Wednesday, May 18, 2011

ketenangan hati




bersyukurlah murni.
bersyukurlahh. T_T
BERSYUKURR
*malu dengan tuhan*
sob sob sobs

Tuesday, May 17, 2011

surabaya #2 : sampai pun


muka semangat nak naik pesawat


ummi. maya. murni. mawar. kak ida. perjalanan ke surabaya mengambil masal selama 2jam 35minit melalui perjalanan udara. lebih kurang jam 10+pm , kami selamat tiba di Juanda International Airport. angkat segala beg, terus mencari kereta yang boleh membawa kami ke rumah bibik WARTIN di Kecamatan Puworejo, Pasuruan. keluar je dari airport, tesedak-sedak kejap sebab ramai sungguh orang merokok . puhh puhh fuuhh depan muka aku. sesemput jugalah sekejap. padahal terpampang besauuu punya ' Dilarang merokok di kawasan Bandara '. hihih. biasalah tu kan. then kak ida pun menggunakan skillnya berbahasa Jawa untuk mendapatkan kenderaan terbaik yang boleh memuatkan 5orang penumpang yang 'big saiz' serta 4 buah beg yang memang 'big saiz'. bibik pesan jugak yang jangan ambil kereta sewa kat luar airport, takot nanti kene tipu. alhamdulillah, sebuah kereta Panther tersedia. aircond pun boleh tahan kuat.

keluar dari kawasan airport, aku mula menghayati permandangan malam kota Surabaya dengan hujan renyai-renyai tetapi tak dapat dihayati dengan mendalam kerana tekak berasa amat amat dahaga. Pak Supir (supir = driver) singgah dahulu di Indomaret sebab aku sudah bising2 mahukan air. oh, tipulah, aku kan seorang pemalu , takkan aku bising2 pada pak supir. aku cuma mampu buat muka monyok sedih kunun mahukan air pada ummi dan kakmaya . haha. selesai berbelanja, aku sambung melihat permandangan bandar. rezekilah dapat duduk tepi tingkap, aku mula la membaca perkataan2 yang lain dari yang lain. contoh, word 'Doeloe' sebutannya 'Dulu'. patut lah ada kedai di The Curve spellingnya 'Waroeng' ayam penyet. aku pula sebut Wa-ro-eng. ahahaha. mana la aku tahu kan. hehe. dalam setengah jam sahaja aku berjaga, kemudian aku tidurrrrr.

perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam ke Pasuruan iaitu rumah bibik. tetapi pak supir dah macam lupa2 and maybe tak familiar dengan jalan, pusing sana sini. NAILUL MUNA atau kak ilul anak bibik yang terakhir sudah bising-bising tepon cakap dengan pak supir. iyelah, bibik dah menangis-nangis risau takot kami dibawa kemana-mana kan. orang negara sendiri pun ditipu, apa tah lagi kami nih yang tak tahu sangat. alhamdulillah, jam 1pagi kami tiba disambut oleh kak ilul, bibik dan ZAINURY, atau aku panggil mas nury, anak bibik yang pertama. ada jugak pakcik-pakcik tua menolong angkat beg kami. kesian dan sedih pulak aku tengok diorang angkat beg beso yang berat tu, padahal ada roda, boleh tarik je. tapi aku tak dan nak kabo depa dah angkat. tapi takpelah, terima kasih Om!!

lepas peluk-cium dengan bibik, bibik hidang kami dengan kuih muih dan kerepek sangat banyak! macam hari raya! hahaha. ya ampunn. umi dah pesan kat bibik jangan nak masak2 sebab kami dah makan. maka kami legaaa ada kuih2 je. pastu kak ilul pun hidang kopi dan Jamu! hahah. tengah malam kene minum jamu bagai. kebiasaan mereka ini memang menjamu tetamu dengan air jamu. aku pun minum je la. yang paling sedap tuh kopi bibik. sebab kopi ni bibik buat sendiri. masa mawa kecik2 pun bibik dah bagi minum kopi. hahaha.

walaupun dah tengah malam kan, sebab semua orang excited berborak-borak. bibik tanya semua keje apa, macam kene interview. cakap pulak kene translate sikit la so that bibik paham. mawar belaja arsitek. kak maya kerja dinas penelitian. sampai turn aku, aku sebut la jururawat. perawat. terus bibik kata aku Doktor! ahahah. kelakar betul. lepas tuh semua yang datang ziarah bibik cakap aku doktor. Alhamdulillah takde apa-apa kes kecemasan, nanti tak pasal2 aku kene tunjuk skil2 kedokteran pulak . HAHAHAHAHAHA! pastu, kami yang tadinya lega sebab bibik hidang kuih muih je jadi tak lega bila kat dapor bibik hidang pulak Rawon. rawon tuh ada nasik, sup daging, tauhu, tempe apetah lagi. haha. makanlah sorang sikit then tidooo. dalam pukul 2 kami semua dibuai mimpi.

