Monday, March 30, 2009

dah balik

huii..dah balik.
dah balik dari hospital bahgie~
mase kat sane baru tau. takle panggel tanjung rambutan.
kite kene panggel haspital bahagia, or bahagia, or warga bahagia~
sbb nak umah pikiran masyarakat.
ala...cam umah org2 tue kan. kan kite panggel umah kenange, eh kenangan~
ahaha. so pasnih kite panggel bahagia~ :P
kene siapkan report yang 2weeks yang berjela2 tuh dulu, baru bleh updet berjela2. hahha~
later :P

Sunday, March 15, 2009

away~

salam
doakan saya baik2 saja di hospital bahagia tanjung rambutan tuh ya!
banyak mende yang baru n UNPREDICTABLE yang perlu di EXPECT.
moga saya belajar banyak, dijauhkan dari mental illness. amin.
tata!
salam alayk

Saturday, March 14, 2009

karangan 'terbaik'

salam. huhu, mawar bg emel ni. agak menarek jugak la. sbb mase bace teringat lak zaman skolah dulu. mase exam teringin jagak nak wat karangan ceni. hik3, tapi takkan la kan~ tapi yang nih tatau la betol2 ke karangan 'terbaik' UPSR 2007. tak kesah la kan.. :P mari!

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati.. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Hahahahaha!

saje part 2~

hahah~usha2 gamba..
tertengok lak gamba2 nih. heheh :P


















Wednesday, March 04, 2009

semen gatal

salam sume. lame tak buat entry panjang2. hahahaa~ macam2 jadi, sedih pilu ngek ade. tapi saya cerita yang menarek je la ek. ahaha.

peristiwa 1 :
mase posting kat ward neuro, ade satu uncle indian. panggel uncle T je la eh. uncle T masuk ward balik sebab recurrent epilepsy [sawan berulang] sebab die tak makan ubat. ble tanye makan ubt ke tak, die kate tak ingat. die ade family,tapi tatau mane. uncle T hemiplegia, badan sebelah kiri tak bleh gerak. kepale die berlekuk sebab dah buat craniectomy. uncle T yang kurang upaya ni asek kene bebel la ngan nurse sebab tak makan ubat. sgt bahaye ok. boleh relapse bejuta2 kali kalo tak makan ubat antisawan tuh. tengokkan keadaan pakcik tuh, kene la tolong serba banyak. makan kene suapkan. nak minum kene hale kan straw kat mulut die. melalui asesmen saya, kukunya sangat panjang. jadi, saya pon mintak izin nak potong kuku uncle T. sambil potong sambil borak. saya duduk betol2 sebelah dia. die tgk je saya. saya pon tanye 'uncle nampak saya ke??' sebab mate uncle T sebelah cam tertutup. patu die jawab 'nampak, cantik~'. saya 'aish uncle nih'. uncle T 'ya, betol2. manyak cantik.' saya senyum kemudian kate ' semua yang tuhan jadikan semua cantik kan uncle?'. uncle T : 'yes, yes, betol2.' say pon tros la mengerat kuku uncle T sampai cun. kebetulan pula itu adalah hari terakhir saya di ward tersebot. dah jadi kebiasaan, kalo hari last, mesti pegi every katil, cakap thanks. sampai kat katil uncle T, saya pon cakap 'babai uncle..jage diri baik2, bla3' then uncle reply, tapi saya tak denga sangat die ckp ape. then saya dekatkan kepale paras mulut die la kan, tibe-tibe...die letak tangan die kat kepala saya (macam dalam tv yang mintak restu ayah mak tuh) dan cakap 'semoga tuhan kurniakan...' tapi disebabkan saya tekejut die letak tgn, saya teros la diri, tak bape denga uncle T cakap 'kurniakan ape...' ahahah~moge kurniakan yang baek2 eh uncle~ :) tq.

peristiwa 2:
kakak kesayangan saya dah fly ke turkey. sudah seminggu lebih. hu, syok, hari2 snowing plak tuh. skang die tgh wat experimen 'senyuman paling kiut untuk jejaka' di turkey. untuk lebih lanjut, sini. ahaha, kakmaya, jage diri baik2, jangan sakit, kang ummi plak kene fly ke erzurum pule. ahahah! :P kim salam pakcik borluj!!

