs]. takpon google n usha kat utube untuk belajar demi menjauhi prolonged 2nd stage ;p lagipun, ianya ilmu kan? dapat pahle.

caucincau~

Tuesday, September 14, 2010

pilih jangan tak pilih.

tadi terserempak matron datang wad. tiba-tiba dia tanye samada aku berminat atau tidak untuk kerja di labour room. then mahu hantar aku pegi post basic midwife. huuu. kompius sebab aku dah tetibe kearah ICU pulak even dulu aku tergedik-gedik nak duduk labour room. ahaha. tiba daus cakap kat ICU ada kekosongan pulak. wah. kenapekah begini. kan best kalau nak pilih ni macam nak pilih kueh raye. ahaha. takpe la. pikir lain kali. jom berendang dan berketupat dulu. ngeh3.

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya.

woho. tadi pagi baru je pegi sembahyang raye.
tibe-tibe petang dah sampai kat hospital pulakk.
macam mimpi. hehehe.
oh, tadi aku sempat bergambar sebanyak 4keping je. ahah ;p


selamat hari raya dari kami insan yang bekerja di hari raya. cewahh ;p

ingat nak buh gambo raye, tapi camera misplace, tatau katne. hahahah ;0

Monday, September 06, 2010

roster dah keluar


wowoho. contengan before wad di tutup. macam sesekolah dulu pulak.


feewiitt. kerja dihari raya. satu hari di hari raya. aku kerja sampai raya ke-6. then cti la untuk beberapa hari. wuhuu, kerja di wad orang lain ni lah yang masalah nye. nak meng-adapt-kan diri. semoga aku berjaya. ohh, aku dipost ke Labour room! woot woot, tengok baby lahir. oh, tapi aku takot jaga, sebab aku tak tahu nak buat ape. ahaha. hentam je laa~

oh, aku baru pindah dirumah baru. letih betol mengangkut barang-barang. baru lepas keje malam pulak, memang penat nye sagt terasa. sampai sakit2 lenguh2 tangan. tapi aku suka rumah baru. nantilah aku cerita kenapa. hehehe :) next post lah kalo rajen hahaha

huhu. duk rumah baru, maka internet pon tarak. maka lepas raya la baru nak pegi tm. maka, bile rase nak cerita apa-apa kat belog, aku pon taip la kat textEdit. hu, kesian.