Sunday, May 29, 2011

jururawat.


aku terbaca artikel Metro. nak letak kat sini.

MUNGKIN agak terlewat untuk saya mengucapkan selamat Hari Jururawat yang disambut pada 12 Mei lalu. Namun, ada perkara yang menarik untuk dikongsi mengenai dunia jururawat bersama masyarakat pada hari ini. Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat. Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.
Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.
Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa. Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.


Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi. Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.


Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.
Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan. Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.


Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia. Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi? Hargailah jasa mereka.

masa aku bace, tiba-tiba berair pula mata. terasa tersentuh kat hati. sebab itu semua apa yang aku buat, apa yang aku rasa. tapi ada lah yang aku tak setuju. ada je pesakit baik. terima kasih banyak kali. bunga-bunga rasa hati. kritik? hahaha. ada je jururawat kritik-kritik. tu lah mencabarnya, dah buat kerja baik-baik, bila mulut terlepas cakap, pahala pun melayang~~

susah jugak lah sebenarnya nak jaga hati supaya bersabar dan bersabar dan ikhlas. huhu. okelah, jururawat nak tidur nih. esok kene kerja pagi dan petang. 7am-9pm. kene minum Extra Josss nih. HAHAHAHAH!


Saturday, May 28, 2011

Surabaya #4 : lumpur

misi ke Lamongan nak berjumpa dengan kak munsipah mula pada 3rd day kat sana. lebih kurang 5jam perjalanan pergi. kalo balik campor lagi 5jam, maka 10 jam. masa on the way ke Lamongan, akan lalu satu tempat namanya Lapindo. area Kabupaten Sidoarjo tak salah aku. sebenarnya nak keluar ke surabaya memang kene lalu tempat ini pun. Lapindo atau Lumpur Lapindo ini dulu tempat perumahan la. kira ada orang, ada rumah, ada life. kenapa lumpur? sebab, tahun 2006 masa syarikat minyak nak carik minyak, tebuk bumi ni nak amek minyak, ada earthquake, tah macam mana minyak tak dapat, keluar lumpur-lumpur yang sangat banyak berasap2 sampai tenggelamkan semua rumah2. semua orang kene keluar rumah. tinggalkan rumah mereka dan tak tahu nak kemana. kasihan tau . sape yang ada geran rumah, dapatlah pampasan, yang bina rumah takde geran tak dapat apa. rumah dah tenggelam. kak ilul cerita , ada yang gila, trauma sebab hilang tempat tinggal. kalau amik lumpur tuh, nyalakan api leh buat masak sebab lumpur dah campor dgn minyak. hehe . tapi dalam kesusahan itu, mereka bijak juga mencipta kerja. jadi penunjuk jalan. siapa tak tahu jalan, nanti mereka bawak la. then bayar. kalau tak silap lumpur tuh sampai sekarang still keluar. so mereka kene buat benteng tinggi untuk tanak bagi lumpur melimpah keluar jalan. sekarang Lapindo tu jadi tempat singgah untuk pelancong nak tengok. aku sempat lah snap sekeping dua gamba tembok. hihi.



oh, yang ni aku ambil dari google.
kalau click link atas, ada gamba yang lagi best.



ehe, yang nih pun. abes tenggelam la. adoi.



ha, yang ini aku yang snap gune henpon tak berapa nak canggih pun.
gambar tembok dari luar yang nak tahan lumpur melimpah ke luar.
hihi. siap ada khemah kecil kat atas tuh untuk pelancong nak tengok lumpur.
tapi kami tak berhenti tengok pon. panas!



itu lelaki berdiri tuh antara orang-orang yang mencari rezeki dengan menunjuk jalan.
tapi kadang depa tuh bawak jalan jauh-jauh pusing2, maka kene la bayar mahal sikit. kui3.



alaaaaaaaaa! blogger takleh nak upload gamba cun cun. rosak semua nya. nanti la aku sambung cerita rumah kak mun. tak ade gambar takde feel. chewah. ok bai. nanti aku sambung kat entry yang ni jugak. :)


layan ke?






aku tiba-tiba suka lagu nih.
Shahir af8- Luar Biasa






oh, yang nih pun comel. sedap pulak tuh :)
Almawlid - Cahaya Seluruh Alam



tak sangka aku suka lagu shahir -_-''
huaaargghhh

Friday, May 27, 2011

tak ada umph!




hari ini adalah hari kedua tersedih tahun 2011.
rasa hati kene tebuk pakai craft punch million million million kali.
rasa sedih lagi sedih dari cerita nur kasih.
inilah yang dinamakan HIDUP.


Thursday, May 26, 2011

terasa sesuatu

ada seorang budak yang baik. aku tak tahu kenapa, budak baik itu seperti tidak mahu berkawan dengan aku. mungkin aku ada terbuat salah yang mungkin budak baik itu tak sangka orang seperti aku ini melakukan yang sedemikian. mungkin. tapi, budak baik itu masih senyum padaku walaupun dia enggan bercakap denganku. tiada apa yang nak dihairankan kerana aku bukanlah selalu bercakap dengan budak baik itu, tetapi terdetik sesuatu apabila budak baik itu berkelakuan sedemikian. mungkin aku telah melakukan sesuatu.

entahlah. sedih pula. T_T sobs. mungkin aku perlu katakan Tidak.

Luar biasa. Landah senja suria padamu. Lalu menusukku.
Luar biasa suara. Siksa membisu. Akhirnya membunuhmu.