to be continue. hihi


Monday, May 16, 2011

sape nak teman?

rase nak pegi luar negara lah. macam tempat alwan ke. dengar cerita hannan pegi korea pun macam best. ho. jom. nak pegi luar negara aaaaaaa! hu

Sunday, May 15, 2011

'aliah and maisarah

semalam, aku pergi ziarah 'aliah dengan baby maisarah yang baru lahir. oh sangat best. aku memang agak penat, tapi aku nak sangat tengok baby 'aliah. maka mengumpul kekuatan bangun pagi, [thanks to hannan sebab kejut kite ;p ], cuci uniform jap, then terus naik ktm gerak ke Klang. kemudian wardati mai ambil aku dan hannan kat ktm klang selepas dia ambil ashila .

then, kami pun singgah jusco sebab takkan nak pegi ziarah 'aliah and maisarah tak bawak apa-apa kan. selepas meronda, maka kami pun membeli ini untuk maisarah :)



wardati membuat penelitian. Eager to know.
haha. nak main aa tuh sebenarnye


kemudian bf wardati pun menbawa kami ke sungai buloh, rumah 'aliah. tersangatlah gembira bila dah sampai. masuk rumah, terus salam peluk-peluk 'aliah dan rampas maisarah! ahahahah. maka kami pun berbual-bual tentang pengalaman 'aliah mengandung dan bersalin. hihi. best best :)



ini di 'aliah munira! seronok sangat bila jumpa.
tak sangka dah ada anak.
padahal dulu sememeh-sememeh tidur dalam kelas. hahaha.



ini maisarah and me! ho.
oke-oke. ni maisarah tengah menguap. hahah.




haa, ini maisarah tengah tido. wee~! comel laaaa! haiyo.



ini maisarah tidur atas lengan empuk KAK murni. hahahah ;p



hehe. wardati dodoi maisarah.
thanks to you sebab ajak kite :)
oh, bawah nih video maisarah. pandai betol.
pandang je kamera. mate terserlah bulat. hohoho





p/s: kite memang nak ajak yah and aten. tapi sebab tumpang wardat, maka takot tak muat kereta. sori korang. nanti kite pegi lagi tau. huu

Thursday, May 12, 2011

jeles sikit ke banyak?

bulan mac lepas, hospital aku ada buat workshop ECG [electrocardiogram]. masa itu, aku nak sangat pergi. tapi aku bercuti, maka nama aku pun tak disenaraikan untuk pergi. sebab aku sangat lah teruja nak pergi kan, aku beritahu sister wad aku, yang aku cuti, tapi aku nak datang juga boleh? sister kata dia cuba, tapi apa yang dirancang tak jadi, maka aku pergi berjalan-jalan ke melaka dan johor.

atas permintaan ramai, workshop ECG itu diadakan sekali lagi. pada 11 Mei. dah nama aku tersenarai! aku rase seronok sangat. teruja nak pergi . alhamdulillah masa itu pun aku dah balik dari Surabaya. tapi tak ada rezeki, masa aku kat surabaya, aku demam teruk. batuk terus. sampai malaysia, aku pergi klinik, doktor bagi MC pada 11Mei . kalau ikutkan hati, aku tanak MC, aku nak pergi juga workshop itu. tapi ummi kata berehat dahulu bagi sihat. memang aku tak berapa larat pun. jalan dalam rumah pun semput. maka, aku redha . cewah . maka kawan aku yang lain yang ganti tempatku ke workshop.

tapiiiiiiiii, aku betul-betul jeles. sebab selepas mereka hadir workshop itu, mereka sangat berilmu beriman beramal. haha . semangat tengok graf ECG, siap terangkan apa yang ditulis dalam graf itu. jeles nye. mereka siap boleh tengok result stress test! 'nampak tak C caplet ni?'. perghh. memang serius aku jeles. bila aku minta tolong ajarkan, mereka ajar, lepas itu kata mereka tak tahu nak ajar. aku tak paham . maka aku jeles dan sedih. huah. sekian.