Friday, June 04, 2010

kehadiran yang membahagiakan

ini adalah entry yang sweet yang di post oleh hazirah aka yah di blog nya. kite re-post ini. mintak izin ye yah. ;p

___________________________________________________

title: Alwan + Murni.

Di bawah ialah orang yang aku sangat-sangat sayang. (aku musykil aku taip perkataan 'sayang' tu. Tapi takpelah, demi korang berdua. Ngee)

wah, tiga tiga pakai spek laah! memang dr dulu pon kan.

Alwan Nadiah (berbaju ungu) ialah rakan baik aku sejak sekolah rendah lagi. Perkenalan kami terjadi ketika Alwan dan Hanisah(anja) mengajak aku duduk bersama di dalam bas ketika pulang ke rumah. Ngee. Macam-macam benda jadi masa sekolah rendah. Pernah satu waktu, ada dua orang laki (nama di rahsiakan) asyik ikut je memane kitorang pergi. Aku dan Alwan pun buat report dekat Muallimah. Tapi dua orang lelaki hampeh tu tak nak mengaku. So, nak buat apa kan? Biarkan jelah.

Bila darjah 4, Alwan pindah sekolah. :( Sejak dari tu, kami sering mengutus surat. Sweet kan? Cerita itu dan ini dalam surat, pasal kawan-kawan, pasal sukan, pasal itu ini. Sampaikan family aku ejek aku dengan lagu 'teman sejati' yang kumpulan Brothers nyanyi tu. Huh. Form 1 pulak, Alwan masuk Hira' semula. Hoooray! Perhubungan kembali terjalin. Biasalah, ada pasang surut macam orang bercinta jugak. Ngee. Alhamdulillah, semua dapat di atasi (:. Alwan ni senang je. Rutin harian dia lebih kurang je tak berubah. Even apa makanan yang akan dia beli pun satu sekolah boleh hafal (coklat zip, milo, makanan pilihan, roki, dll). Masa form 3, Alwan dorm sama dengan aku, dorm Khadijah. Hah seronoklah kan. Paling tak boleh lupa, alwan macam doktor peribadi aku jugak. Bila aku demam je dia akan paksa aku makan ubat. Patah-patahkan panadol tu jadi kecik supaya aku boleh telan (aku takleh telan ubat). Macam-macam lah. Sangat terharu! (:

Murni Izar (berbaju coklat) juga kawan sekolah rendah aku. Cuma aku lebih rapat dengan Murni waktu sekolah menengah. Kami sekelas, 1 Ibn Kathir. Seronok kelas tu sebab semangat nak lawan keceriaan dengan kelas-kelas lain. Hee. Sampai gaduh-gaduh semata-mata hal keceriaan kelas. Kelakar. Sejak dari tu, kami jadi kawan. Tambahan lagi bila aku sama dorm dengan Murni masa tingkatan tiga, sama jugak dengan Alwan, dorm Khadijah. Kitorang pernah buat lakonan bertajuk, "Hanya kerana janji yang satu". Haa, lakonan ni menang dapat tempat pertama. Perh sungguh tak sia-sia usaha berlatih selama sebulan! Gila jiwang punya cerita sampai orang menangis2 tengok. Heh. Rindu okey?

Murni orangnya kreatif. Kalau ada keceriaan dalam kelas tu serah je dekat Murni. Haa, masa form4 pulak. Aku jadi ajk pameran untuk ihtifal. Murnilah orang paling sesuai untuk di pilih menjadi AJK keceriaan. Murni dan Feyna. Serius, sangat cantik! Kalau kita boleh putar balik masa, buat semua tu sama-sama, mesti seronok kan ? (: Murni peneman aku untuk ke book fair. Memang dari sekolah tu kalau nak pergi book fair harus bersama Murni. Nanti kita borong buku banyak-banyak lepastu 2-3tahun baru habis kan baca. Huhu.

