muka semangat nak naik pesawat
ummi. maya. murni. mawar. kak ida. perjalanan ke surabaya mengambil masal selama 2jam 35minit melalui perjalanan udara. lebih kurang jam 10+pm , kami selamat tiba di Juanda International Airport. angkat segala beg, terus mencari kereta yang boleh membawa kami ke rumah bibik WARTIN di Kecamatan Puworejo, Pasuruan. keluar je dari airport, tesedak-sedak kejap sebab ramai sungguh orang merokok . puhh puhh fuuhh depan muka aku. sesemput jugalah sekejap. padahal terpampang besauuu punya ' Dilarang merokok di kawasan Bandara '. hihih. biasalah tu kan. then kak ida pun menggunakan skillnya berbahasa Jawa untuk mendapatkan kenderaan terbaik yang boleh memuatkan 5orang penumpang yang 'big saiz' serta 4 buah beg yang memang 'big saiz'. bibik pesan jugak yang jangan ambil kereta sewa kat luar airport, takot nanti kene tipu. alhamdulillah, sebuah kereta Panther tersedia. aircond pun boleh tahan kuat.keluar dari kawasan airport, aku mula menghayati permandangan malam kota Surabaya dengan hujan renyai-renyai tetapi tak dapat dihayati dengan mendalam kerana tekak berasa amat amat dahaga. Pak Supir (supir = driver) singgah dahulu di Indomaret sebab aku sudah bising2 mahukan air. oh, tipulah, aku kan seorang pemalu , takkan aku bising2 pada pak supir. aku cuma mampu buat muka monyok sedih kunun mahukan air pada ummi dan kakmaya . haha. selesai berbelanja, aku sambung melihat permandangan bandar. rezekilah dapat duduk tepi tingkap, aku mula la membaca perkataan2 yang lain dari yang lain. contoh, word 'Doeloe' sebutannya 'Dulu'. patut lah ada kedai di The Curve spellingnya 'Waroeng' ayam penyet. aku pula sebut Wa-ro-eng. ahahaha. mana la aku tahu kan. hehe. dalam setengah jam sahaja aku berjaga, kemudian aku tidurrrrr.
perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam ke Pasuruan iaitu rumah bibik. tetapi pak supir dah macam lupa2 and maybe tak familiar dengan jalan, pusing sana sini. NAILUL MUNA atau kak ilul anak bibik yang terakhir sudah bising-bising tepon cakap dengan pak supir. iyelah, bibik dah menangis-nangis risau takot kami dibawa kemana-mana kan. orang negara sendiri pun ditipu, apa tah lagi kami nih yang tak tahu sangat. alhamdulillah, jam 1pagi kami tiba disambut oleh kak ilul, bibik dan ZAINURY, atau aku panggil mas nury, anak bibik yang pertama. ada jugak pakcik-pakcik tua menolong angkat beg kami. kesian dan sedih pulak aku tengok diorang angkat beg beso yang berat tu, padahal ada roda, boleh tarik je. tapi aku tak dan nak kabo depa dah angkat. tapi takpelah, terima kasih Om!!
lepas peluk-cium dengan bibik, bibik hidang kami dengan kuih muih dan kerepek sangat banyak! macam hari raya! hahaha. ya ampunn. umi dah pesan kat bibik jangan nak masak2 sebab kami dah makan. maka kami legaaa ada kuih2 je. pastu kak ilul pun hidang kopi dan Jamu! hahah. tengah malam kene minum jamu bagai. kebiasaan mereka ini memang menjamu tetamu dengan air jamu. aku pun minum je la. yang paling sedap tuh kopi bibik. sebab kopi ni bibik buat sendiri. masa mawa kecik2 pun bibik dah bagi minum kopi. hahaha.
walaupun dah tengah malam kan, sebab semua orang excited berborak-borak. bibik tanya semua keje apa, macam kene interview. cakap pulak kene translate sikit la so that bibik paham. mawar belaja arsitek. kak maya kerja dinas penelitian. sampai turn aku, aku sebut la jururawat. perawat. terus bibik kata aku Doktor! ahahah. kelakar betul. lepas tuh semua yang datang ziarah bibik cakap aku doktor. Alhamdulillah takde apa-apa kes kecemasan, nanti tak pasal2 aku kene tunjuk skil2 kedokteran pulak . HAHAHAHAHAHA! pastu, kami yang tadinya lega sebab bibik hidang kuih muih je jadi tak lega bila kat dapor bibik hidang pulak Rawon. rawon tuh ada nasik, sup daging, tauhu, tempe apetah lagi. haha. makanlah sorang sikit then tidooo. dalam pukul 2 kami semua dibuai mimpi.
to be continue. hihi
No comments:
Post a Comment