peristiwa 3:
satu hari berada di operation theater OT. dari pukul 8 pagi till 2ptg. berdiri tgk n bantu sikit2 doktor and staffnurse nak buat keje. diri tanpe duduk ok? buleh patah kaki tau! tgk operation cataract (phacoemulsification) patuh masukkan lens baru (IOL). patient yang ke-4, yang last. nenek indian. tapi saya panggel die auntie sebab tatau nenek bahse tamil ape. takan nak pangge nanny kots?? :P rasenye die paling lame sbb die special case sket an. time dah kol 1 lebih. saya sangat2 lenguh kaki n tak larat. ahaha, haus gile. (menci oh masuk OT, dah la kene pakai serkup je? betape tak rela aku, hodoh gile prangai tak bagi pakai tudong!) doktor pon lenguh2 badan duk fokus nak buat an, even die duduk kat kusi. ehehe. nak dekat2 kol2 baru abes. so, saya pon prepare kan wheelchair. tolong auntie tuh duk kat wheelchair. patu cover auntie tuh ngan selimut. (tahulah bahawa OT sangat sejokkk!!!) sebelum nak cover auntie tuh, saya suh die letak tgn die atas peha. then saya cover. tibe2 die nak kuarkan tgn die balik. then auntie panggel macam nak bisik something. saya pon rapatkan kepale kat die sebab die cakap pelahan gile. mase saya mendekatkan kepala tuh, tibe2 die pegang muka, pastu cium due2 belah pipi!! ahaha, tekejot la makcik! saya pon kate 'auntie, bukan saye yang operate, doktor tuh' sambil tunjuk kat dokter. doktor dah gelak2~ auntie tuh pandang saya dengan penuh makne lagi sebab die tak bape denga saya kate ape. hahahah! :P ilang sume stress n penat sehari di OT. ngeee~!

peristiwa 4:
dialah insan yang mmg aku tamau jumpe kat sepital tuh. die attendan yang anta makanan. die sgt ske pandang orang macam tembus teros ke dalam~ ahaha, ngok ngek! seminggu die takde, hidup aman damai. tapi sekali terserempak die kat kafe. arghh! lariiiiiii~!! kalo tak lari mesti die dtg dekat nak borak. nyampah. hope tak jumpe die dah.

peristiwa 5:
selama berada di 3minggu hospital sg.Buloh, saya berkenalan dengan beberapa org yang sangat baik. pertame: staff nurse Fifi (bukan nama sebenar) yang sgt memahami, rileks, dan mengajar saya. (tak sume org nak mengajar ok?) die la satu2 staff yang saya jumpe yang betol2 jage patient macam jage diri sendiri. kedua: Dr. Ayi (bukan nama sebenar) yang betol2 perasan akan kewujudan kami di bilik anda. jom kite lumbe sape yang tau banyak pasal tuning fork therapy ok? hek3. ketiga: MA afi (bukan nama sebenar) yang sangat2 baik menolong kitorg. even kamu tak bape mengajar pon, tapi kamu paling mesra and selalu back up saya dan rakan2. (MA afi ni siap sound boss die bile boss die tuh marah kitorng. sebab die yang paling tau kitorg rajen n banyak menolong. yeyeh!) tapi saya sedar saya tak banyak bertanye. tapi pahami lah, kami sgt malu kerana kamu semua lelaki berkumpul di bilik tuh, membuat kami tidak selesa. abaikan group kawan2 saya yang lain kerana mereka ade jejaka yang bole memulakan perbualan. anyway, lesung pipit kamu saya sgt suka! ahahaha~ :P tq sgt2 sume.

peristiwa 6:
arini saya pakai cast atau POP. tahukah anda? POP is plaster of Paris, semen yang org pasang kat anggota yang patah an. sbb saye posting lat klinik ortho, saya pasang kat tgn saya. untuk merasai lebih mendalam ape rasenya ade POP. kawan saya pasangkan untuk saya di bawah penyeliaan MA afi. mule2 pakai rase selesa je. cume berat sikit. tapi skang nih (i mean btol2 skang) rase gatal2, panas..err..tak selesa. patut la bile bukak POP patient lain, ade syiling la, lidi la. mereka gatal rupenye. haiya! esok baru nak bukak. ye, saye menaip entry nih dengan tangan yang berPOP. terjengket2 jari i~ ahahah. abes sisi laptop ni putih2 tekene semen. ahaha. susah nak buat keje. ni main2 je, yang btol2 patah uh, lagi seksa kan? hurm. nak basuh baju nih...camne??

ni cast POP saya.







sekarang saya suke pule lagu raja jatuh cinta by numata. nape tah. ahaha. sekian.
p/s: gatal, gatal, gatalnye tangan!!