Saturday, May 28, 2011

Surabaya #4 : lumpur

misi ke Lamongan nak berjumpa dengan kak munsipah mula pada 3rd day kat sana. lebih kurang 5jam perjalanan pergi. kalo balik campor lagi 5jam, maka 10 jam. masa on the way ke Lamongan, akan lalu satu tempat namanya Lapindo. area Kabupaten Sidoarjo tak salah aku. sebenarnya nak keluar ke surabaya memang kene lalu tempat ini pun. Lapindo atau Lumpur Lapindo ini dulu tempat perumahan la. kira ada orang, ada rumah, ada life. kenapa lumpur? sebab, tahun 2006 masa syarikat minyak nak carik minyak, tebuk bumi ni nak amek minyak, ada earthquake, tah macam mana minyak tak dapat, keluar lumpur-lumpur yang sangat banyak berasap2 sampai tenggelamkan semua rumah2. semua orang kene keluar rumah. tinggalkan rumah mereka dan tak tahu nak kemana. kasihan tau . sape yang ada geran rumah, dapatlah pampasan, yang bina rumah takde geran tak dapat apa. rumah dah tenggelam. kak ilul cerita , ada yang gila, trauma sebab hilang tempat tinggal. kalau amik lumpur tuh, nyalakan api leh buat masak sebab lumpur dah campor dgn minyak. hehe . tapi dalam kesusahan itu, mereka bijak juga mencipta kerja. jadi penunjuk jalan. siapa tak tahu jalan, nanti mereka bawak la. then bayar. kalau tak silap lumpur tuh sampai sekarang still keluar. so mereka kene buat benteng tinggi untuk tanak bagi lumpur melimpah keluar jalan. sekarang Lapindo tu jadi tempat singgah untuk pelancong nak tengok. aku sempat lah snap sekeping dua gamba tembok. hihi.



oh, yang ni aku ambil dari google.
kalau click link atas, ada gamba yang lagi best.



ehe, yang nih pun. abes tenggelam la. adoi.



ha, yang ini aku yang snap gune henpon tak berapa nak canggih pun.
gambar tembok dari luar yang nak tahan lumpur melimpah ke luar.
hihi. siap ada khemah kecil kat atas tuh untuk pelancong nak tengok lumpur.
tapi kami tak berhenti tengok pon. panas!



itu lelaki berdiri tuh antara orang-orang yang mencari rezeki dengan menunjuk jalan.
tapi kadang depa tuh bawak jalan jauh-jauh pusing2, maka kene la bayar mahal sikit. kui3.



alaaaaaaaaa! blogger takleh nak upload gamba cun cun. rosak semua nya. nanti la aku sambung cerita rumah kak mun. tak ade gambar takde feel. chewah. ok bai. nanti aku sambung kat entry yang ni jugak. :)


No comments: