8th June 2012, 3.20pm.
Jalan Tun Razak, KL.
Salam and hello.
Orang
selalu kaitkan emosi dengan perempuan, especially when PMS. Tahu PMS?
Pre-Menstrual Syndrome. Alaa, yang orang selalu kata perempuan perangai
pelik-pelik tu. Merajuk sana sini. Marah sana sini. Mengamok sana sini.
Sedih tak tentu pasal. KECIK HATI tah pape.
Dulu masa
kecik-kecik, selalu tengok kakak ade season die sangat garang dan
marah-marah. Dan pernah dengar ummi kata jangan ikutkan sangat rasa PMS
emosional nak marah-marah tu. Lepas tu kakak kata tak boleh nak control.
Bila aku dengar macam tu, aku pun cakap kat diri sendiri tak nak jadi
macam tu. Nak control marah semua. tapi kakak aku tu dulu saja lah marah-marah, sekarang sikit-sikit saja garangnya. hehe
Bila sekarang, aku dah besar,
sedikit sebanyak memang aku cuba kawal betul-betul rasa nak marah tu.
Aku tak nak marah-marah kat orang, tapi tak dinafikan memang ade sangat
lah rasa geram, nak marah, annoy dengan orang. Tapi aku selalu diamkan
saja sebab kalau dilayan makin menjadi-jadi. Aku sangat perasan, satu
mende yang diluar musim pms aku tak kesah pun, tapi kalau ia terjadi di
musim pms, memang terlebih hanginnye. Syaiton pun suka lah nak tambah
perasa dan rempah kasi aku hot. Kalau macam ni aku memang diam saja.
Malas bercakap dengan orang. Haha. Lepas tu, senang sangat nak terasa,
nak kecik hati.
Haa, cerita pasal kecik hati. Hari ini aku kecik
hati. Pasal nasik ayam. Mende kecik saja pun, tapi aku terasa hati
mengecik. Haha. Aku rasa kalau hari-hari biasa aku rilex je. Tak ada nak
kecik-kecik hati ni.
**mulanya aku nak cerita pasal nasik ayam ni, tapi aku rasa macam malas pula. Haha, ini pun simptom malas yang tak pasal-pasal.
Okelah,
sampai di sini sahaja sebab aku rasa kalau aku terus menaip, ntah apape
lagi cerita tiada arah aku tulis. Oke bye. Salam.