Alwan, Aku, Murni(kanan) ialah sahabat-ktm-subang-jaya. Kami rindu ktm subang jaya. Eheh. Kami orang subang+petaling jaya. Kami mahu jadi orang berjaya. Takdelah, dulu zaman sekolah, kitorang kalau nak kemana-mana je selalunya jumpa kat ktm subang jaya. Tu je paling dekat. Masa tu mana ada lesen kan. Alaa, sekarang pun ada lesen takde kereta. Alwan je ada kereta. Keke. Kalau nak keluar, pergi pc fair, book fair, mid valley, klcc, semuanya lah jumpa dekat ktm subang jaya. Wee. Best! Sekarang je dah tak jumpa kat ktm subang jaya, kan?

Lepas SPM, memasing meneruskan hala tuju. Murni dengan nursing nya. Alwan dengan accounting nya. Aku dengan kemanusiaannya. Huhu. Yang penting kita punya arah hidup yang sama, InsyALLAH :D.

Banyaaaak lagi aku nak cerita. Kalau cerita semuanya, boleh beratus muka surat jadinya. Siap satu novel. Huhu. Tapi nanti kitorang bertiga je la yang beli. Huhu. Wokeh.

Semoga ukhuwah kami kekal sehingga ke anak cucu. Amin!

___________________________________________________

ini adalah ulasan seiring kite terhadap entry awak. :)

serius yah. perkataan sayang awak itu sangat men'touching' feeling kite nih. ahaha. sebab kite tahu, kalau word sayang tu dari awak, itu maksudnya memang benar-benar sayang. ^_^ hihi.

huu. kite rasa sangat bersyukur kepada Allah sebab temukan kita, dan kawan2 lain jugak. memang rasa kamu berdua sangat2 bernilai dalam hidup kite nih. serius! memang sangat betul awak cakap yah, kita boleh jadi 'diri sendiri' yang sangat bongek, sangat matang, sangat senget, sangat baik, sangat tak gune, sangat solehah, bila bersame2. mungkin kite dibesarkan dalam suasana yang sama, suasana yang nyaman even each of us bukan dapat menyerap sume aura2 baik/tarbiyah itu. huhu. tapi sgt best la. kamu semua adalah zon selesa saya. ^_^

ni bukan nak kate gedik. cuma kadang2 kita perlu la pikirkan future. cewah. kite selalu pikir dan berdoa, selain kite dapat suami yang sangat hebat bertarung dengan lipas, kite juga mahu suami yang boleh membenarkan awak, awan, kite plus kawan lain untuk bersama2 selalu. :) amin. [yah, cepat amin! ;p] oh oh! berangan ngan korang mmg sgt best! hahaha.

hanya kerana janji yang satu itu memang memori yang sangat best. memang rindu. awan memang sebijik cam makcik2 kecoh! ;p tak sangke kan orang sume leh nanges2 tgk cite itu. huhu. wooh, kite pon tulis banyak jugak. tapi sudah sampai masa nak pegi keje, baju tak iron lagi. hehe. thanks kerana entry ini membuatkan kite rasa 'diriku begitu beharga!' :)

pssstt yah, awak kan pandai buat2 ayat2, cerita2 yang best. sila lah teruskan. takpe je kalo kita bertiga je yang beli. takpon awak buat muvi. hah, cam mak awak cakap. :) lagi satu, lepas market Bintang dah tak femes, awan dah tak beli makanan pilihan dah kan? huu. kite pon rindu kumbang badak. (:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini bersepakat untuk mengasihi-Mu, betemu untuk mentaati-Mu, bersatu untuk dakwah-Mu,, berjanji untuk menolong syariat-Mu. Ya Allah, eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.”


amin. amin. amin ya rabbal alamin.


2 comments:

musaf said...

nak kekal ke anak cucu kene la kawen cepat. kalo tak mcm mana nk dapat anak dan cucu kn? haha

murniizar said...

ahaha. yelah, yelah, kitorang nak kawen la nih~! ;p